Jan 28, 2011

Entry 185 - IT Fair MidValley, Solat Jumaat @ Masjid Jamek, & Nasi Kandar Insaf

Wahai blog,

Panjang title entry aku hari ni kan? Banyak aku buat hari ni. Esok dah nak balik Kulim. Raya Cina cuti sampai seminggu. Bila balik Malaysia ni, benda paling best adalah cuti. Belambak-lambak cuti hehehe.

Alkisahnya, bising bebudak bilik aku hari ni pendrive RM1 4GB dekat IT Fair MidValley. Sapa tak nak kan? Beli banyak-banyak jual dekat orang RM10 pun orang akan beli. Bisnes beb. Jadi aku pun keluar la dengan girlfriend aku singgah MidValley jap. Kalut nak ke Centre Court nak tengok IT Fair tu. Dengan harapan nak beli satu je la (yer yer je satu LOL).

Malangnya gambar dari handphone tak bagus sangat :(
Ramai orang tunggu dekat tempat Convention tu, tapi tak bukak lagi pun. Aku pun menyelinap la sampai ke pintu depan, dan girlfriend aku tunjuk ada banner pasal pendrive RM1 tu. Rupanya, purchase with purchase. Kena beli produk antivirus Kaspersky (entah betul eja ke tak). Satu produk satu antivirus. Adoyai. Tipu belaka. Maka aku pun keluar la dari situ dengan hampanya.

Hari ni hari Jumaat. Kalau keluar macam mana pun, solat Jumaat takleh tinggal. Masa tu aku ada dekat area Ampang. Nak sembahyang dekat area Jalan TAR. Paling dekat pun Masjid Jamek la. Sumpah, lagi teruk experience aku dari Masjid Al-Rahman tepi UM. Aku sembahyang betul-betul tepi anak tangga. Sikit lagi nak jatuh. Dah la laki sebelah aku sembahyang conquer space. Aku mengecik macam tikus dah masa tengah sembahyang tu. Sakit belakang aku. Dah la ramai orang. Yang bawak sejadah, pakai seorang ja. Kalau aku, aku akan letak melintang, bagi orang lain datang dapat sembahyang jugak kat luar. Tak salah melutut atas jalan tar pun. Sakit sikit, tapi dapat pahala bagi orang lain sembahyang jugak kan.

Lautan manusia lepas habis solat Jumaat.
Dah habis solat, mesti la lapar kan. Tapi kalau ada niat nak makan dekat area Masjid Jamek lepas solat Jumaat, sila lupakan je la. Korang tengok gambar pun tau sesak dan seksa macam mana kan nak bergerak. Aku dah macam penguin masa bergerak tu. Sebelum solat tu pulak memang banyak doa aku letakkan pada kasut aku. Kang kena curi nanti satu hal pulak. Aku pulak jenis taknak ambik benda orang. Curi selipar aku, kena la curi selipar orang lain. Jadi rantaian pencurian selipar la nanti hahaha.

Eh melilau pulak cakap pasal lapar ni. Jadi, aku pun bergerak ke Jalan TAR. Makan di Restoran Nasi Kandar Insaf. Bagi yang selalu pergi Jalan TAR ni, mesti boleh kenal kedai ni. Ada dua cawangan. Satu sebelah A&W dan KFC, satu lagi dekat-dekat Gulati's. Aku rasa dah 20 tahun lebih dah Insaf ni beroperasi. Terkenal dengan Briyani dan Ayam Madu.

Ni la permulaan Jalan TAR.
Ni la Briyani dengan Ayam Madu :)
Tapi malangnya, servisnya bagi aku, agak kurang ajar sikit la.Aku ingat lagi masa dia tanya kitorang nak makan apa. Maklum la, bila kita pergi kedai makan, mesti nak fikir makan apa dulu kan. Masa tu jugak la "waiter besar" Insaf nak ambik order. Aku pun cakap la nak briyani. Tapi tak tau lauk ayam apa yang ada. Aku tanya la ayam apa ada. "Ayam masak karimasalagorengmadu". Cuba korang sebut ayam yang ada laju-laju. Itu yang aku dengar. Gila betul. Lepas tu tanya air pulak. Aku minta milo ais. Tak ada. Sumpah pelik kedai nasi kandar tak ada milo ais. Jadi aku pun baru la nak order air, tapi "waiter besar" ni kata "ah slow sangat". Kalut sungguh. Pergi ambik order dari orang lain pulak lepas tu. Lepas tu datang balik, aku pun cakap slow-slow. Dia bawa air dekat kitorang pun, letak air atas meja pun ganas semacam. Aku pun hentak balik je la gelas kat meja kuat-kuat. Tanya apa nama "waiter besar" dekat seorang pekerja Indonesia dekat situ. Tapi tak bagitau *maybe takut kena pecat kot*. Lepas aku hentak meja tu baru bawak nasi briyani elok sikit. Kurang kasar dah. Aku pun ushar tak puas hati dekat dia. "Jaga hang, siap aku report boss dan tulis dalam blog aku lepas ni. Muahahaha". Tapi sedap la makan. Briyani dia memang rasa sedap. Ayam dia pun masih sedap lagi. Tapi bagi yang nak pergi nanti, harap sabar dengan kerenah orang macam ni. Bisnes dah maju berlagak la. Customer kena layan macam pelesit ja.

Itu la kejadian hari ni. Lepas ni nak kemas beg pulak. Esok nak balik Kulim!

P/s: Tadi roommate aku tunjuk satu entry dari forum lowyat pasal IT Fair. Dengar ramai orang complaint. Tak best. Bukan IT Fair pun, tapi more towards Jackie Chan fair dah. Sebabnya dia kan duta Karpersky dan memang company ni penaja besar IT Fair. Tak sure la dia datang ke tak tadi. Dan ada rumor yang 1000 orang pertama dapat beli pendrive RM1. Kalau ada, EEEE TAK ACI!!!

No comments: