Wahai blog,
#23/06/09 - Jalan-Jalan Dalam Brisbane City#
1. Aku keluar ke city dengan gf aku. Saja round-round dalam city.
2. Lepas tu, aku pun merentas la Victoria Bridge, yang menyambungkan City ke South Bank (ada bebudak QUT yang tak tau nama bridge ni rupanya. Nama jalan atas bridge tu pun tak tau. Nama dia Melbourne Street).
3. Attraction kat South Bank ni, ada la beberapa tempat yang okay juga. First, Wheel of Brisbane. Lebih kurang macam Eye on Malaysia ja. Lepas tu ada Queensland Museum. Third, ada Streets Beach. Sebenarnya ni pantai buatan, so boleh la nak bermandi manda di sini. Selain tu, dapat tengok view Brisbane City dari side river lagi satu.
4. Selain sistem bas yang hebat, korang boleh juga naik City Cat dan Inner City Ferry yang beroperasi sepanjang Brisbane River. City Cat tu bukan la kucing bandar yer. Kedua-duanya adalah feri pengangkutan. Boleh naik suka hati nak pergi ke port-port yang sedia ada si sepanjang sungai.
5. Kitorang jalan-jalan kat South Bank ja sepanjang masa tu. Amik gambar-gambar kat area tu. Situ ada juga macam sebuah temple yang dibina oleh tukang bina dari Nepal, sebagai tanda perkongsian budaya antara dua negara terbabit.
6. Malam sikit (tak la malam sangat, sebab siang pendek dekat sini), kitorang pergi Memorial Park (sekali lagi, bebudak QUT tak pernah sampai sini hehehe). Tak ada apa pun kat sini, just taman ja. Boleh la lepak-lepak.
7. Lepas tu kitorang naik Inner City Ferry dan City Cat. Naik round-round sungai ja. Syok jugak sebab dapat view yang cantik dekat area-area sini waktu malam.
8. Dah nak balik, kitorang lalu la campus QUT dekat Kelvin Grove. Wah, sangat lawa. Terasa macam duk universiti sikit hehehe.
No comments:
Post a Comment