Aug 26, 2011

Entry 202 - Nawaitu Seorang Guru

Wahai blog,

Sempena bulan yang mulia sebegini, yang datang menjenguk sekali setahun, izinkan aku untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa untuk beberapa hari lagi, dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia, mahupun di luar negara.

Alhamdullillah, hari ini hari Jumaat. Hari yang mulia dalam kalendar Islam. Hari ini juga, hari terakhir aku di sekolah sebelum bercuti seminggu untuk cuti raya. Pendek kan cuti raya? Tapi tak mengapa. Lepas tu sebulan lagi ja di sekolah, dan merdeka.

Hari ni, aku nak cakap pasal nawaitu seorang guru.

Guru bukanlah satu profesion yang mudah. Siapa yang beranggapan profesion ni mudah, sila turun sendiri ke sekolah, duduk dalam kelas untuk dua waktu sahaja. Lepas tu ajar la. Lengkap dengan set induction, presentation, practice, production, dan closure stage. Dan jangan lupa, menerapkan nilai-nilai moral. Menguruskan masalah disiplin pelajar, dan pengurusan kelas. Memastikan pembelajaran menarik perhatian pelajar. Itu baru urusan dalam kelas. Urusan luar kelas belum saya ceritakan di sini.

Jadi siapa cakap kerja guru ni mudah, tolong fikir balik.

Seperti mana-mana pekerjaan, setiap satu ada cabaran. Tapi tak adil untuk mengatakan kerja guru tu mudah, seronok, tak membebankan, banyak cuti.

Tapi, kalau seorang guru tak ada nawaitu yang betul, maka ini akan mendatangkan bahaya pada pelajar-pelajarnya kelak. Kalau jadi guru disebabkan kerja yang ada pencen, yang ada cuti, kerja setakat cukup makan, maaf, anda tak layak jadi guru.

Dalam Islam, pendidik itu mendapat kedudukan yang mulia, kerana dia menyampaikan ilmu pada orang lain. Dan apabila ilmu itu diamalkan untuk kebaikan, maka dapatlah juga pahala kepada guru tersebut.

Alhamdullillah, selama aku berada di sekolah untuk praktikum, aku berusaha bersungguh-sungguh, biarpun kadang-kadang tak tidur malam. Perah otak sampai sakit kepala, demam-demam, tapi aku tetap datang sekolah jugak.

Pelajar-pelajar aku, dan bukan pelajar aku pun, dah mula rapat dengan aku. Aku berani cakap, aku turunkan diri aku kepada peringkat mereka. Dan pelajar nak tengok guru yang peramah dan mesra. Mereka dah penat tengok guru yang jerit-menjerit. Aku pun bosan tengok.

Tapi, setiap guru ada caranya dalam mendidik. Bergantung pada falsafah apa yang dipegang.

Aku? Aku jenis yang suka bergaul dengan budak-budak, jadi aku tahu apa mereka fikir.

Dan kelmarin, untuk kelas aku, aku dapat pemarkahan cemerlang. Alhamdullillah.

Nawaitu guru yang aku pegangi, berbalas seelok-eloknya.

Jadi pesanan aku pada kawan-kawan aku, pada junior-junior aku yang masih seronok di luar negara, ingat balik nawaitu seorang guru. Kerana tugas anda tugas yang mulia dan penting untuk negara. Jangan jadi seorang guru biasa, jadilah guru yang pelajar tidak sabar untuk masuk ke dalam kelas anda.

No comments: