Aug 21, 2009

Entry 123 - Ramadhan Tiba Lagi

Wahai blog,

Seringkali kita lupa, akan tingkah laku kita. Budi pekerti kita. Kata-kata kita. Kebanyakannya, secara langsung atau tidak, menyinggung hati manusia yang lain. Dan aku juga tidak terlepas dari gejala macam tu. Entah berapa kali, mulut aku lancang bercakap, memuntahkan kata-kata yang bisa mengguris hati insan lain. Berapa kali, aku biadap dengan orang lain? Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini. Ya Allah, kukuhkan hatiku ini. Ya Allah, terimalah aku ini ke dalam syurga-Mu.

Tapi, biar kemaafan dari-Mu yang ku pinta, bagaimana dengan manusia-manusia lain? Mampukah mereka, memaafi diriku? Mampukah aku, diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik? Yang penting lagi Ya Allah, berapa lama lagi masaku di dunia-Mu ini? Berapa lama lagi aku akan menghirup udara di muka Bumi ini? Berapa lama lagi aku akan mengecapi nikmat dunia ini? Ya Allah, sesungguhnya aku takut akan seksaan-Mu.

Kepada kawan-kawan yang mengenali diriku ini, aku ingin memanjangkan ucapan maaf setulus ikhlas kepada kalian. Bukan sempena Ramadhan, tapi kerana kesedaran aku. Kerana Ramadhan bukanlah alasan untuk menginsafi diri.

Tibanya Ramadhan ini, aku berharap supaya amalanku diterima Allah. Tibanya Ramadhan ini, aku juga mengimpikan pertemuan dengan Lailatul Qadar. Tibanya Ramadhan ini, aku mendoakan kemakmuran setiap insan. Tibanya Ramadhan ini, aku mengampuni semua kesalahan yang diperlakukan kepada aku.

Semoga, aku akan menjadi insan yang lebih baik lagi. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

Smoga Ramadhan kita kali ini diberkati Allah SWT....slmt berpuasa di perantauan pd Khirol n kwn2 :)