Jan 23, 2009

Entry 022 - Pembebelan Lancang Terus Dari Minda Aku

Wahai blog,

Jangan takut. Tajuk ja nampak macam tu. Sesaja aku bosan, selalu sangat guna bahasa orang putih ni, nanti ada mulut-mulut yang nak mengata aku dah lupa asal-usul. Takpa, takda hal. Bak orang putih cakap, no problem. Aku tetap orang Melayu. Okay, Melayu campur. Aku sendiri pun tak tau berapa banyak dah tercampur dalam darah aku ni. Tapi apa kisah aku, aku boleh cakap Melayu lagi, boleh cakap Inggeris lagi, tak ka orang-orang kita kena rasa berbangga? So kat sini aku nak bincang la dua tiga perkara yang aku rasa kena disebut jugak, biar orang lain tau. Aku rasa ni paling panjang yang pernah aku tulis. Pening la mata korang nanti.

Pertama sekali, aku pergi sekolah dalam minggu ni. Pasal nak uruskan urusan menterjemahkan sijil berenti sekolah. Paham-paham je la, dah lama tinggal sekolah, bila nak pi ja, mesti akan jumpa cikgu-cikgu lama. Aku? Sampai cikgu-cikgu terkejut aku dah gemuk. Iye la, maju ke hadapan. Takkan la nak kekal sama ja kan? Takpa la cikgu, aku bahagia karang ni pun. Apa pedulik aku. Perut aku, bukan perut diorang pun. Sensitif ka aku ni? Takda la, ni tandanya aku memang tak kisah apa orang pikir pasal rupa aku kot? Yang nak dijadikan kes aku bengang ni, sebab nak terjemah sijil ni cukup susah. Bukan apa, nak tukar jadi bahasa Inggeris pun, tak boleh buat suka-suka hati ja. Aku pun pergi la pejabat pentadbiran. Disebabkan pengawas skema kat sekolah aku jaga pintu yang hubungkan area asrama dengan pejabat, dia tak bagi aku masuk pulak padahal aku bekas student. Aku senior lagi nih. Lagi bijak dari generasi sekolah aku yang makin mereput ni. Dengan susah payah, aku parking nun jauh, dan jalan ke pejabat. Sampai pejabat ja, aku cakap la nak jumpa pengetua. Kerani cakap kena tunggu sebab beliau ada urusan. Takpa, aku tunggu. Seminit, lima minit, tiga puluh minit, aku duduk macam orang bodoh ja. Ada la seorang lagi kerani perempuan yang agak berumur tengok aku duduk macam kucing nak beranak ja, dan lalu bertanya pada aku, "Nak buat apa encik?" Adui, aku rasa aku da tua. Ches. Lantas aku pun cakap la, aku nak wat terjemahan sijil berenti sekolah sambil menayangkan sijil asal berwarna biru. Dia cakap tak boleh suka-suka ja tukar. Dia pun bertatih (aku rasa kaki dah tak larat kot) pergi kabinet cari file. Dia tunjuk la kat aku contoh-contoh yang orang dulu wat. Aku tengok, aik, ni macam surat jer. Aku pun pikir, ni dah macam testimonial sekolah tentang pelajar. Aku pun kurang yakin la. Dia cakap kat aku, gi jumpa Ketua Panitia BI. Aku pun turun la tangga, mengorak langkah ke bilik guru. Cari la Madam F. Dia cakap aku nak wat apa. Aku pun terang la balik segala liku-liku kehidupan aku nih. Dia cakap dia dah hantar template dalam bentuk bahasa Inggeris dah kat pejabat. Tapi dia pun tak sure pejabat save ke tak. Sebab dia dah biasa buat untuk budak-budak yang nak pergi luar negara (sekolah aku ni kira premier la tapi dah jatuh banyak la sejak generasi aku kuar sekolah, so aku ni generasi emas la kononnya). Aku pun kata la kerani suruh aku wat surat, Madam F kata tak boleh. Jadi, dia suruh aku duduk depan dia, tulis sebijik-sebijik apa yang nak kena diterjemahkan. Siap ja semua tu, dia suruh aku pergi ke kerani sekolah, suruh diorang taip. Aku pun jalan la balik, naik tangga lagi sekali. Bagi la kat kerani ketiga pulak. Dia pun mula la menyusun pergerakan menaipnya. Dan datanglah pengetua bertanyakan apa aku nak buat di sini. Sekali lagi, proses menerangkan bermula. Dia amik la apa yang aku tulis dekat kertas yang nak diterjemahkan itu. Dia cakap kat aku, "You nak macam ni? You nak orang tengok sijil you macam borang? You kisah ke?" Aku rasa tercabar sikit, dah sebab aku bukannya nak buat keja susah pun, setakat terjemah sebulat-bulatnya sijil asal tu, tak payah la aku nak tukar bentuk surat rasmi pulak. Sekali lagi dia menerjah aku dengan soalan-soalan yang bagi aku, agak mendesak bunyinya. Aku rasa dia bad mood hari tu. Lepas pulak kat aku. Aku pun cakap dengan perlahan dan sejelas-jelasnya, aku nak buat sijil berenti sekolah dalam bahasa Inggeris untuk dibawa ke luar negara, bukannya nak surat untuk menerangkan aku ni macam mana. Pastu, dia terdiam. Aku rasa, dia termoseh. Malu. Duk boom bam kat aku sangat tak tanya dengan terperinci. Akhirnya, dia cakap, "Hurm, macam ni pun boleh, tak ada masalah." Dalam hati aku duk cakap lama dah, aku yang betol. Tapi disebabkan lama sangat aku nak menunggu, aku cakap kat kerani tu, aku amik esok je la.

Penat baca? Okay-okay rehat minda. Sebut la "buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak buaya biawak"berulang-ulang kali sampai korang semua tergeliat lidah. Cuba la dulu.

Sambungan...
Esoknya aku datang sekolah sekali lagi. Tanya la aku pada kerani tu, aku punya dah siap ke belum. Dia cakap dah siap, tapi tak boleh disain oleh pengetua sebab dia takde cop dalam BI. Pelik gak aku ni. Dia suruh aku gi jumpa Madam F. Aku pun jalan la cari dia. Tengok-tengok, dia ada kelas. Menunggu la aku lagi macam orang bodoh. Bila dia datang, dia kata nak tengok dulu. Aku hulur ja la kat dia. Tada, ada tiga kesalahan. Satu, kehadiran aku 191/190. Aik, aku terlebih sehari datang sekolah? Bapak rajin aku. Rupanya, salah taip. Patutnya 191/192. Aku pun tak ingat napa aku tak datang sekolah. Kesalahan kedua, 'Condact'. Patutnya 'Conduct'. Maybe tulisan aku cacing habis tak boleh bezakan O dengan A, tapi takkan la Word tu tak kasik garis perkataan yang salah eja, tambah-tambah dah dalam BI? Bengap gak kerani nih. Ketiga, 'Cu-Curriculum'. Ada ka jadi 'Cu'? Kalau bahasa Melayu pun dah ejaannya ko-kurikulum. Takkan la tak boleh bezakan ejaan sikit tu pun? Aku periksa la balik tulisan aku, memang sah tu patutnya huruf O. Buta kayu punya kerani. Maka, berjumpa la aku lagi dengan kerani untuk membetulkan kesalahan tu. Suruh datang esok lagi. Penat aku hari-hari datang sekolah. Tengok-tengok, esoknya, ada lagi salah. Sampai Madam F tu main betolkan pakai pen ja, dah kesian aku datang berulang kali ke sekolah. Frust aku macam ni. Macam mana nak dapat ISO 9002 dengan nisbah-nisbahnya yang tak tentu hala semua tu? Jangan marah la kalau pihak berkenaan terbaca. Kira aku tegur dah ni.

Kedua, berkenaan isu Palestin dengan Israel. Alhamdullillah, dah berenti serangan. Syukur tak terkira. Tapi, aku masih teringat, dulu bukan main la nak boikot barangan Amerika semua tu. Pendapat aku? Jangan marah aku la, tapi kalau aku boikot McD, Coca-Cola semua tu, apa nak jadi kat anak bangsa kita? Sedar tak, yang duk jadi pekerja-pekerja kat kilang-kilang mahupun restoran tu kebanyakkannya anak-anak Melayu? Kalau betol la hebatnya boikot ni sampai tertutupnya kilang-kilang dan sebagainya, mana nak lempar bebudak ni? Sekarang ni kerja nak hebat-hebat, kena ada kelulusan jugak. Diploma pun dah susah nak cari makan, ni kan dengan sijil SPM, takpun PMR. Aku bukan kutuk bangsa aku sendiri, tapi tindakan nak boikot tu tak langsung amik kira kedudukan anak bangsa. Kalau nak marah Amerika pun, pergi la tunjuk perasaan kat Kedutaan tu, takpun baling selipar kat gambar Bush. Dan analogi beli barangan Amerika umpama beli kain kapan untuk orang-orang Palestin. Ingat jugak la, Palestin tu pun bukan semuanya orang Islam, ada jugak Kristian. Apa yang penting bukannya kita berentikan makan makanan tu, sebab tu datang dari rezeki halal yang kita cari (kalau betul-betul halal la). Kalau Malaysia tutup kilang milik Amerika pun, kesannya macam mana kat ekonomi diorang? Sedangkan penyumbang dari seluruh negara lagi besar dari Malaysia. Akhirnya, anak bangsa yang tergadai. Tak kena jugak tu. Habis tu, macam mana lagi nak selesaikan masalah ni? Kita punya la banyak NGO, ada lagi Kerajaan, salurkan la suara-suara kita dekat diorang, bawa ke dunia. Kalau Malaysia tak tekan PBB, agaknya berenti tak Israel tu? Adakah dengan kita boikot tu, serta-merta ja Israel berenti serang? Pasal takut hilang pelanggan setia? Jangan marah aku, aku hanya nak korang semua pikir dalam-dalam ja. Takpa, nak marah aku pun takpa, mungkin otak aku ni cetek pikirkan pasal kedudukan bangsa sendiri.

Ketiga, tadi malam aku dengar berita pasal team bola Malaysia kalah dengan UAE sampai 5-0. Aku tak percaya jugak la. Sadis sangat keputusan tu. Walaupun aku bukan kipas-susah-mati pasukan Malaysia mahupun sukan bola sepak ni, tapi sebagai warga Malaysia, aku pun rasa malu jugak. Tapi, yang aku rasa malu lagi, kes baling botol air kat jurulatih UAE masa nak bersalam dengan ketua jurulatih Malaysia. Weh, sedap-sedap baling botol ja? Korang ingat tak sakit ke kena camtu? Ko penah baling kat bapak korang ke tak? Korang penah tengok bapak ko geram nak bagi penampar berulang kali kat muka ko ke tak? Malu sikit la wei, kita bukan macam penyokong fanatik dekat Eropah tu, kalah sikit ja, keputusan pengadil tak adil sikit la, keja nak hancurkan semua benda. Ada adab jugak kita ni. Mana boleh main suka hati ja maki terajang orang. Akhirnya, rakyat Malaysia sendiri yang memalukan nama. Yang pemain Malaysia semua tu, aku tak tau apa kes, sampai jurulatih pun naik berang sampai keluar kenyataan pasukan kita tak layak langsung nak bergelar sebagai kelab bola sepak. Agak lancang dari mulut tu berkata, tapi renung jugak la dalam-dalam. Takkan mulut main sebut kalau hati tak bergelora. Kesian pulak aku tengok mamat UAE yang kena tu. Dia sendiri pun serba salah sebab jurulatih keluar kenyataan yang memalukan tu.

Fuh, mesti korang dah penat baca kan? Ala sekali sekala aku nak membebel dalam bahasa sendiri. Akhir sekali, aku agak tersinggung dengan kata-kata guru aku masa aku terjumpa dekat sekolah.

Cikgu S: Kamu buat apa sekarang?
Aku: Buat TESL, bulan dua ni nak fly,
Cikgu S: Ha, fly? Tak cukup ka TESL dalam negara ni. Kerajaan cakap ekonomi gawat, tapi hantar ramai ja pelajar pegi luar negara. Balik-balik jadi cikgu jugak pun.
Aku: Tak tau la cikgu, rezeki saya dapat pergi.

Aku rasa frust jugak sebab bagi aku, tak ka seorang cikgu kena rasa berbangga dengan anak murid sendiri dapat belajar sampai luar negara? Apa dosa aku minta kursus yang dapat pergi luar negara? Aku pun terpikir, kalau macam ni, baik tak payah jadi manusia langsung. Hati sendiri pun dah busuk, dengki. Sama la kat mana-mana orang pun. Tolong la rasa bangga dan gembira rakan-rakan anda terpilih ke luar negara. Tu pun rezeki dari Allah ditambah dengan usaha masing-masing.

Apa pun, terima kasih sebab membaca. Aku tau korang semua penat baca sebab panjang sangat. Tapi aku janji, lepas ni jadi pendek balik. Aku dah habis idea tulis semua yang jadi dalam minggu ni. Tak menulis sebab demam lama sangat. Kalau ada yang berasap kepala marah kat aku, maaflah kelancangan mindaku berbicara. Ada kalanya, mulut yang manis itu lagi busuk dari mulut yang kurang ajar tapi jujur. Maaf dipinta beserta sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki disusun rapi. Apa pun, sila la komen kalau masih rajin nak menekan butang komen. Terima kasih.

10 comments:

fikrifayi said...

huhu... penat jugak la bace post ni... mengapekah cikgu yg betanye fly? tu tidak memahami bahawa kite dihantar utk mnjd guru yg lebih bkualiti sejajar dgn hasrat negara untuk mencapai wawasan 2020 dn melihat lebih ramai lg anak bangsa kite ni mnguasai bahasa asing? selain itu tidakkah cikgu itu belajar linguistics yg part diffusion 2. ble dicampakkn kite ke overc 2 diharap kite lbh menguasai la english 2 kan.. tidakkah bgitu encik khirol?

post ko pnjg, comment pon pnjg la.. haha

A s h i k i n said...

chekgu zaman sekarang
sebab tu murid makin xberkualiti
dgn ini khirol marilah kita berjanji pada diri sendiri untuk mendeliver servis yang lebih baik dan jauh lebih bauik daripada generasi sikalang. haisyhh

o ye, btw, kite kene terjemah sijil eh?

Unknown said...

mmg begitu encik fikri. maka dengan penjajaran visi dan misi guru yang bakal menjadi aspirasi negara, hendaklah kita tidak memandang enteng terhadap keperluan negara untuk maju ke hadapan dengan mengambil kira langkah yang lebih drastik dan tidak tradisional.

Unknown said...

cik shikin, kena translate la. g check buku biru kecik kita dpt masa briefing tu. ada tersebut kena bw yg ori dgn salinan dlm english ke sana nnt.

azarsyafiq said...

kene translate eh kirol..mem yg bg taklimat aritu mcm tak tekankan sgt pon..huhu..

btw ak sokong hujah fikri tuh..sengal tol cikgu tuh..die tau tak ade 127org lg yg bleh buat tunjuk perasaan depan rumah die dgn statement katak dibawah tempurung dia itu...

lg satu pasal palestin tu ak sokong seratus peratus..org Mesia ni lupe yg polisi negara kita mmg tak akan ada apa2 hubungan dgn israel..cmne company2 berdaftar kt mesia ni nk salur kt israel plak..then diorg kene byr cukai lg kt kerajaan..kalo kite boikot..kite sendiri ar terima padahnya..lgpun isu palestin israel wtpe nk marahkan israel..marahkan israel sama ar macam marah setan buat jahat..da tu keje die..kita patut marah umat2 Islam ni sendiri esp liga arab tu yg konon Islam sgt tu tp bisu jer..ape punca sebenar perbalahan tuh??org Islam palestin sendiri susah nk bersatu padu..ada hamas n fatah yg x sehaluan lagsung..bangang..

sory..ak emo sket dkt2 nk fly..huhu

Unknown said...

xpe2 azar. aku paham. biasa la, hormon progestron ko meningkat hbs krg ni. xpe2. hahahaha.

ha, itu mmg aku confirm. skrang ni, Islam dah berbelah-belah dah. ada faction sana sini dah. apa asas kita sekarang? kalau x bukan lima rukun Islam tu sendiri? kalau betol la diorang ni Islam, mana perpaduan yg dituntut oleh Rasulullah S.A.W? mana dia Islam yang dikatakan aman tu? bukan salah agama, tapi masalah dengan penganutnya sndiri. kalau hati, iman, minda x selaras, mana nak jadi kesejahteraan rohani sendiri? kalau kesejahteraan sndiri tak harmoni, runtuhlah organisasi bangsa sendiri.

n lg satu, bangsa arab ni duk kat pdg pasir asalnya, maybe dh panas sgt slalu, otak pun cpt panas,cepat jer melenting.

psl translation tu, aku difahamkan, kalau duk oversea nnt maybe blaku plbagai hal yg melibatkan identiti sndiri dgn kelayakan kita. org puteh ni kecoh sket, iye la, bukan rakyat negara, kena layan a bit strict sket la. mau diorg nk tgk kita ni layak ka dtg negara diorg ntuk study, tu dia, spm kita. nk tgk passport kita ni x bikin sndiri, tu dia surat beranak kita. school leaving certificate? maybe sbagai bukti kita ni btol2 hbs skolah kot, bukan main tesesat g sana.

pape pun, aku rasa smua tu bleh settle kat mahkamah ja. ada interpreter diorg yg akan wat. suruh ja diorg wat. aku pny d settle tiga2 dh. spm pny mak aku request dr KPM masa awal thn lps. saje2 wat je,tgk2 dpt translation yg mcm spm btol pny.

xpa2, try dlu. maybe ada pentingnya ntuk kita kan?

Mell L. said...

Krol,why dun U try to ask the Hi-Com@embassy to do the translation?Then it'll be MUCH valid than the void translation made by teachers. Furthermore,such thing is need stamping aite?

But too late.hahaha.U did yours already.

Unknown said...

aiya pame,dah lambat la u tell me. anyway, for spm i did request from ministry already (it's my mom actually,saje curi credit hahaha). for surat beranak (mcm surat tu melahirkan anak plak), my dad did at court. got stamp. for school leaving cert, i just ask my school. my mom said kena ada emblem skolah and it made it more valid. xtau la, i menurut perintah ja hahaha

anyway, when u say Hi-Com, does it mean Hicom yg psg2 keta tu? hahahahaha or yg high commissioner tu? hahaha i d blur ni, x tdo mlm2 lg huhu

Mell L. said...

oh dear.hahaha

Hi Commissioner lah.Nk g HICOM tu watpe.hahaha.

So currently u r spending ur time over the internet while waiting to depart he?I wish I had this pleasure before I'm flying that day.

"sigh".

Ey ey,u dah wish mami Tazzy belated b'day ka?

fikrifayi said...

hi miss pame! hehe..
so does it mean we just do da translation kt overc je jumpe the hi com?