Untuk seketika waktu selama dua minggu, blog ini akan ditinggalkan kesepian. Bukan kerana penulisnya kegersangan idea, tetapi atas sebab lawatan sambil belajar ke negara jiran New Zealand, iaitu Australia. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin sebelum penulisnya mengorak langkah ke perantauan lagi. Diharapkan semoga semua pembaca mendoakan perjalanan yang selamat.
Apabila penulis balik nanti, iaitu pada 10 Julai, nantikan kehadiran gambar-gambar dan cerita-cerita baru di sini. Sebelum itu, penulis sudah menyediakan beberapa cerita yang akan disampaikan sepanjang bulan ini (Jun). Antaranya adalah:
1. Tips sebelum exam dan detik-detik menjelang exam.
2. Apa nak buat selepas habis exam?
3. Bermain badminton bersama rakan-rakan.
4. Lawatan ke Marae (perkampungan Maori) sehari semalam.
Penulis juga akan memasukkan beberapa keping gambar untuk menggambarkan suasana tersebut. Seperti biasa, gambar-gambar terdahulu boleh dilihat di Picasa Web Album. Jika ada sebarang pertanyaan, anda juga boleh meninggalkan komen di ruang yang bersesuaian. Akhir kata, Selamat Hari Bapa kepada insan-insan yang bergelar bapa, selamat menjawab exam pada yang masih ada exam, selamat maju jaya pada yang tengah mencari kerjaya, selamat bercuti pada mereka yang sudah tiada exam, selamat bersukan pada yang akan mewakili WMSO ke BERSATU Game di Palmersnorth, dan selamat sejahtera dan sihat hendakNya. Amin.
P/s: Maafkan kepoyooan aku berbahasa macam ni. 'Apa khabar' dalam Bahasa Melayu = 'Hi' dalam English. Kes di Marae =)

No comments:
Post a Comment