Jun 12, 2009

Entry 085 - Nak Laptop Baru!

Wahai blog,

Korang pernah baca tak entry aku dulu pasal laptop aku? Betapa bengangnya dekat laptop aku tu? Well, sekarang aku bengang lagi. Slow gila! Tak tahu la ada virus attack ke apa. Sebab antivirus tak cakap apa pun *bukan boleh percaya 100% sangat pun*.

Kekadang, sambil buat assignment, laptop aku slow tahap cipan. Nak type pun kekadang, 10 saat nanti baru naik dekat Words. Nak loading website pun, macam boleh jalan buat kopi dulu baru siap. Processor aku ni jam ke? Ke memberontak? Apasal pulak?

Kekadang, bila browse Internet ni, ada ja iklan-iklan pasal laptop la, pasal IT la semua tu. Teringin gak nak tukar, tapi apa gunanya? Selagi laptop lama aku ni tak menciputkan dirinya, selagi tu la aku kena bertahan. Dulu pernah hantar pergi kedai repair pasal fan rosak. Panas terus laptop sampai motherboard taknak hidup. Nasib baik tak ada further damage and rosakkan semua data-data macam assignment, project based, gambar dan lagu. Kalau hilang merana la aku.

Bila sebut teknologi, memang tak akan terkejar la. Cuba korang tengok zaman before korang masuk universiti, masa universiti, dan lepas universiti. Berapa banyak dah perubahan yang dah jadi? Dari laptop besar gabak tebal baling anjing boleh mati macam Yellow Pages, sampai ke kenipisan macam CLEO magazine tu, mesti kagum kan? Dan mesti features dalam tu bertambah-tambah tak padan dengan apa yang dah ad kat dalam laptop sendiri. Yang tensionnya, lepas beli laptop baru, seminggu kemudian keluar lagi yang baru, harga dah nak sama, dengan feature yang lagi gempak. Macam mana? Sure menyesal dan nak penyepak ja supplier dekat Low Yat tu. *Halo abg, ini laptop cun punya, graphic card dengan processor latest, lu talak boleh dapat macam ni murah dekat kedai lain wor*.

Tau tak apa yang aku craving sekarang? Laptop baru. Teringin jugak. Kalau camtu, apa nak buat dengan laptop lama ni? Jual? No, never. Baik aku bagi dekat mama aku. At least kalau dia guna pun, sure lagi cermat dari aku. Laju lagi dari laptop lama kat rumah. Ada webcam jugak. Jelaous tengok kawan-kawan yang boleh chatting sambil guna webcam. Rindu nak tengok muka abah dan mama sendiri *wuwuwu*.

Laptop apa aku teringin? Korang pernah dengar Apple tak? Apple jer, tak ada Orange or Strawberry. Apple ni, trademark dia yang sangat aku ingat adalah warna putih. Laptop dia tak pakai Operating System (OS) macam Windows tu. Ye la, sekarang ni nak keluar yang baru dah, Windows 7. Dulu Windows Vista, sebelum tu Windows XP, Windows Millineum Edition, Windows 2000, Windows 98, Windows 95, dan DOS-DOS sebelum ni. Tapi one common feature. Asyik kena serang virus ja. Tau tak berapa ramai asyik kena virus dek guna Windows ni? Mungkinkah ni konspirasi syarikat anti-virus dan syarikat Windows untuk charge users dia? Tapi tidak dengan Apple. Sebab coding yang Apple gunakan lain. Tak pernah lagi aku dengar, hackers attack laptop Apple. Tak pernah lagi aku dengar, ada anti-virus untuk Apple. Apa maksudnya? Ya, Apple kebal dan sukar kena serangan virus.

So, apa main point aku sebenarnya ni? Ala, semua orang ada gadget wishlist kan? Dalam gadget wishlist aku sekarang, aku nak either dua laptop dari Apple ni ja:

Apple MacBook Pro @ Apple MacBook Air
(Click each for details)

Wahahaha mesti mama dengan gf aku bising nanti. Sabar-sabar *tapi nak webcam dengan mama jugak*. Plus, nak bagi keselamatan membuat assignment *chewaah*.

7 comments:

The Z A M said...

cam best... haha...

Unknown said...

mmg best pun. dh la ringan, kecik, power pun power jugak. interface pun lain dr windows (dh bosan dgn windows).

harga? tecekik sekejap hahaha

AzRiQ [AiMaN] AzMaN said...

welcome to da clubbb!!
wakakaka...
at least im not alone..

AzRiQ [AiMaN] AzMaN said...

welcome to da clubb!!
wakaka..
ade geng ah ako pas nih..

Unknown said...

man, kelab org nk tkr windows ke, kelab org nk pakai macbook? hahaha

AzRiQ [AiMaN] AzMaN said...

ehem2..
saye sudah ade macbook white ye..
wakaka..
sudah nak dekat due bulan sy murtad windows..

Unknown said...

ooh aku ada dgr dr kam. lupa pulak. xpe la, aku akn menyusul dgn macbook air nnt. berkenan lg dgn tu, tp harga starting pun, ish. kena kerja kuat la aku mcm ni hehe