Sep 30, 2009

Entry 138 - Kisah Raya Aku Di Wellington

Wahai blog,

Kalau mau ikut aku nak letak semua gambar-gambar sejak raya pertama (mengikut kalendar Malaysia), banyak kot. Tapi aku sediakan slideshow dari album-album aku. Banyak ceritanya tentang beraya di New Zealand ni. Tapi, tak mungkin sama macam beraya dekat Malaysia la. Tanpa lengah lagi, dipersilakan melihat slideshow di bawah ok?

20/09/09- Queensgate & Circus Prom

Patutnya ni adalah raya pertama di New Zealand, tapi disebabkan anak bulan tak dapat tengok, maka tak dapat la nak kononnya takbir raya+lagu birthday aku kan. Oops, 20 September adalah birthday aku. Ha, kalau awek aku birthday dia masa hari pertama Ramadhan, aku punya hari pertama Syawal. Hebat kan? Tapi tu la, New Zealand beraya sehari lewat.

Apa yang aku buat hari tu? Tak pasal-pasal, aku pi Queensgate Westfield dekat Lower Hutt. Ada apa dengan tempat ni? Queensgate adalah sebuah, jeng jeng jeng, shopping mall. Buat pengetahuan korang, kat Wellington tak ada shopping mall macam Midvalley tu. Sedih kan? Buat aku dengan awek aku yang memang menjadikan shopping mall ni macam, taman permainan, sedih la. Tapi kan, walaupun ramai yang cakap Queensgate ni setara Sunway Pyramid, maaflah. Kalau standard aku kan, sama macam Amcorp Mall jer. "Hek eleh, macam Amcorp, ingat gempak la sket". Kaum Hawa, maklum la, bila dah jumpa shopping mall, sakan sungguh la bergerak. Melekat muka depan cermin kedai sampai tinggal bekas pipi hahahaha. Aku takde la minat sangat tengok-tengok kedai sangat. Aku lepak jer la, tunggu yang lain puaskan nafsu shopping tu (padahal duit tak ada sebenarnya hahaha).

Sepatutnya, balik terus la dari Queensgate, dan hantar budak-budak yang nak tengok Circus Prom dekat Micheal Fowler Centre. Tapi, tiba-tiba dapat la khabar gembira dari ahli cohort 4 yang tak jadi pergi tengok sebab ada assignment (tengok, sanggup lepaskan peluang untuk assignment). Jadi, tiket tu dapat kat aku la. Maka aku pun join la ke Circus Prom tu. Apa tu Circus Prom? Circus, kalau dalam kepala kita, macam Royal London Circus yang touring dekat Malaysia dulu (pernah gi tengok sekali masa kecik-kecik, telinga aku kena pulas dan keluar duit, kagum seyh). Tapi, Circus Prom ni tak sama langsung macam tu. Diorang pakai stage macam biasa, yang kat depan tu, dan ada okestra dekat belakang. Tak salah aku Vector Wellington Ochestra, sebab konduktor dia macam sama dengan yang aku gi tengok masa AMI Summer Symphony dulu. Semua aksi-aksi circus yang diorang wat semua, diiringi lagu-lagu klasikal macam Tchaviousky, Bhramm, Beethoven (5th Symphony memang sedap dengar), dan macam-macam lagi la. Pandai jugak diorang cuba bagi aksi-aksi tu ngam dengan lagu macam tu. Tapi tak nafi la, ada ja part yang bila dengar jadi bosan, sebab lagu slow sangat. Tapi, dari sepuluh bintang, aku bagi enam. Sebab memang tak pernah tengok circus macam ni, unik, tapi ada lagu-lagu yang kena pilih bagi betul sikit dengan mood.

Bali dari Circus Prom tu, lepas Isyak, aku jejak kaki jer dalam rumah Nurul untuk takbir raya, terus lagu birthday aku berbunyi. Terima kasih kawan-kawan, tapi mana kek? Hahahaha lawak ja. Lepas dah habis nyanyi tu, bermula la takbir raya. Syahdunya perasaan masa kitorang bertakbir tu. Ada yang bertakbir sambil mata bergenang, ada yang muka pilu, ada yang muka tersengih (seronok tengok orang lain sedih, macam aku), dan macam-macam muka lagi la. Tapi, aku faham, raya jauh dari keluarga, mestilah sedih. Aku? Redha dan pasrah je lah. Bukannya menangis dapat bawa mak bapak aku datang sini kan? Tapi, lepas takbir tu, mula la sesi gila-gila balik. Lagu raya tiba-tiba ada versi acapella pulak, ucapan raya, adik beraya dengan abang, dan macam-macam lagi. Apa-apa pun, korang tengok slideshow jer. Senang cerita hehehe.



21/09/2009 - Sembahyang Sunat Raya Di HiCom Malaysia, Open House Rumah Yuyu, Isu Che Nad, & Open House Rumah Aizat

Ha, bila dah sembahyang raya dekat HiCom, apa yang patutnya ada? Baju raya? Duit raya? Makan raya? Bagi aku, beraya kali ni takda la baju Melayu baru, duit raya confirm tak dapat, tapi makanan mesti ada. Hahahaha. Makan sepinggan gak, sebab aku sedar jangan mengamalkan amalan Syaitan durjana iaitu membazir dalam pemakanan sampai nafsu membuak-buak. Tapi gambar-gambar dari kamera aku memang tak ada sepanjang di sana sebab aku tak bawa kamera. Kalut sangat keluar rumah sampai tertinggal kamera. Tapi aku masuk je la dalam mana-mana gambar yang orang ambil. Mesti banyak menyampah tengok muka aku dalam gambar orang lain. Ye la, asyik-asyik aku jer amik gambar, kali ni biar la aku diambil gambar pulak kan? Hahahaha.

Balik dari HiCom, tukar baju. Dapat jemputan ke rumah Yuyu untuk rumah terbuka dia. Sampai rumah dia ja, makan la nasi tomato (yaka Yuyu, dah lupa menu apa). Ramai gak orang datang. Kitorang yang pergi ni memang makan jer la. Makan ala kadar okay masih ingat dunia lagi hahaha.

Tetiba, kecoh pulak dekat bilik air rumah Yuyu. Che Nad jatuh dalam tandas masa nak ambil wuduk. Ya Allah, macam mana la boleh jadi camtu. Jadi, tanpa lengah lagi, aku, Ain, Yuyu pun bergegas bawa Che Nad ke kereta dan pandu ke Student Health Service dekat universiti aku. Nangis Che Nad tak yah kata la, basah kusyen kereta (bapak melebih-lebih pulak keterangan ni kan?). Dekat situ, nurse check la kaki Che Nad. Dulu, Che Nad pernah jatuh sekali masa main roller blade dan masuk hospital gak. Kali ni pun, kaki yang sama, dan sakit yang sama gak. Letak jer la paket ais dekat lutut dia. Aku tunggu dengan Ain dekat situ sebab Yuyu kena balik melayan tetamu. Masa kitorang tunggu tu, lama gila. Sampai la ada satu doktor ni yang kena refer Che Nad ke hospital pulak untuk buat Xray. Kalau aku tau, dah lama aku bawak keta gi sana. Sebab nak tunggu ambulans datang untuk amil Che Nad, dekat-dekat 2 jam. Uish, lama sungguh.

Dekat hospital, tunggu la kitorang lama-lama kat situ. Baru aku tau, sistem layanan hospital dekat sini adalah, layanan kepada kes-kes yang lebih serius macam sakit jantung, accident patah terkeluar tulang, terbakar, dan yang serius-serius la. Macam kes Che Nad, tak serius sangat sebab boleh tahan lagi. Tapi, lama gila nak tunggu. Ada satu nenek tua tu sampai mengamuk dia. Bising dengan staf-staf dekat hospital tu. Sampai ada satu ketika tu, dia menyelinap masuk dalam ruang kerja staf dan ke dalam bilik pejabat doktor agaknya. Tak ada orang perasan pulak tu sebab pintu ke ruangan dalam hanya boleh dibuka secara automatik dari dalam saja. Nenek ni nampak peluang dan terus kepit badan dia lepas pintu tu. Kagum. Tapi lepas tu rasanya kena tangkap kot. Sebab nampak dia dekat luar dengan ada makanan atas peha dia. Rasanya staf bagi dia makanan hospital supaya dia senyap sikit kot. Aku macam nak tergelak ja. Sistem hospital macam ni la yang akan buat orang marah. Sekurang-kurangnya dekat hospital kerajaan di Malaysia, kadang-kadang boleh nampak juga la orang tua diberi keutamaan. Okay, tu part nenek tu.

Kitorang menunggu lama. Bayangkan, dalam menunggu dari Student Health Service sampai la habis treatment Che Nad, dari 12.30 pm sampai ke 11 pm. Lama ke tak menunggu? Adui. Che Nad dah rasa bersalah sebab jadi punca kitorang tak pergi Rumah Malaysia, rumah duta Malaysia untuk tujuan rumah terbuka. Tak apa Che Nad, ada banyak lagi peluang. Sambil menunggu tu, ramai la datang melawat jugak, macam Mamat dan geng-gengnya, Shaq, Najmi, Irrina, Fatin, dan ramai lagi. Terima kasih sudi datang.

Gambar-gambar yang lain ke Rumah Malaysia ada la dalam slideshow nanti sebab kamera aku tinggalkan dekat Acab.

Bali dari hospital tu, kitorang singgah ke rumah Aizat untuk makan. Sedap Nasi Lemak korang buat. Terima kasih yer. Tapi memang, hari tu, aku penat gila. Apa pun, tengok la slideshow di bawah yer?



22/09/2009 - Open House Rumah Che Nad

Aik? Orang sakit pun boleh buat rumah terbuka gak? Kagum aku. Hahaha. Terima kasih la pada ahli rumah Che Nad macam Ain dan Fatin sebab sediakan makanan untuk kitorang. Sedap-sedap makanan diorang. Che Nad goyang kaki jer hahaha. Tak mengapa, kami faham =P

Tengok la slideshow yer. Nak ceritakan apa jadi malam tu, hanyalah banyak kitorang menggamatkan rumah tu jer lah ja hahaha.



24/09/2009 - Raya SLSS Open House & Futsal Against VUW Staff

SLSS adalah macam unit untuk sokong pelajar-pelajar antarabangsa macam kitorang ni dari aspek akademik. Macam-macam makanan yang ada hari tu. Makan je la. Aku bawa kuih raya aku ke situ. Kirsten macam suka ja kuih Gajus. Terima kasih diucapkan pada mama aku sebab tolong poskan kuih-kuih semua tu.

Petang tu pulak, kitorang ada futsal match dengan VUW staff. Nama kumpulan aku, Meet The Bangkus. Memang kaki bangku habis semua hahaha. Bolos sebiji bola bawah kankang aku dengan seorang perempuan pulak tu hahaha. Fail jadi goalkeeper betul. Bila aku turun padang, hebat la aku kan? Tapi sebab dah lama tak pegang bola, mengarut gila kaki aku pusing-pusing. Aduhai. Kalah team aku. Tengok la slideshow yer?



25/09/2009 & 26/09/2009 - Open House B.Ed TESOL Cohort 5 VUW & Birthday Acab

Nama pun rumah terbuka. Mak aih, banyak gila orang. Lebih dari yang kami jangka. Sampaikan rumah Nurul yang selalunya besar (penthouse la katakan), semua macam ikan sardin dalam tin ja hahaha. Tapi meriah wa cakap lu. Gila babun sungguh gamatnya. Dan tutor ALIN 202 aku, Myq Larson, serta Haydan dan Juliana dari tutorial aku pun datang. Gamat semua orang bila ramai-ramai bertemu. Tak payah cakap la macam mana gamatnya. Kalo korang rasa pasar malam meriah, sini meriah lagi. Aku terasa bangga jadi rakyat Malaysia bila masyarakat antarabangsa macam dari USA, New Zealand, German, dan lain-lain lagi komen makanan kita sedap, rakyat Malaysia sangat ramah, dan rapat dengan satu sama lain. Haydan, yang aku ingat, ada cakap yang ni first time dia tengok satu parti yang betul-betul ramai dan meriah, orang-orang semua ramah dengan dia, dan buat pertama kalinya dia makan pakai tangan (walaupun kitorang sediakan sudu dan garpu). Hebat? Hebat! Disebabkan jugak ramai orang, ada jugak yang kena divert ke rumah Kam sebab banyak sangat orang. Situ aman la sikit makan. Tapi Alhamdullillah menjadi jugak buat Open Hosue ni berkat usaha sama antara ahli-ahli Cohort 5. Penat lelah menyedia dan menguruskan tetamu sangat dihargai dan terima kasih pada yang sudi datang!

Birthday Acab pulak jatuh 26/09/2009. Elok 12 malam ja, terpadam lampu dan masuklah serikandi-serikandi Acab membawa kek yang dinyalakan lilin-lilinnya. Wah, hebat sungguh. Tapi tu terjadi masa kebelakangan orang dah balik la. Suka Acab hari tu sebab dapat makan kek kan? Apa pun, tengok la slideshow di bawah ni.





29/09/2009 - Open House Rumah Aku

Haruslah buat kan? Kalau tak buat, mesti ramai yang bising. "Eh Khirol, rumah you tak ada open house ke?" "Khirol, buat la open house, kitorang sure datang". Macam-macam lagi la gamaknya. Takpa la, sebagai salah satu dari lelaki melayu popular di Wellington, haruslah aku adakan satu open house kan (PTUI! Perasan nak mampus!). Tapi, aku tak mungkin mampu buat semua kerja-kerja sediakan makanan-makanan semua tu tanpa pertolongan Nisrin, Irrina (walaupun demam yang kononnya jangkit dari aku), Nurul, dan lain-lain lagi, tak mungkin la jadi rumah terbuka aku ni.

Aku balik dari lecture pukul 11, singgah rumah Nisrin dan ambil pinggan-pinggan semua untuk hidangan masakan. Balik-balik, terus tanak nasi. Prepare ayam, potong tu potong ni. Apa menu rumah terbuka aku? Nasi Briyani, Ayam Tandoori, dan Ayam Masak Lada Hitam. Sedap tak kepada yang datang?

Mak ai, tak ku sangka, walaupun aku jemput tu hanya yang tertentu ja, ramai yang datang. Dah la rumah kecik ja, sampaikan macam semut ja duduk atas lantai tu. Makanan pulak sampai tak cukup. Sakan gak orang datang ni. Tapi biasa la, bila dah ramai, gamat la hendaknya. Sesi bergambar pulak memang mantap. Empat layer kena beratur nak masukkan semua dalam ruangan yang sempit macam tu. Untuk hiasan rumah aku, aku lekatkan kad raya yang mak aku hantar, dan kad raya awek dan maknya hantar. Tak cukup dengan tu, aku lekatkan gak kad-kad birthday yang semua orang bagi dekat dinding. Memang tk masuk dek akal pasal kad yang tak ada kena mengena tu hahaha.

Komen orang pasal masakan? Aku tersengih gembira je la. Biarlah rahsia bak lirik Siti Nurhaliza hehehe. Tapi rata-rata komen, sesuai jadi menantu cemerlang. Ha mama, dengar tu. Bukan main wanted ni anak mama hahaha. Takda la, merapu ja. Untung la awek aku nanti kan? Tapi dia pandai masak lagi dari aku. Nanti kalau nak kahwin nanti, aku jemput korang, korang nak datang tak? Hahahaha. Terima kasih kerana sudi menolong dalam menyediakan juadah dan datang untuk makan yer? Apa pun, tengok la gambar-gambar di bawah ni yer. Jangan lupa komen yer semua!






4 comments:

Irrina Sanusi said...

kirollll
aku suka nenek setyle itu!
hoho

gmbr futsal mcm entiti je semua kannnn
ak risau okeh ms amik gmbr tu...
hihi

Unknown said...

Hahaha nenek tu gak ko minat. Buat Facebook fan untuk nenek tu hahaha.

Nak buat macam mana, aku lupa bawa flashgun aku hehehe. Tapi cool apa. Ada movement dalam gmbr. Tu yang penting dalam gmbr cmtu. Ada motion. Kalau keras ja pelik sangat.

yantie said...

terime kaseh jemput kitorg dtg open house. ns beryani sedap. taun dpn jemput lagi ek ek ek.
haha

Unknown said...

Amboi, smpai thn dpn ko nk dtg. Nanti balik Malaysia nnt, ko dgn Encik A ko, trus lupa dah sini. Hahaha =P