Wahai blog,
Aku dah balik dari Brisbane. Sampai 11 Julai, pukul 12.30 pagi di Wellington Airport. Flight delayed sejam. Seperti yang dijanjikan, aku akan kongsi bersama semua yang berlaku sebelum dan selepas aku pergi melancong. Antara yang akan dikongsi adalah seperti tips sebelum exam, bermain badminton bersama rakan-rakan, lawatan ke Marae sehari semalam, dan tentang aku yang melancong di Brisbane. Aku akan asingkan part melancong ke Brisbane tu ke entri yang lain sebab gambar-gambar terlampau banyak. Okay? So, enjoy la dulu cerita-cerita kat bawah ni.
1. Ingat, perkara paling penting untuk konsep 'study smart' bukannya study last minit, tapi study awal-awal. Habis lecture ja, cuba-cuba la baca buku tu. Tak rugi pun masa korang (menyesal tak buat sangat dulu hehehe).
2. Print semua lecture notes. Rugi dakwat printer ja, tak rugi ilmu. Lecture notes menyenangkan korang semua nak highlight atas tu daripada baca semua dekat skrin laptop. Dah la boleh kongsi dengan kawan-kawan, berkat sikit ilmu tu kan?
3. Pastikan anda semua cari past year exam papers. Universiti tak la rajin sangat nak keluarkan soalan-soalan baru tiap-tiap tahun. Recycle ja banyak. Buat la soalan-soalan tu, kadang-kadang boleh perasan pattern soalan yang ditanya tu dan buat prediction mana nak masuk, macam mana nak jawab soalan tu.
4. Buat group discussion. Jangan ramai sangat. Nanti jadi sembang-sembang pulak. Dalam 5-8 orang tu okay la sikit. Bahagikan perbincangan kepada group kecil dan setiap group akan explain pada group-group yang lain tentang apa yang dibincangkan.
5. Ulang membaca. Walaupun membosankan, tabahkan hatimu!
6. Sebelum tidur, baca la doa supaya malam tu hati korang tenang dan tak diselubungi kerisauan melampau.
7. Tolong la jangan psychokan diri sendiri dengan baca last minit depan exam hall. Bukan ja boleh wat diri sendiri tensyen, orang lain tengok pun naik risau. Kalau korang wat semua kat atas ni dulu, takda sebab korang nak menggelabah kan?
8. Baca doa dan tawakal pada Tuhan. Sentiasa berdoa supaya ilmu yang diperolehi tu halal.

(18/06/09 - Gambar-gambar sebelum major paper kitorang.)
1. Syukur dulu pada Tuhan, jangan lupa tu.
2. Ambil gambar sendiri banyak-banyak, berkesan untuk tengok muka sendiri macam mana sebelum dan selepas exam.
3. Pergi release tension. Tengok wayang ke, berenang ke, panjat gunung ke, buat jer.
4. Susun buku-buku lama dalam kotak. Lupakan sementara semua tu (sejarah lama).

(19/06/09 - Gambar-gambar selepas habis major paper)

#Tips sebelum exam#

Tuhan ja yang tau macam mana hati tu berdegup-degup sebelum nak jawab soalan. Ye la, memang la aku study gila-gila, tapi bila nak jawab, aku rasa sikit lagi ja nak gila. Ish, minta simpang la. Kalau gila, sapa la nak sayang aku ni kan?
#Apa nak buat lepas habis exam?#
1. Syukur dulu pada Tuhan, jangan lupa tu.
2. Ambil gambar sendiri banyak-banyak, berkesan untuk tengok muka sendiri macam mana sebelum dan selepas exam.
3. Pergi release tension. Tengok wayang ke, berenang ke, panjat gunung ke, buat jer.
4. Susun buku-buku lama dalam kotak. Lupakan sementara semua tu (sejarah lama).
(19/06/09 - Gambar-gambar selepas habis major paper)
Bila dah habis exam, apa lagi? Semua orang muka riak, happy, kembang kempis lubang hidung jadinya. Mau taknya, lepas ni takda paper yang ada exam dah. Tak payah baca buku teruk-teruk dah. Fokus buat assignment ja. Tapi, lagi best kan kalau takda assignment dan exam terus. Lagi gembira aku. Okay, gambar-gambar baru atas ni menunjukkan kitorang dijamu Fish n' Chips yang Laila bawakan. Makan free, sapa tak suka? Hahaha. Lepas tu, aku anjurkan (cewah, macam function apa-apa lak) sesi bergambar untuk salam perantauan (ala, gambar budak oversea hantar kat Utusan tu). Tapi ramai yang tak datang, malu bergambar rasanya. Biar la, aku pun tak tau bila nak buat gambar Cohort 5 ni sekali lagi. Last-last aku includekan gambar bebudak MARA. Kalau tak ada lagi sesi photo lepas ni, nasib la. Aku pakai gambar ni la untuk dihantar ke Utusan.
#Bermain badminton bersama rakan-rakan#

(19/06/09 - Gambar-gambar time event badminton B.Ed TESL. Tak banyak sebab sibuk jadi umpire match. Last-last tak boleh main.)

Annette dah susun jadual badminton untuk semua students. Aku pergi ke REC Centre paling awal. Tengok-tengok, takda sapa pun. Aku yang semangat lebih sangat. agaknya Duk terbayang macam nak batal dah ni event ni. Tengok-tengok, Annette baru sampai. Dia pulak terkejut tengok aku sebab datang paling awal sekali. Tunggu yang lain, sambil gosip-gosip dengan Annette pasal yang lain-lain yang tak datang lagi. Risau cikgu-cikgi Malaysia tak aktif bersukan. Akhirnya sampai juga satu persatu. Tapi Annette sedih dan hampa sebab ada yang tak datang. Kesian jugak kat dia. Tapi dah budaya yang lain-lain memang malas bersukan or memang tak suka berpeluh, nak buat macam mana? Aku ingatkan aku dapat main sebab dah cakap kat Robot nak ganti dia. Tapi, ada confusion berlaku, dan aku pun tak main la hari tu. Sekadar jadi umpire (pengadil badminton bukan referee yer?). Pastu aku pun balik la macam biasa, kecewa tak dapat main.
#Pengalaman di Marae sehari semalam#
1. Marae adalah perkampungan Maori. Macam Rumah Panjang di Sarawak, Marae adalah sebuah rumah besar yang didiami oleh ramai orang sekaligus.
2. Lawatan ke Marae dianjurkan untuk bebudak TESL KPM dan MARA. Yang tak pergi rugi la.
3. Marae yang kitorang pergi tu di Island Bay, lebih kurang 15 - 20 minit dari Wellington. Marae ni adalah yang paling terbesar dalam Wellington Region. Keluasan tanah dan nilainya adalah yang paling besar dimiliki oleh orang-orang di Wellington. Seluas 50 ekar, harganya mencecah puluhan juta dollar. Tak payah kata la, memang besar pun tanah tu. Dari rumah tu, sampai ke bukit bukau, ke laut, tu tanah diorang.
4. Ketua Marae di situ, usia dia dah nak cecah 90 tahun dah. Besar saiz dia. Dia kacukan Pakeha dan Maori (Pakeha ni adalah istilah Maori kepada orang asing, merujuk pada orang kulit putih). Disebabkan tu, warna kulit dia agak cerah sikit dari orang Maori yang biasa. Cerita dia memang masyuk habis la. Macam mana dia bina rumah tu semenjak remaja, masuk penjara, beli hartanah, tanam pokok-pokok dekat tanah 50 ekar tu, memang kagum la aku. Marae yang dia buat tu, dia tak beli pun bahan-bahan binaan tu. Dia buat semuanya dari barang-barang terbuang. Kayu-kayu dikutip, hiasan dalam rumah dibeli yang second hand, simen-simen dibancuh sendiri, semuanya tak ada yang baru. Ni menjadikan rumah tu unik, apatah lagi kalau 10 tingkat semuanya? Ada tingkat yang bawah tanah lagi. Dengar macam dah masuk World Record dah sebab binaan hebat tu.
5. Kitorang dikejutkan lagi oleh ibu kepada Peri, gadis Maori 15 tahun yang bawa kitorang tour dalam rumah tu. Rupanya, keluarga Maori di situ adalah keluarga Islam. Nama Islam Peri adalah Syahidah. Terkejut kot aku bila mak dia bagi salam mula-mula jumpa kitorang.
6. Datang bersama ke Marae adalah Jonathan, Annette, dan Laila. Jonathan bawa anak perempuan dia, Macy. Comel anaknya. Mula-mula malu dengan aku, lepas tu aku main kejar-kejar dengan dia, terus suka aku. Aku ni memang ada charm dengan budak-budak rasanya. Laila pun bawa Jamie gak. Macam biasa, dia memang comel. Ramai suka dia sebab dia ni tembam sungguh. Rambut macam maggi. Nasib bek tak leh makan. Annette bawa makanan untuk kitorang. Uish, best ni. Banyak pulak tu. Stok ayam sampai 3-4 bungkus, keropok, biskut, bahan nak masak pun ada. Budak-budak MARA yang akan masak nanti, aku? Makan ja kerja hahaha.
7. Disebabkan aku dipilih untuk mengetuai rombongan tu, aku diminta untuk jadi lead singer lagu Maori dan lagu Melayu masa tinggal di Marae. Lagu tu namanya Pokare Kare Ana. Try la tengok dekat Youtube. Sedap lagu ni. Lagu cinta. Lagu Melayu standard la, Rasa Sayang. Senang nyanyi. Jonathan pun boleh nyanyi sekali. Main gitar pun terer pakcik ni. Aku pun ada gak main gitar dengan dia masa nyanyi lagu Maori tu.
8. Ketua Marae bagi ucapan dia dalam bahasa Maori, lepas tu dia translate. Sekadar ucapan selamat datang. Disebabkan aku ketua, aku disuruh untuk berucap jugak dalam Bahasa Melayu. Dah la sudden decision yang dibuat oleh Jonathan, dengan tak tau apa nak cakap, aku bantai ja. Aku mula dengan Bahasa Melayu dulu la. Code switching memang habis-habisan. "Apa khabar" dalam Bahasa Melayu aku, sama dengan "Hi" dalam Bahasa Inggeris. Memang tak sesuai betul. Habis aku digelakkan oleh bebudak lain. Dah la aku cakap tunggang terbalik, tak ingat apa yang aku cakap dalam Bahasa Melayu awal-awal tu. Ish.
9. Lepas habis ucapan tu, kitorang bebas nak buat apa pun. Laila dan Annette balik dulu. Jonathan ajak kitorang meredah bukit-bukau untuk ke laut. Dah la nak redah tu kena panjat bukit, laluan yang berliku-liku, and to find out, kitorang salah naik bukit ke laut. Hampeh betul. Tapi view dia cantik juga la. Berbaloi la jugak rasanya.
10. Masa nak prepare nak masak tu, aku kena samakkan perkakas masakan dulu. Sekadar langkah was-was ja. Aku gi samakkan dengan Liyana. Samak dekat luar rumah pulak tu time Asar, dah la gelap, sejuk berangin pulak. Air sejuk nak mampus. Kuali-kuali semua bertimbun-timbun. Gila tol la. Sambil tukar-tukar samak dan sembur air, kitorang duk meraung "Mak, sejuk!!" Macam nak nangis dah samak time tu. Jari terus tak rasa apa pun. Berkat semangat nak makan, akhirnya selesai jugak menyamak 7 kuali dan dulang semua tu.
11. Part makan sedap la. Bihun goreng Singapore dan ayam bakar. Pergh, sedap. Dah la aku makan ayam dua ketul. Kenyang aku hehehe.
12. Malam tu takda aktiviti dirancang untuk kitorang. Kitorang boleh buat apa pun. Ada tiga group yang buat aktiviti utama. Group pertama: main gitar tapi bunyi tak betul pun, sekadar budak lagu kat hp dan melalak sambil strum gitar tu sesuka hati. Group keduaa: main board game, Imaginiff dan Cranium. Group ketiga: tidur terus kat bilik. Aku ajar budak-budak MARA macam mana nak main Imaginiff sebab diorang tak biasa main. Lepas diorang dah reti main, gelak sakan sungguh. Aku pulak main Cranium, tapi modified sikit la jadi Charade. Main sampai 4 jam agaknya. Gila betul rasanya.
13. Lepas tu, kitorang cerita hantu pulak. Dah tengah malam. Macam-macam bunyi la yang kami dengar. Dah la berangin luar, sejuk, dengan pintu yang tertutup rapat pun ditolak sampai keluar bunyi engsel yang mengerikan. Tetiba, ada la satu insan tanya soalan ni. "Ada orang cakap, kalau kita sebut nama hantu tu, hantu tu akan muncul. Kalau aku sebut nama hantu tu, hantu tu datang tak, sebab kita dekat oversea, macam mana dia nak rentas laut?" Uish, soalan punya la best. Boleh pulak dia pikir camtu. Lantak ko la, kalau duk takut dekat hantu sangat, nanti dia datang kacau ko nanti, susah pulak.
14. Dari duk cerita hantu, turns to part gosip pulak. Dari gosip budak-budak, sampai ke lecturer kitorang gosip. Lama gosip. Sampai pukul 12 tengah malam. Last-last tidur jugak la dalam bilik.
15. Sebelum nak balik dari Marae, aku sampaikan 'Koha' pada ketua Marae tu. Koha adalah macam, hadiah la. Dalam tu ada la duit untuk diorang. Memang time aku bagi Koha tu, ketua Marae tu sangat-sangat, macam mana aku nak cakap, muka dia tengok aku macam terharu sangat, dan tangan dia genggam tangan aku macam taknak lepas.
16. Akhirnya, kami balik dari Marae. Mengecap kembali kehidupan bandar kami.

(20/06/09 & 21/06/09 - Gambar-gambar di Marae)

Sori la, gambar-gambar ni kecik-kecik saiznya. Sebab banyak sangat. Untuk tengok gambar yang lebih besar lagi, klik ja gambar-gambar tu. Tak pun, lawatilah Picasa Web Album aku. Dekat situ ada ja gambar-gambar yang dalam entri ni, termasuk yang tak ada dalam entri ni.
Terima kasih sebab sudi membaca dan melihat gambar. Kalau ada apa-apa komen, silalah komen di ruang yang bersesuaian.
10 comments:
panjang gile entry ni.. haha
nice!
tu baru skit ja fikri. nnt entry lps ni lg pnjg. 21 hari pny trip kat brisbane. lg lama, lg bnyk gmbr, n lg bnyk cita. mls nk asingkan dlm bnyk sgt entry. hahaha
Ohoho~
Nak gelak je. X'P
~_~ apa yg ko nk gelak ni chouji
Gelak baek utk kesehatan. Maka aku suke gelak di mana2 saja.
OHOHO~
Comel sial layout baru ko... Aku ske. Bakal kene stalk ari2 nih. Baik ko update XD
Semangat tgk tips exam, sbb sem ni xdak exam :P Sem depan ade sejibik. Adeh...
hehehe blog comel padan dgn orgnya \^_^/
hehehe nsb la, blk ipba keja exam. eh silap, bukan ipba dh, KAMBA. wahhaha
wehhh omgqrst!!!
a'ah nk tgk gmba ko & gf
panjang gilak entry but as usual i'm more interested towards the pics hahaha especially my pics hahaha.
eh btw, fatin requests a pic of her to be removed. hahaha
ko ni mmg gile tuka layout kan... haha
fatin : nnt aku siapkan entry tu. bnyk gila type. huhuhu
yantie : ko mmg gila gmbr sndiri yer. hahaha. remove gmbr? ok jer. klau gmbr dlm group cmne? remove gak? tkr layout la harus. kena bg segar dgn mood skali. kalau aku down, kena la down jgk hahaha. skrg aku rs cam monster tepi blog aku tu hahaha. nk gigit ja apa yg bleh.
Post a Comment