Jul 15, 2009

Entry 095 - #25/06/09 - Movie World, Gold Coast#

Wahai blog,

#25/06/09 - Movie World, Gold Coast#

1. Gold Coast adalah satu region dalam Brisbane yang dekat dengan Brisbane. Boleh diakses dengan keretapi dan bas. Gold Coast mempunyai banyak tarikan seperti Byron Bay, Surfers Paradise, Sunshine Coast dan juga taman tema yang terkenal seperti Movie World, Sea World, Wet N' Wild Water World, dan Dream World.

2. Hari ini, aku pergi ke Movie World. Secara ringkas, Warner Brothers mewujudkan satu lagi Hollywood di Gold Coast. Banyak tarikan dalam ni, dan berpeluang untuk bergambar dengan Batman, Shrek, Austin Power, Scooby Doo, dan Marilyn Monroe.

3. Aku juga dapat chance untuk naik Escape Ride. Roller Coaster yang memang gempak habis la. Cockscrew dekat Genting Highlands pun tak terlawan. Masa aku naik ride ni, ada satu minah putih sebelah aku, duk bising dah. "We're gonna die, we gonna die I tell you". Aku pulak tengok dia dan cakap, "No we're not gonna die, this is cool". Boleh plak minah ni bising lagi, "Oh we're gonna die Mister, you'll see". Haram betul mulut dia ni. Tapi masa naik tu, aku sengih ja sepanjang masa. Nak jerit pun taknak. Bukan takut sampai tak boleh jerit, tapi pasal nanti ada kamera ambil gambar masa dalam ride. Haruslah maintain senyum setiap masa kan? Hehehe.

4. Lepas tu, masuk pulak dalam wayang Shrek 4D. Selalunya kita tengok movie yang ada 3D kan? So, 4D tu macam mana? Alternate dimension? Takda la. Kalau ikut fiziknya, 4D tu tak wujud lagi. Kuantum fizik masih belum dapat mewujudkan dunia tu lagi. Shrek 4D tu hanyalah wayang 3D dan ditambah dengan kerusi yang bergoyang-goyang mengikut jalan cerita, percikan air kat muka serentak dengan babak yang ada air dalam wayang, dan hembusan angin dekat kaki dan leher macam nak menggelikan orang, serentak dengan scene yang ada labah-labah terjuntai. So, maacam mana? Boleh tahan la rasa realnya tu. Layan jer.

5. Lepas tu naik Scooby Doo ride pulak. Mula-mula, gf aku tak mau naik. Dia kata memang takut pun. Shiha lepas tu pulak lari keluar. bapak ar, macam ni ke ride ni sampai leh takutkan orang? Takpa, kita test dulu. Masa naik, aku ntah berapa kali tahan telinga gf aku jerit. Hehehe. Siap bagi warning dah nak ada apa dalam ride tu. Aku pulak duk berzikir sebelah dia bagi dia tenangkan hati hehehehe.

6. Dari ride tu, kitorang gerak ke Wild West Falls ride. Ala, macam turun air terjun dengan kita duduk dalam kayu balak besar tu. Basah lencun okay. Dah la aku naik dua kali. Hehe. Masyuk jugak la naik tu.

7. Sempat jugak aku bergambar dengan karakter-karakter wayang macam Batman, The Flash, Scooby Doo, Austin Power, Marilyn Monroe, dan macam-macam lagi. Batmobile pun ada. Best best.

8. Tapi aku tak sempat naik ride Batman apa ntah namanya. Macam Space Shot dekat Genting Highlands tu. Aku terlepas jugak show Hollywood Stunt Drive. Dia tunjuk la stunt-stunt pakai kereta, kejar-kejaran dalam tempat tu, loncat sampai masuk bangunan dan meletup kaw-kaw. Aku yang duduk luar dari area stunt tu, time show tu tengah jalan, api besar gila sampai terasa bahang dekat aku. Padahal jarak aku dengan area tu dah 100 meter kot.

9. Kesimpulannya, memang best la kat Movie World ni. Sesuai untuk hiburan remaja tapi tak sesuai untuk orang yang ada sakit jantung. Boleh tercabut jantung dengan ride-ride yang ada. Tapi, kalau nak datang jugak, sila la ke Looney Cartoons punya area. Sesuai untuk kanak-kanak riang. Ye la, Bugs Bunny, Tweety, Slyvester, Road Runner, sapa tak kenal kartun ni? Memang tak pernah lalu zaman kanak-kanak la macam ni. Kitorang? Pergi jer tempat budak-budak tu hehehe. Orang besar tengok pun kitorang buat tak tau. Layan jer main apa yang ada dekat situ.


No comments: