Jan 3, 2011

Entry 175 - Ippe-Gem-Ke-Ba.....BOM!

Wahai blog,

Aku dah balik ke IPBA. Tapi nama IPBA sekarang dah tukar. Dulu namanya Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Sekarang dah jadi Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa, atau dengan akronimnya, IPGMKBA. Dulu senang la sebut IPBA, sekarang nak sebut IPGMKBA tak tau macam mana dah. Ippe-gem-ke-ba?

Aku bertolak ke KL dari Kulim pukul 5 pagi dengan abah dan mama aku. Sampai Tapah pukul 7 pagi, solat Subuh dulu, dan meneruskan perjalanan. Sampai Rawang, aku pun kena guna la GPS dekat handphone aku. Mana ingat dah jalan ke IPBA macam mana. Nasib baik Papago dengan GPS aku kurang buat hal macam NDrive (dulu GPS aku tunjuk kereta aku ada dalam laut dekat Pulau Pinang). Alhamdullillah, sampai area Bangsar, aku dapat lagi la cari jalan ikut Jalan Ara sampai ke asrama aku. Pukul 9 lebih macam tu la. Ramai orang datang daftar, sebab kebanyakan budak start kuliah hari ni dekat blok akademik. Tambahan lagi budak-budak datang daftar masuk asrama UniKL sebelah asrama aku.

Dah parking kereta dekat dalam, aku pun pergi la daftar dekat pejabat asrama. Haiya, isi borang lagi. Naik bosan isi nama aku berulang-ulang kali sebanyak 5-7 kali. Nama aku bukan pendek. Panjang. Lenguh menulis aku (mengada-ngada sungguh ^_^ ). Dah ambik kunci bilik aku, aku pun masuk la. Blok 1. Blok paling hujung sekali. Aduhai, dapat blok ni balik. Jeles dengan budak perempuan dapat blok 8 yang baru. Ada air-cond lagi. Blok 1, aku tengok, makin teruk ada la condition dia. Masuk-masuk bilik aku ja, sumpah, aku lemah semangat. Selerak, berdebu, lantai kotor. Abah aku jugak la yang duk mop bilik sambil lap loker dengan tingkap-tingkap. Aku nak buat tapi aku ni ada allergik kat habuk, nanti menjadi-jadi resdung aku. Ikut hati nak ja buat operation buang sinus aku, tapi kos operation dekat-dekat RM5000. Nak kahwin lagi. Nak beli lens lagi. Haish, tak buat lagi la operation ni.

Jadi kerja aku adalah bawa barang-barang masuk dalam bilik ja. Berulang-ulang kali aku naik turun lif. Nasib baik aku duk tingkat 3 ja. Kalau dapat tingkat 7, lif rosak, memang sumpah kurus mati terus aku. Yang duk blok 4 memang best la sebab bangunan tu terjaga sikit, tapi dengar kata lif rosak. Lif rosak boleh repair. Bilik rosak, sapa nak ambik peduli? Nak repair semua, memang takkan jadi la.

Aku rasa tak salah la nak exaggerate, "I'm living in a shit hole ". Memang RM80 ja bulan-bulan, tapi tengok bilik, memang rasa susah nak belajar. Kenapa hidup kat oversea ni walaupun taraf pendidikan dia lagi tinggi dan lagi susah, ramai dapat handle? Sebab environment untuk belajar tu mantap. Aku tengok lantai bilik kawan aku, sampai pecah-pecah tile dia. Toilet seat pun kotor, nak duduk pun aku rasa jijik. Tak ada choice, kena guna jugak la nanti kan? Terpaksa la aku sanitize toilet seat tu untuk keselamatan dan kesihatan aku. Pengalaman cleaner aku ni berguna jugak rupanya hehehe. Kalau supervisor tempat kerja lama aku nampak asrama macam ni, bukan setakat mati terus, mati sambil maki hamun pun boleh jadi. Maaf yer Puan Silipi, tak sengaja melawak :)

Tapi macam mana pun, dah ada tempat tidur tu, Alhamdullillah. Aku pun rasa lega la. RM80 tu macam tu boleh dapat, free elektrik dengan air dah, ok la kan? Internet sendiri beli. Wi-fi memang tak dapat. Kalau dapat blok 3 punya, slow nak mampus kata kawan aku. Kalau la boleh dapat pasang streamyx kat sini ^_^

La ni tengah hujan lebat dekat KL. Aku nampak dari bilik aku, budak-budak laki dengan perempuan turun dari blok akademik terkedek-kedek jalan ke asrama. Lencun basah la korang lepas ni hahaha. Hurm, aku kena beli payung la (setelah dua tahun tak guna payung sebab Wellington memang tobat tak boleh guna payung, boleh patah kena tiup angin ja).

Apa-apa pun, ni la update terbaru aku. Resolusi 22 aku cakap kena update blog selalu. Dah 3 Januari. Terlepas entry untuk 1 dan 2 Januari. Tak kisah la. Nanti aku update pulak esok hari.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Ni blok 2, depan blok aku. Gambar luar ja sanggup ambik. Gambar dalam bilik sendiri, ya ampun -_-

2 comments:

Asfan Ash said...

panjang gila namaaaaaaaaa...xboleh nak buat acronym pon

Unknown said...

Haha penat nak sebut. Sapa la tukar nama macam ni.