Sep 14, 2009

Entry 131 - Minggu Menangis

Wahai blog,

Minggu menangis? Kenapa menangis? Pedih mata sebab potong bawang? Tergigit cabai? Kena cabut gigi?

Semuanya salah. Tak tahu la kenapa, semenjak dua, tiga minggu ni, aku terasa emo sangat. Macam-macam jadi. Aku tak terdaya nak melawan perasaan yang terpendam dalam hati aku ni. Perasaan serba salah, terasing, teranaiya, dan macam-macam lagi. Ya, aku tahu, kesabaran mungkin antara tema-tema nasihat yang akan diberi pada aku. Tapi, kekadang, senang ja untuk suruh orang bersabar, tapi tidak meletakkan diri di dalam kasut aku.

Kenapa sekarang baru nak bising dalam blog kan? Kenapa dulu aku tak masuk blog, taip ja segala benda dalam hati aku ni? Kalau la aku buat macam tu, tak ke susah? Berapa ramai orang akan tahu yang si polan tu peranagai macam ni, si polan tu bajet hebat, si polan nun pulak sebenarnya tak macam yang disangka. Dan kalau aku buat macam tu, berapa ramai yang akan mengata balik dekat aku?

Sekarang, mood aku dah lega. Aku menangis puas-puas. Tengok drama Korea 'Beethoven Virus'. Malas nak cerita macam mana kisahnya. Google sendiri je la. AKu tengok jugak cerita 'Up'. Menangis aku tengok cerita tu, teresak-esak aku di bangku. Keluar habis semua keresahan aku. Habis sudah, rasa emo aku. Tapi, selama mana akan bertahan, aku tak tahu. Datang bulan lelaki macam aku ni, tak dijangka. Emosi aku, kadang-kadang tak stabil. Mungkin kerana aku selalu nak puaskah hati semua orang, tapi, akhirnya, emosi aku yang tak terjaga, ataupun, dijaga.


Nama benda ni, Domo. Nak ja aku jerit, buka mulut luas-luas.

Biar la apa nak jadi. Aku malas jadi budak baik. Sebab budak yang jahat ja yang selalu orang pandang. Selalu orang sedar. Orang baik macam aku, macam melukut di tepi gantang.

3 comments:

amy_may said...

*points* DOMO-KUN!!! @.@

amy_may said...

DOMO-KUN!

The Corrupted said...

bro...kne igt gak...budak jahat memang org pandang...memang org sedar..tp pandang "slack"..sedar perangai mcm setan...nak jdi budak jahat time zaman2 skolah dulu bleh la...tp now dh nk masuk zaman2 "remaja senja" nie..dh matang..kne blaja jdi orang..bukan jadi setan lg..so sama2 kita jadi budak baek..