Jul 17, 2009

Entry 100 - 01/07/09 - Harbour Town & Surfers Paradise, & A Conversation With A Drunken Englishman

Wahai blog,

#01/07/09 - Harbour Town & Surfers Paradise, & A Conversation With A Drunken Englishman#


1. Bagi sesapa kaki shopping, Harbour Town adalah satu tempat yang sangat berbahaya untuk anda. Murah weh!

2. Banyak kedai-kedai yang agak branded la dekat sini. Even T-shirt Nike aku beli pun $15 ja. Banyak lagi yang murah. Untuk perempuan pulak of course la lagi banyak kan? Gf aku rambang mata dah kat situ hehehe.

3. Kalau ada sale lagi bahaya. Nasib baik time aku pergi tu tak ada sale. Kalau tak teringin juga nak beli jam Fossil. Beli satu, second watch 50%. Mana nak jumpa offer macam tu?

4. Aku punya la jalan sampai sakit kaki hari tu. Sampai niat nak pergi Surfers Paradise pun macam dah tak ada dah. Tapi dah pikir, jauh aku datang, at least biar sampai sekali gak ke sana.

5. Dalam bas nak pergi situ, aku tertidur dah. Penat berjalan agaknya. Sampai-sampai Surfers Paradise, aku suka dengan budaya surfing dekat situ. Agak santai la. Time tengah cari tempat makan tu, aku ternampak satu mamat ni keluar McD. Pegang fries. Elok ja nak suap dalam mulut dia, satu Seagull datang dan rampas dari tangan dia. Seagull tu burung camar laut. Jahatnya.

6. Aku dengan gf aku lepak tepi pantai. Tak ada sapa mandi dah. Dah nak malam pun. Tapi syok sebab tengok laut, bulan besar, dengan lampu-lampu kedai dan city dekat pantai. Syahdunya suasana itu hehe.

7. Before nak balik tu, aku lalu la kat pasar dekat pantai tu. Macam pasar seni la. Ada la macam-macam kraftangan yang orang buat. Kagum aku dengan diorang sebab buat seni yang lawa-lawa. Cantik-cantik pulak tu. Aku sempat juga tengok kawah dekat bulan guna teleskop. Aku tengok dengan gf aku. $5 ja. Dia tunjuk la Sea of Tranquility, kawah terbesar dekat bulan. Dekat-dekat area tu, ada la area probe Neil Armstrong landing (dulu teringat teori yang diorang tak pernah sampai pun bulan, just propoganda ja, tapi dalam Reader's Digest June ada topik pasal cerita diorang dan justify macam mana perjalanan diorang, so maybe ada betulnya).

8. Masa tengah tunggu bas nak balik tu, ada la satu minah salleh ni bawa mamat salleh tu ke bus stop. Lepas tu dia cakap-cakap dengan mamat tu, jangan pi mana-mana. Nak dijadikan dialog cerita, minah tu datang kat aku.

Minah salleh : Could you please watch over him? I need to go to fetch my child. Don't let him off to the street because he's drunk. He need to get on the bus to Southport.

Aku : Sure, no problem (dah memang nature aku tolong orang kan?)

Minah salleh : Thank you very much. Mister, he will make sure you ride the bus okay? (sambil bercakap pada mat salleh tu)

Mat salleh : Are you a Muslim?

Soalan pertama dia. Hebat betul, terus tanya macam ni kat aku time mabuk tu.

Aku : Yes I am. How do you feel now?

Mat salleh : How do I feel? I feel...erghh (sambil tangan pegang kepala)... I feel shit..

Aku : (Terkejut sebentar)...Well, why?

Mat salleh : I don't know who's right and wrong. Maybe you guys are right. Do you get what I mean? Maybe Christian is wrong.

Aduh, ni bab agama. Kalau salah cakap, aku pun risau terjadi apa-apa nanti. Tapi aku neutral dulu la. Nak dipendekkan cerita (ye la, dialog aku dengan dia dekat setengah jam jugak la). Dia tanya aku rasa apa la, aku cakap aku risaukan dia ja. Sambil bercakap tu, aku genggam tangan dia. Lepas tu baru dia bagi tau dia sapa. Dia dari UK. Dia rasa, dia bersalah seumur hidup dia, salah dengan cara hidup dia, salah tentang minum arak. Aku tanya kenapa dia minum arak, tapi dia sendiri pun tak tau. Lepas tu, dia tanya aku dari mana. Aku cakap Malaysia. Dia macam, suka pulak bila aku sebut Malaysia. Dia cakap dia tau mana Malaysia. Nak bagitau aku KLCC, tapi dia tak boleh fikir straight time tu. Dia duk gerakkan tangan dia berulang kali (macam charade), tapi tak dapat pikir nama tu. Aku sebut la KLCC, dia pun makin seronok. Lepas tu, (panjang lagi versionnya), bas sampai. Aku pun pimpin tangan dia ke bas.

Aku : Do you know how to get back to your house?

Mat salleh : My house? Yeah yeah, I know. I just want to go home. My home, do you understand?

Aku : Good. Do you have your money with you?

Mat salleh : I have (sambil korek-korek beg dia). Shit, I can't find it.

Aku : Let me pay for you (tapi aku takda duit, so minta dari gf aku la). Driver, how much is the ticket to Southport? And can you please make sure he reach there?

Bus driver : It's $2.50. Don't worry, I will.

Mat salleh : You are paying for me? (muka sebak sikit). God bless you people (sambil tengok aku dan gf aku).

Lepas tu, aku pimpin dia naik bas dan bagi dia duduk. Sebelum dia duduk, dia peluk aku. Dia cakap mungkin, jalan Islam tu adalah jalan yang benar. Segan sikit aku sebab dalam bas tu ramai orang, dan semua tengok babak-babak tu, tapi aku kuatkan hati aku sebagai remaja Islam.

9. (Akhirnya, berbalik pada cerita yang dinomborkan). Aku pun ambil la bas balik ke stesen keretapi. Tapi disebabkan bas sampai lambat, kitorang terlepas keretapi. Kena la tunggu sejam. Dah la sejuk sikit dekat luar tu.

10. Keretapi akhirnya sampai. Waktu malam, keretapi memecut secara ekspres dan sampai ke city tengah malam. Sumpah mak, tak mau balik lewat malam macam tu lagi dah.

11. Pada yang baca pasal orang mabuk tu, aku bukan nak pengaruh orang nak kata Islam atau Kristian tu betul. Tapi hati aku, kukuh mengatakan, aku percaya pada Islam, kerana ini agamaku. Dan yang penting dalam hidup kita, adalah berbuat baik pada setiap makhluk di muka bumi ini, dan bertanggungjawab pada diri sendiri.


5 comments:

Anonymous said...

mcm bace citer chicken soup for the soul....:}

azarsyafiq said...

huhuhu..nice conversation you had bro..

Unknown said...

Ibu Hani: Chicken soup for the soul? wah, nampaknya khirol kena tulis buku2 la cmni hahaha, bley cari duit skit.

Azar: Ko xtau, org tua tu mcm nk msk islam ja caranya bila bckp dgn aku. klau msk, Alhamdullillah. kalau x, aku hope hidup dia akn lbh smpurna nnt.

.a.n.a s.y.u.k.r.i.a.h. said...

saya heart perbuatan kamu!
majulah perbuatan baik untuk semua! ehe,,

Unknown said...

Hahahaha. Bukannya aku ni baik sangat. Tapi risau la tengok orang-orang macam tu. Kalau kita tak tolong depa, sapa lagi kan? Dan dia bertanya pasal Islam. Kenal dia dengan Islam. Kalau tak bagitau dia, bila lagi dia nak hayati keindahan Islam? Tapi, bukan la bermakna nak hasut dia ke arah Islam, tapi hanyalah nilai-nilai dalam Islam yang kita pelajari tu haruslah kita laksanakan.

Cewah, ceramah plak. Dush kepala skali.