Jan 6, 2011

Entry 177 - Dah Masuk Year 4

Wahai blog,

Alhamdullillah, dah habis sehari di blok akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA). Sumpah, bangun awal semalam. Pukul 5.45 dah terbangun dengan alarm handphone sendiri. Tapi biasa la, tidur balik. Bangun balik lepas tu mandi, bersiap-siap, sampai la ke satu tahap pikir, "Apasal awal sangat bangun ni. Bosan tak tau nak buat apa. Jadi hari ni aku akan bangun lambat sikit hehehe".

Hari ni memang aku berpakaian kemas habis-habisan. Adelynn panggil aku model Zara. Gara-gara gambar dinner aku yang lama dulu tu \(^_^)/ . Perasan hensem habis aku hahaha (padahal memang betul pun).

Pendaftaran mula pukul 8 pagi. Duduk universiti luar negara boleh la buat perangai bangun lambat, sebab kelas banyak waktu petang. Ni memang start 8 pagi. Kena biasakan diri la lepas ni. Macam mana pun, lepas tu ada la sikit sesi orientasi dengan Jabatan Bahasa Inggeris, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, sesi bersama Pengarah IPGKBA, sesi motivasi. Dari pukul 8 pagi, sampai la ke 11 malam. Sumpah penat gila.

Aku sebenarnya penat nak cerita semua. Gambar aku ambik pun sikit ja. Duk dalam dewan pun dengar ceramah kepala pun nak lentok semacam ja. Haish, malu ja kat orang lain. Takpa, akan ada perubahan nanti dalam diri sendiri.









I've returned from a war,
A war on finding knowledge,
A war on knowing myself,
A war in a foreign place.

Now I am back,
Back to where I belong,
There's another war that I must fight,
A war for my own self and my country.

I will look back to this day someday,
And I will not feel ashamed of what I am,
I will not regret this day,
The day I embark on my final journey.

(Poem aku buat tetiba. Entah best entah tak, aku tak kisah)

 Sedar diri dah, aku akan jadi cikgu tak lama lagi. Setahun ja lagi nak habis semua. Ni la final lap untuk aku. Minta-minta la boleh dapat First Class, tak pun Second Class Upper.

P/s: Dengar cerita assignment menggila, kurang yakin pada diri sendiri. Minta-minta dipermudahkan segala urusan. Amin.

6 comments:

mizzshaina said...

all the best.. kau boleh la! yang penting kena sentiasa optimistic dan kerja keras orait=)

Unknown said...

Thanks!

Anonymous said...

gila mencabar kena orientation..good luck khirol and rakan2 yg lain :)

Unknown said...

Hahaha hari ini ada lagi. Ekstra ceramah bertalu-talu. Esok lagi. Sabar ja la.

Nyna Roxford said...

Salam. Ni IPBA yg dkt ngan UM tu is it?

Unknown said...

Ya, sebelah UM tu. Yang ada asrama tepi stadium hoki tu.