Sep 22, 2009

Entry 135 - Risau

Wahai blog,

Sekarang ni, aku terasa macam sangat-sangat risau dengan kawan-kawan aku. Macam-macam jadi, dan aku tak tahu kenapa. Teringat dekat apa yang kawan aku cakap, dalam satu perbuatan yang kita lakukan, kita kena ingat, bukan semuanya tentang kita. Bukan semuanya boleh dibuat macam apa yang hati kita rasakan. Kalaulah semuanya boleh difikirkan dulu, insyaallah pergaduhan, terasa hati, kecewa, sedih, dan macam-macam sifat negatif tak akan jadi.

Kenapa bila berkawan, kita ada 'preference'? Pilih kawan yang kita senang, dan terus melekat terus macam tak ada orang lain boleh jadi kawan. Aku pening, sebab, dari kecil lagi aku memang suka berkawan dengan semua orang. Tapi, bila tengok orang lain, kenapa tak macam tu? Kan lagi senang kalau banyak kawan? Sekurang-kurangnya, bila kita susah, ada la yang sudi untuk mendengar masalah kita walaupun bukan semua sebab mesti ada yang sibuk dengan hal masing-masing. Tapi, kalau selalu 'depend' dekat seorang dua ja kawan, kalau satu masa nanti, kita tak dapat ditolongi, dan juga mungkin dikhianati, macam mana?

Tahu tak, aku risau tengok kalian yang bergaduh? Risau. Aku posisikan diri aku sebagai seorang abang yang tak ada adik. Aku tau macam mana sepinya hidup anak seorang, dan kalau aku ada abang atau adik, aku akan sayang. Kalau antara adik beradik bergaduh, aku mesti risau. Bukan ka asas keluarga tu permuafakatan? Kalau asyik bergaduh, tak bertemu muka, macam mana kita nak fahami isi hati masing-masing? Kalau nak diikutkan kepala sendiri ja, macam mana kita nak disayangi orang? Hidup kita, bukan milik kita, tapi milik Allah. Bukankah kita kena saling kasih mengasihi antara setiap makhluk-Nya?

Aku risau. Kenapalah aku kena ambil kisah pasal semua orang? Diri sendiri pun kadang-kadang tak terjaga. Kenapa? Sebab pada aku, kamu, wahai kawan-kawanku, adalah persaudaraan yang paling aku hargai. Tanpa kawan-kawan, aku tidak akan berdiri juga di sini. Aku harapkan antara kita semua, kita dapat hidup secara aman. Bergelak ketawa dengan semua orang. Jangan tutup pintu persahabatanmu wahai kawan. Sesungguhnya benarlah pesan orang-orang tua. Berkawan biarlah seribu, berkasih biarlah satu.

Aku doakan segalanya pulih seperti biasa. Kerana aku adalah kawanmu yang menghargai semuanya. Dan aku juga tidak sanggup melihat perhubungan yang terjalin itu terjejas.



Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bawaha hati-hati kami telah berkumpul untuk mencurahkan kecintaan kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam seruan-Mu, dan berjanji dalam menbela syari'at-Mu. Maka kuatkanlah pertalian kami.

Ya Allah, kekalkanlah kasih sayang kami, tunjukkanlah jalan kami, dan penuhilah kami dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup. Lapangkanlah dada kami dengan limpahan iman dan tawakal kepada-Mu. Hidupkanlah kami dengan ma'rifat-Mu, dan matikanlah kami dalam keaadan syahid di jalan-Mu.

Amin~

3 comments:

aliaaz said...

a very sincere post.



aliaa likes this :)

Anonymous said...

bagus kalau ada yg fikir cam Khirol....hope everything is going to be ok...aunty baca blog kau org ni pun risau jugak. pls do take care of each other n pls do take care of my huda 4 me :)

Unknown said...

Aliaa: Tq Aliaa.

Ibuhani: Tq aunty. Don't worry, semuanya terkawal di sini. Semua manusia ada konflik, tapi yang sudi berdepan dan mendengar jarang yang ada. Sebab tu la Khirol ada kat sini gak, ntuk ingatkan jugak kawan2 lain dan saling menjaga satu sama lain. Minta dipermudahkan jalan. Amin.