Jun 12, 2009

Entry 083 - Kenapa Aku Suka Blogging & Pulun Habiskan Assignment!

Wahai blog,

Makin lama, aku makin infatuated dengan blog ni. I love blogging. Dulu aku bukan suka sangat blog ni. Kenapa? Maybe sebab aku ada STML. Short Term Memory Loss. Macam ikan emas tu. Memori tiga saat jer *tapi sekarang ada orang buktikan dia punya memori tiga bulan pulak, maybe yang betulnya attention spand dia tiga saat*. Kadang-kadang bila aku jalan-jalan, apa yang terjadi depan aku pun bukannya aku kisah sangat pun, unless kalau sangat-sangat hebat impaknya pada aku. Tapi bila aku balik, aku pun lupa apa dah jadi. Sebab tu blogging. Ada ja benda yang dalam kepala ni tengah fikir, aku masukkan terus dalam blog. Hopefully berfungsi sebagai diari instant kepada aku. Lagipun, cerita aku semua bukannya private macam dalam diari yang orang biasa tulis. Dengan ini, 'diari' aku adalah umum untuk dibaca *if korang baca la sampai habis*.

Tapi blogging best sebab, lately, apa yang aku tulis ni, dapat banyak komen. Seronok aku baca komen-komen korang. Seronok lagi aku reply komen korang suma. Ada yang buat aku nak taip jawapan cepat-cepat, ada yang buat aku berfikir, dan ada yang buat aku tak tau nak jawab macam mana. Anyway, terima kasih sebab sudi komen. Sudi komen tandanya korang pun sudi baca blog aku kan? Terima kasih juga sebab sudi membaca.

Okay, berbalik pada isu semasa hari ini. Aku kena habiskan assignment secepat mungkin dan fokus kepada mentelaah untuk exam nanti. Exam aku 18 Jun ni. Korang doa-doakan la untuk aku. Aku ni bukannya pandai sangat pun. Tulis jawapan pun tak cukup masa. Alangkah indahnya if soalan dia semua MCQ. Boleh aku amalkan prinsip RAC. Apa tu? Roll And Circle. Prinsip golek dadu la *hahaha*.



Macam ni la aku bila otak dah tak betul sangat.

Okay, kembali membuat assignment.

2 comments:

Mrs. H said...

ni kt lib ka ape??
buat assignment cpt!
ehee..

Unknown said...

kat bilik. tu gambar malam semalam masa kat library haha