Jun 5, 2009

Entry 078 - Insomnia, Spageti Tomyam, LING 223, & Terminator Salvation

Wahai blog,

Penat-penat study, selalunya tidur la lepas tu kan? Tapi aku tak dapat tidur dek penangan energy drink. Semalaman berguling atas katil, tapi tak dapat lelap jugak mata ni. Time tengah mengelamun, tiba-tiba katil aku bergoyang. Gempa bumi rupanya. *Ada orang cakap apartment aku betul-betul atas Lingkaran Api Pasifik*.

Kalau korang tak dapat tidur, apa korang buat? Sambung study balik? Aku? Tengok movie ada la. Kononnya if tengok, maybe sampai part bosan dan boleh la tertidur. Tapi cerita syok pulak. Kartun Street Fighter IV dengan cerita Push. Tak tidur pun. Huhuhu. Aku dapat penyakit Insomnia dah rupanya.

Tapi pukul 6 pagi, aku pun pikir, apa kata buat breakfast? Lama tak makan proper breakfast. So idea aku simple ja. Spageti Tomyam.


Ada isi ketam, sayur campur, dengan cendawan butang.

Bila dah siap awal-awal ni, aku pun gerak la ke campus aku. Dalam pukul 7.30 pagi. Gila hebat. Test start pukul 9, rajin pulak naik awal-awal. Kononnya nak study la bila ada kat situ. Rupanya bila dah seorang-seorang ni, mata pun berat la. Tambah-tambah ada sofa luar lecture hall. Duduk sambil pegang buku, aku pun terlelap kejap. Kejap ja, dalam 30 minit.

Bila buka mata, dah ramai ada kat foyer menunggu masuk hall. Bising betul. Aku pun tak tau apa yang jadi dan aku pun tak kisah nak ambil tahu. Nak study last minit pun bukan ada manfaat. Ilmu dah ada, kena yakin pada diri sendiri la.

Linguistic 223, bapak ar soalan dia. Soalan 1-8 simple ja, tapi still kena tahu apa nak tulis. Tak boleh tembak suka hati. Nasib baik aku dah study betul-betul. Soalan 9 best, sebab aku dah fokus melampau-lampau dekat point-point yang ada. Tulis non-stop sampai satu setengah mukasurat, padahal markah dia 10 ja. Soalan 10 killer. Tak sempat langsung nak pikir, tulis, dan buat prediction. Dah la 20 markah. Nak merapu apa pun tak boleh sangat. Bila pikir balik, tak patut buat 50 minit la untuk test ni. Sebab soalan 10 tu kena analisis lagi. Mana sempat. Dari tulisan lawa-lawa (well, aku rasa yang ni paling lawa aku pernah tulis untuk test), jadi cacing mampus dah. Cramp tangan nak menulis. Hampeh. Aku ingat aku seorang saja yang benci soalan tu, rupanya ramai lagi. Memang soalan 10 tu killer dan tak sesuai untuk time frame yang limited macam tu.

Habis test, aku pergi la ke Illot Cafe. Nak rasa spageti masakanku. Offer la dekat Ajib, Estee dengan Grace. Not bad, sedap jugak rasanya. Stay la dekat library untuk kerja-kerja rutin aku sebagai supplier media yang tersohor. Lepas tu pergi sembahyang Jumaat.

Balik rumah, ingatkan nak singgah Mighlai. Again, tutup lagi. Damn.

Tengah-tengah nak lepak, aku pun YM dan text semua orang untuk sama-sama pergi tengok Terminator Salvation. *Aku terlupa aku kena tengok teater Shakespeare: Richard II*

Last-last, aku, Abol, dengan Acap ja yang pergi tengok. Boleh tahan la. Aku rekomenkan korang pergi tengok. Tapi kalau nak lagi faham, tengok dulu Terminator 1-3. Kalau tak boleh lost nanti.


Wajib tengok okay?

Sekarang ni, aku tak buat apa-apa. Sakit satu badan ada la. Maybe aku perlukan rest yang panjang. Dan weekend yang best. I need a vacation.

8 comments:

Mrs. H said...

eh..eh..btol3..
rase jugak smlm.
gegar die cm trase la katil goyang and lame jugak..
ohho..richard 2 besh.
part besh music die larh.heee

Unknown said...

wah, g tgk ke richard? music best? ehhehe bgs la.

adzuan aziz said...

bro nak jadi chef ke?sejak akhir2 ni byk je gambar makanan.haha

Unknown said...

hahaha mana ada. aku just syok2 meletak perkembangan hari-hari dari aspek makanan yg dimasak ja. nak amik gmbr rekod pertumbuhan rmbt mcm xleh buat sbb lmbt nk tmbh. so makanan je la plg sng hahaha.

Fatin Nordin said...

pergh mcm sedap spaghetti tomyam tu. nxt time bole bwk p morning tea na

ling 223? oh i hate that subject

Unknown said...

ada lg ke morning tea? tgk la kalau bley msk besar-besaran nnt hahaha

The Z A M said...

haha... I can see a flow of your day, man...!

Unknown said...

haha hebat kan ari aku ni? padat. penat aku hari tu.