Jan 31, 2011

Entry 186 - Masalah di Mesir, Tapi Budak-Budak Sekolah Yang Bising

Wahai blog,



Aku tahu tentang isu keselamatan pelajar di Mesir sekarang, dan aku kesian serta aku berdoa untuk keamanan sejagat. Tapi bila tengok budak sekolah yang belum tentu pernah jejak kaki di luar negara, bising memperkatakan tentang bodohnya kerajaan yang tenggelam dalam politik, aku tertawa.

"Kalau aku jutawan aku bawa balik semua".
"Kalau aku pilot aku sumbat semua dalam satu kapal".

Kalau cakap "kalau" ja, tak payah la bising-bising sangat. Kebudak-budakan dah tengok.

Aku terjumpa dua keping gambar dekat Facebok pasal isu di Mesir, tentang pelajar-pelajar Malaysia yang mengalami kesusahan di sana. Cakap pasal pelajar kena rogol, kereta kebal ronda setiap waktu, dan macam-macam gambaran lagi. Kesian bila dengar, kesian juga bila mengetahui ada bencana macam tu terjadi pada rakyat dan orang Islam sendiri.

*Apa yang peliknya, lepas aku search user Facebook yang berbincang tegas pasal isu ni, aku tengok dia ni macam budak sekolah menengah. Lepas tu kalau dia cakap pasal keadaan dekat Mesir, kenapa boleh update FB guna Celcom SMS? Aku google nama samaran dia, dan aku jumpa macam-macam lagi, sampai la ke nama dia. Asal dari Kuantan. Tu korang cari sendiri la*

Kalau nak ikut macam negara Kanada yang bawak balik semua orang, negara kita pun boleh. Tapi dengan harga tiket kapal terbang naik berkali-kali ganda, nak keluar dari rumah pun bahaya, langkah yang sekurang-kurangnya boleh dibuat oleh Kementerian Luar Negara adalah mewujudkan persefahaman antara tiga negara jiran untuk membenarkan pelajar kita menetap untuk sementara waktu di negara tersebut, sehingga keadaan reda.



Bersyukurlah kerana kita ada di bumi Malaysia. Walaupun suasana politiknya buat kita rasa tak aman, tak menentu, sakit telinga mendengar kutuk-mengutuk, tapi sekurangnya kita masih dapat hidup aman.
Kalau ada yang cuba memecah-belahkan persefahaman yang ada sekarang ni, apa yang akan jadi di masa hadapan?

Sebelum kita berkata buruk tentang orang lain, cuba jangan sempitkan minda dengan kata-kata kutukan, kerana itu perlambangan kebodohan minda kita sendiri.

P/s: Ustaz aku cakap orang Timur Tengah ni, panas baran, suka buat protes dan rusuhan sana sini. Sebabnya diorang duduk negara yang ada padang pasir dan panas. Bila panas darah dekat otak cepat panas. Jadi darah diorang tu cepat menggelegak, sebab tu senang mengamuk. Jadi, jangan jadikan perangai buruk orang sana satu ikutan kita. Kita orang Timur, ada budaya-budaya tertentu yang sedia ada elok dah. Tak perlu ambik sikap yang tidak elok.

P/s: Aku tau aku akan kena 'burn' pasal tulis macam ni. Government supporter la, itu la, ini la. Aku kisah apa? Aku hanya doakan keamanan semua orang, di dunia, serta akhirat. Berdoalah jugak untuk keamanan dunia masa kini.

Klik sini untuk follow Facebook Pages tentang Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Klik sini untuk tengok blog tentang Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

No comments: