Jun 7, 2009

Entry 080 - Aksi Student Melampau

Wahai blog,

Jangan terkejut. Tajuk yang hampir sama dengan infamous "Aksi Pramugara Melampau", tapi modelnya tidak melakukan kerja yang tidak bermoral. Okay? Model? Khirol, ko model? Blah la ko. Kulit macam coklat kopiko, rambut macam maggi, ada hati nak jadi model? Tu la tuan-tuan dan puan-puan, bila hajat dalam hati meninggi dari kecik, tak dapat jadi yang real pun, berangan pun okay jugak. Mak aku selalu cakap aku ada rupa nak jadi model. Hensem la, tinggi la, kurus la *part ni aku saja tipu jer*, memang ada peluang jadi model sambilan la. Tapi maafkan kebiadaban aku, aku memang tak reti nak posing-posing ni. Satu fesyen ja.

Anyway, tujuan aku berposing sakan di sini saja jer nak tunjuk koleksi baju-baju yang aku baru shopping. Begini ceritanya. Mak aku bank-in duit lama dah untuk beli coat, tapi aku tak guna duit tu sebab keluar last minit time business hour nak habis. So aku pergi survey-survey je la. Al-kisahnya hari ni aku tekad juga untuk keluar rumah dan pergi shopping. Hasilnya adalah seperti di bawah. Tiga t-shirt yang ditayangkan di bawah ini adalah t-shirt murah, 3 for $40. Consider murah la sebab normally t-shirt bodoh-bodoh dekat sini pun harga boleh cecah $50 satu. T-shirt ni boleh didapati di Jay Jays. Baju untuk dipakai hari-hari ja. Dan coat dekat bawah lagi tu, didapati dari butik yD. Well, bukan coat la exactly, tapi jacket. Jenis dia Kilmer Jacket, diperbuat dari 60% wool, 40% viscose. Material ni akan buat korang tahan sejuk sebab jenis wool dekat sini, atau lebih tepat lagi, cashmere wool, adalah penebat haba yang bagus. Even aku yang berlemak tepu ni pun sejuk, bila pakai jaket ni, aku rasa panas sikit. Okay, cukup dah merapu. Sila la kagum dengan gambar-gambar model ini yer.


To: Women, From: God
Memang habis motivated la aku ni.


OF COURSE I'M IN LOVE WITH YOU DARLING.
Abaikan yang lettering warna merah tu, aku jujur terhadap kekasihku.


IT'S NOT MY FAULT I'M AWESOME
Betul, bukan salah aku *hahaha*


Mode 1: Jaket dibuka dan kolar tidak dilipat.


Mode 2: Jaket dibuka dan kolar dilipat.


Mode 3: Jaket dizip dan kolar dilipat.


Mode 4: Jaket ditutup dan kolar tidak dilipat.


Mode 5: Talk to my hand. Sapa nak autograf, beratur dulu *hahaha*

Maaflah kebiadaban aku berposing dan gedik dekat sini. Sekadar suka-suka sahaja. Jangan rasa menyampah pulak sebab aku tak cari pasal dengan sesapa pun.

Kalau ada any view, sila tinggalkan komen. Kalau yang nak anonymous tu, bagi la nama sekali. Kan lagi elok if aku kenal korang. Bukannya aku nak makan korang pun, kan kan?

14 comments:

yantie said...

weh knape asik aku je 1st comment nampak sgt aku suke bloghopping pdhal sepatutnye buat esaimen kan hahaha.
tp xpe release tension jugak tgk ko posing2 sakan dengan baju baru kau penat jugak aku gelak haha. to women from god memang tak bole blah haha.

Unknown said...

hahaha g buat asgmnt!
ko yg suka off-task sgt.
tp bgs la ko hlg tension tgk model hebat mcm aku ni posing hahaha.
haha anyway baju tu mmg aku tau confirm org xley thn tgk hahaha. aku sndiri pun nk tgelak pkai bj tu.

The Z A M said...

the first shirt is cool, man...! haha...

Unknown said...

tgk, semua org suka baju tu. hahaha. korg nak? aku bley watkan on9 stall ntuk peminat2 baju ni hahaha

Alice said...

now I know what my bf really means if he ever says 'of course I love you darling'. cis. hahaha

Unknown said...

hahaha jgn disebabkan tshirt aku tnjk tu, clash ke apa2 tjadi plak hahahaha.

Dyg Nina said...

OMG tshirt tu smua sgtlah awe some ok! xcept yg for women from god tu. x sukaaaa. better not pakai that in public. lol

dyg

Unknown said...

hahaha saya akn cuba untuk tidak memakainya di mata awam. tkt dibaling botol arak nnt hahaha

Irrina Sanusi said...

khirol,kita invest bl tshrt jayjays n jual kat mesia nk?
huuuu

adzuan aziz said...

aku model nike.hehehehe

IanLee87 said...

Sah2....
Aksi student terlampau...
nasib baek aku sensor dulu...
klu buka kat umah, sah2 ma aku sekeh pale...
hahahaha...

Unknown said...

hahaha apa kes? tgk kat ipba la. eh, dh cuti ke krg?

IanLee87 said...

A'aah... dah cuti r...
Bosan thp dewa kat umah nie...
x de xtvt lgsung...

Unknown said...

best ar cuti. gi la jalan2. aku duk nek nyamppah tahap haram buat assignment dgn exam nk dkt ni