Wahai blog,
Kawan rapat. Apakah itu? Adakah itu mereka yang selalunya sentiasa berada di sisi kita apabila senang ataupun susah? Adakah mereka adalah orang yang sentiasa mengikuti ke mana jua kita akan pergi? Atau adakah mereka yang kita turuti semata-mata mahu berasa diri kita termasuk dalam golongan mereka? Aku lihat di sekelilingku, dan aku imbas sejak dari kehidupan aku yang masih kecil itu, dan ak cuba memperingati siapakah kawan rapatku. Lalu aku telah mendapat satu keputusan, kini aku tiada kawan rapat.
Mengapa aku katakan begitu? Adakah aku tidak mengenang budi kawan-kawanku? Salah. Aku hargai semua insan yang bergelar kawan. Kehidupanku sebagai anak tunggal bagiku, adalah kehidupan yang sunyi. Dikala rakan-rakanku bermain permainan dengan abang ataupun adik mereka, aku hanya bertemankan Artificial Intelligence yang menjadi lawanku di dalam permainan komputer. Apabila aku makin dewasa, aku dapati, aku tiada kawan yang benar-benar rapat denganku. Aku tidak perlu ke mana-mana bersama orang lain. Aku boleh pergi seorang diri. Aku tidak perlukan sesiapa untuk menolongku semasa aku membuat tugasan, kerana aku yakin kepada kebolehanku. Kalau aku bergantung pada orang lain, hasil kerjaku bukanlah hasil kebolehan seratus peratus hasilku. Aku sendiri tiada kumpulan rakan-rakan yang akan sentiasa bersamaaku setiap masa. Aku keseorangan.
Aku tidak mahu menjadi terlalu rapat dengan sesiapa. Aku tidak mahu menjadi seperti mereka yang berselisih faham dan saling menikam hati dari belakang mahupun depan. Aku juga tidak mahu bersaing dalam merebut sesuatu kerana mahu menjaga hati mereka. Aku sudah puas menjaga hati orang lain. Bagaimana dengan hatiku pula? Bagaimana dengan aku sendiri yang selalu merisaukan orang lain? Akukah kawan rapat bagi mereka?
Tapi kawankah itu kalau setiap kali aku mengucapkan selamat hari jadi padanya, tetapi bila datangnya tarikh itu untukku, tiada pula ucapan khas untukku. Kawankah itu, apabila aku sentiasa menolongnya, tetapi tidak ditolongnya aku. Kawankah itu, apabila hanya berdampingan dengan diriku demi kesenangannya, tapi bukan ketika aku ditimpa kesusahan. Apakah itu insan yang boleh aku gelar kawan rapat?
Aku bukannya sombong. Aku juga memiliki kawan. Kawan yang bagiku adalah kawan baik. Kawan baikku, yang aku betul-betul hargai kerana penilaian diri mereka tentang aku ikhlas dan tulus. Kawan-kawan baikku yang tiada di sisiku sekarang. Kawan-kawan baikku yang jauh dari pandangan mataku sekarang. Tak mengapa, kerana aku masih mempercayai semua. Biar pun jarak dan masa tidak megizinkan aku berjumpa semuanya, tapi aku hendak mereka semua mengetahui, aku masih menghargai nilai persahabatan yang kita miliki. Kawan-kawan baikku. Kawan yang aku sendiri memperakuimu.
Aku rindu kawan baikku. Aku masih teguh berdiri di khalayak ramai, tapi hatiku tetap goyah memerhatikan mereka yang bertemankan kawan-kawan. Yakinkan aku lagi, kaulah kawan baikku.
5 comments:
post ini bgitu mgharukan.. -_-.. aku amatlah stuju 200%!
aku juge terharu T.T....
menyebabkan aku terponder apekah aku seorang kawan yg baik juga
yeah sgt mendalam...
u prefer not to have a best fren?
personally, i enjoy having what i call as best friend. not close friend. close friend is the one that always linger around us all the time. kinda form a clan.
p/s: a secret? june, u're one of my best friends! besties. i'd said that b4.
shikin, ko bukan kawan rapat aku. tp ko antara kawan2 yg baik kat aku. sapa antara kwn2 aku yg pnh beli baju ntuk besday kan?
Post a Comment