Jun 18, 2009

Entry 089 - Dah Habis Exam, Tapi Apa Pula Lepas Ni?

Wahai blog,

Pertama, syukur pada Allah yang Maha Esa, kerana dikurniakan kekuatan minda dan kesihatan fizikal untuk menghadapi cabaran di muka bumi ini. Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca blog ini dan rakan-rakan yang yang telah mendoakan supaya aku diberi keyakinan untuk menjawab exam Applied Linguistic.

Sekarang, dah habis exam, apa yang akan aku buat? 19 Jun, ada pertandingan badminton antara kawan-kawan dalam Cohort 4, 5 dan yang bawah tajaan MARA. Sekadar friendly sahaja. Dah lama tak main badminton, dan yang betulnya, dah lama tak main apa-apa sukan pun. Duk tengok buku jer. Jadi ulat buku *ehem*.

20-21 Jun, kami akan pergi ke tempat tinggal masyarakat Maori dan tidur untuk semalaman di sana. Tapi, ada satu benda yang buat aku nak tergelak kaw kaw sekarang. Kenapa? Tengok ni:

During our morning teas I’ve discovered that Khirol is a very good singer, so I will appoint him as waiata (song) organiser (Laila, 2009)


Aduhai, nak terburai perut aku. Jadi, nantikan album lagu-lagu Maori dari aku yer? *Cuak nak hafal lagu Maori sebab bahasa dia walaupun lebih kurang ja, tapi tetap susah juga*

Lepas tu, aku akan ke Brisbane. Jumpa girlfriend aku! Yeay!!!

Tak sabar nak pergi. Moga tiada aral melintang nanti hendaknya. Amin.

4 comments:

yantie said...

ahaha aku pun tak bole blah je baca email laila tu. x penah pulak aku dgr ko nyanyi time main cranium tu. tp da laila percaya kat ko aku pun caye je la kat ko kan. aku just harap x ujan je. ahaks. hah layout ni bole thn la. x payah nak klik klik utk bace. senang sikit ala2 user friendly. haha

Unknown said...

hohoho nampaknya ko memandang rendah pada aku yer? xtahu ke aku ni juara karaoke bakat p.ramlee dalam taman aku? hahahhaa riak.

hujan? jonathan dh ckp probably akn hjn sikit dh siap2 td. bkn slh aku yer. lgpun, bkn aku ja nyanyi, suma kena nyanyi skali tau? hahaha n nnt, kita kena nyanyi lg melayu gak skali.

j-u-n-e said...

heee da abes exam, balek msia la.. yahoooo.!!

kat msia now mcm2 da terjadi taw..
heheh

Unknown said...

really? apa jd? kes u balik kampung? hahahaha