Jan 5, 2011

Entry 176 - Ngomelan Pagi Buta

Wahai blog,

Esok dah nak mula belajaq balik. Pukul 8 kena ada kat dewan besaq. Adoi, aku bangun pagi-pagi pun liat, ni pulak 8 pagi. Boleh guna alasan jet-lag tak lagi? Tadi dah tertidoq lepas mesej-mesej dengan awekku yang tercinta (^_^). Biasa la melepas rindu lama tak jumpa. Tapi terbangun balik. Susah nak tidoq macam ni.

Macam-macam la isu hangat sekarang pasal asrama aku ni. Semua susah hati (tak tau la nak gambaqkan perasaan macam mana dah). Masa aku nak naik lif, ada notis tepi pintu lif. Semua orang kena ada satu loker ja dalam bilik. Kalau orang putih, dia akan cakap 'ambiguous'. Ayat tu merujuk kepada, sebuah bilik kena ada satu loker ja tak kisah la berapa orang dalam tu. Kalau 2, 3, 4, satu loker ja. Tapi takkan la aku ni bodoh sangat tafsir kan? Mesti la maksudnya seorang satu loker. Tapi Ya Allah, loker kecik ja. Barang aku banyak. Bukan aku seorang ja banyak. Ramai lagi. Ada yang bawak barang shipping dari oversea, mana nak taruk? Takkan nak biaq kat luar bagi orang curi kot? Ada bawa balik pinggan mangkuk Correll dengan Noritake (betui ka aku eja ni?). Haish. Tak selamat kot barang-barang letak luaq macam tu ja. Loker kecik tu tak mampu nak tampung barang. Sebab tu aku ada loker besaq, tapi tak tau la nanti orang nak check pun dia nak marah jugak. Habis dibuang barang-barang aku nanti (ada kemungkinan dicurik tak? Bukan boleh harap, tapi mintak simpang la).

Tapi bukan setakat tu ja. Aku dengaq cerita kunci rumah warden tak bagi dekat penghuninya. Apa cerita ni? Takkan la tuan bilik tak boleh ada kunci sendiri kot? Masa aku mai awai-awai, nasib baik dapat kunci. Lepas tu hari ni aku dengaq kawan-kawan aku yang baru daftar, depa tak dapat kunci. Alasannya senang warden nak masuk buat spotcheck. Eh? Asrama tak ada master key ka? Pelik sungguh. Jenuh la macam ni. Tak selamat barang dalam bilik sendiri. Takkan la setiap kali aku nak heret laptop, kamera, dengan printer pi naik maktab? Dan ada la cerita kurang enak aku dengaq dari security jugak pasal isu tak bagi kunci ni. Paham-paham je la apa jadi kalau orang lain ada kunci kita. Tapi tu cakap orang lain, aku tak tau la macam mana. Cerita disampaikan dari mulut ke mulut ke mulut. Mungkin berubah-rubah.

IPG rupanya dinaikkan taraf untuk sama dengan universiti. Tapi mak aku sendiri kata, kalau macam ni universiti, UM boleh gelak ja. Bikin malu. Asrama pun tunggang langgang. Bukan nak kutuk, tapi meja study tak boleh ada dalam bilik? Kena ada kat hall luaq? Macam prep time masa duk asrama sekolah-sekolah dulu. Pelik sungguh. Bukan semua orang boleh study ramai-ramai. Nanti jadi benda lain pulak. Nyembang sakan jadinya. Tak pun jadi port tempat main game macam DoTA. 15 orang serumah men masa study hahaha. Katil asrama pulak tak boleh buat jadi 'double decker'. Alasan yang aku dengar dari mulut orang ke orang, adalah sebab kami tak perlu katil susunan macam tu, dah terlalu tua untuk keadaan macam tu. Aiseh. Apa cerita ni? Sapa yang tua kata orang lain yang muda berkali ganda lagi ni? Askar pun ada katil macam tu. Tidoq lena ja. Backpackers pun ada, orang tua pun tidur kat atas. Haish. Pelik sungguh.

Lagi peliknya, ada wifi, tapi Facebook denagn YouTube kena block. Facebook? Serius? Friendster dengan MySpace lepas pulak. Facebook tu bagi aku memang kurang fungsinya dari segi akademik, tapi adalah alat untuk sosial yang lebih luas. Kawan-kawan kita mesti banyak bersepah kat Facebook. Salah ka ambik tau perkembangan depa? Peliknnya, macam nak putuskan hubungan kita dari dunia luaq pulak. Tersekat la minda kita kalau tak bercampur dengan orang lain jugak. Sedangnkan cikgu-cikgu pun duduk dekat kejiranan yang ada macam-macam profesion. YouTube pulak disekat kenapa? Takkan depa tak tau, ada banyak manfaat untuk kegunaan akademik. Aku pun takmau terangkan sangat kegunaan YouTube, tapi tu la sumber untuk assignment aku dulu-dulu.

Tapi, macam biasa la, aku pun tak mau ambik kisah sangat. Aku nak habiskan sesi ni dengan belajar elok-elok. Tapi kalau orang duk buat perangai, bagi kita benci, haish, memang aku jaki sungguh-sungguh la.

Jam dah dekat 2.50 pagi. Baik aku tidoq sekarang. Tak bangun susah aku nanti.

P/s: Sori la aku loghat utara malam ni. Saja. Tengah emo memang kena cakap macam ni. Takkan nak bercakap baku :)

Pp/s: Terima kasih yang klik butang 'like' facebook dekat blog aku. Tapi teringin jugak nak tau sapa yang klik. Apa kata komen sekali? Seronok hati dapat tengok orang baca blog aku :)

2 comments:

Zainab Saiman said...

Bersabarlah sayang, nak buat macam mana, terpaksa dihadapi jugaklah, tak mengapa, tak lama lagi dah

Unknown said...

Insyaallah Mama. Insyaallah ok semuanya.