Wahai blog,
Bagi yang kenal aku, mesti tau aku tak penah ambik kisah tengok cerita Melayu. Bila korang tau selebriti-selebriti Malaysia, aku tak tau. Korang cakap Lisa Surihani ka, Rita Rudaini, Rozita Che Wan, Farid Kamil, choi, aku tak boleh bayangkan muka depa. Tak kala nama-nama Aaron Aziz yang jadi kegilaan perempuan seketika tu, aku tak ambik kisah
(Okay, aku ambik kisah sikit. Badan dia tough tak macam aku, sebab tu gf aku syok tengok dia. Ka sebab dalam cerita tu dia sweet? Aku pun sweet pa hahaha).
Tapi point entry aku hari ni bukan nak cakap pasal selebriti ka apa-apa. Tapi pasal satu cerita Melayu yang kena tunjuk kat TV 10/09/2011. Tajuk dia 'Oh Haram'. Lakonan Aqasha, Sharifah Amani, Jalil Hamid, Hamidah Wahab, Mak Mah, Rita Rudaini.
(Aku copy ja senarai pelakon dia. Sebab aku memang tak kenal muka sorang2 dalam drama ni).
Tapi bagi aku, best la cerita ni. Jarang aku cakap cerita Melayu best sebab bagi aku, scene dia banyak cliché.
Cerita dia pasal sorang laki nama Rahimi yang belajar ilmu Usuluddin di luar negara (Isketambola). Dulunya dia peramah dan riang, tapi lepas belajar ilmu macam tu, terus ditegah segala kemungkaran yang ada di depan mata. "Haram ni, Haram tu". Macam tu la Rahimi.
Point cerita ni, aku tak tau sebab aku tak sempat tengok sampai habis. Tapi, memang akan timbul banyak pertanyaan la.
Kalau kita buat kemungkaran, kita kena cepat-cepat bertaubat, mana tau nanti ajal jemput kita tak sempat nak minta ampun. Dan kalau kita nampak kemungkaran, memang jadi tanggungjawab seorang Muslim untuk menegurnya.
Tapi ada kala, pendekatan yang diambil orang berilmu ni, kadang-kadang, pedas caranya. Mulutnya, tak payah kata, menyucuk jiwa. Bukan kita tak tau, tapi kita buat. Bila kena tegur, melenting. Salah diri sendiri ka salah penegur?
Bagi aku salah dua-dua. Yang buat kemungkaran, memang salah la sendiri kena ingat. Tapi kadang-kadang memang sifat manusia, kita lupa nak ingat. Tapi kita kena buka pintu hati jugak untuk terima nasihat. Tak boleh rasa diri betul ja setiap masa.
Salah penegur adalah, macam dalam cerita ni, Rahimi men hentam ja tegur orang. Macam aku cakap, niat dia memang bagus. Tapi pendekatan tak boleh kasar. Islam agama yang banyak toleransinya. Kalau la semua ditegur kasar-kasar, sapa nak dengar? Manusia ada egonya. Salah teguran, buruk gak padahnya.
Ada satu babak masa Rahimi ni belajar dulu-dulu, dia duduk berdua-duaan dengan seorang gadis yang belajar sekali kot. Di tempat tersembunyi la jugak, dan dijumpai tok guru dan orang-orang lain. Diikatnya dua-dua diorang kat batang pokok, sampai la perempuan tu mati. (Adakah disebabkan ucapan tok guru dia yang mengatakan ada hukuman sebatan 100 kali, aku tak pasti sama ada diorang kena sebat 100 kali dan perempuan tu tak tahan dan mati). Disalahkan Rahimi kerana kalau tak berdua-duaan, seorang Hawa tak akan merana.
Hurm, adilkah nak salahkan laki tu? Bukan ka patutnya, kita tarik ja dua-dua orang tu ke tempat lain, dan ceramah sikit. Hukuman mental lebih berkesan dari fizikal dalam mendidik orang. Tok guru tu, aku patut salahkan. Sebab aku tengok macam dah lepas tangan dah caranya nak kata Rahimi salah.
Tapi, aku yang tak mahir agama ni, taknak kata lebih-lebih. Kang marah ramai orang pulak aku cakap tak ikut ilmu yang betul.
Takpala, korang cari la cerita ni sebab ada untuk download. Google sendiri.
Last sekali, ni lirik lagu dalam babak cerita 'Oh Haram'. Best jugak :)
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Orang lah Islam di zaman IT,
Apa dah jadi,
Apa dah jadi,
Islam sekarang dek hukum sendiri,
Apa dah jadi.
Masyaaallah.
Orang yang jahil pon nak berpuasa,
Apalagi yang usaha,
Nak kumpul pahala merata,
Puasa sehari bagailah nak gila,
Tapi sayang bila berbuka,
Penuh juadah satu meja,
Perut kenyang terus terlena.

No comments:
Post a Comment