Wahai blog,
Memang kebelakangan ni, aku cepat marah, moody, dan segalanya sifat-sifat negatif. Man-period ke aku kena sekarang ni? Hormon apa pulak yang tak seimbang ni? Ada apa-apa aku buat ke sampai lari terus rembesan hormon kelakian aku?
Maaf la. Tak ada yang tak betulnya. Memang aku marah hari ni sangat-sangat. Pasal apa? Okay, ni ceritanya. Pendek ja. Pendek tapi memang membengangkan.
Petang tadi, dalam 4.10, aku tengah berjalan ke Regent on Manners, sebuah pawagam di Manners Mall. Nak tengok G.I Joe. Tengah-tengah jalan, ternampak Bee Fei dalam Farmers, tengah tengok-tengok periuk. Aku masuk la tegur kejap, Liyana dengan Nazirah pun ada sekali. Lepas habis tegur sapa, aku pun keluar la Farmers dan bergerak kembali ke arah Regent on Manners.
Di sebuah jalan dekat dengan Manners Street, ada sebuah Jeep berhenti. Aku tunggu la untuk lampu hijau pejalan kaki menyala. Dalam aku tengok Jeep tu, terisi la budak-budak Kiwi ni. Muka satu-satu aku cop 'crook'. 'Sampah masyarakat'. 'Babun'. Dalam otak aku ketika tu, aku terbayangkan yang nanti bila lampu hijau untuk diorang, Jeep diorang akan lalu depan aku dan salah seorang dalam kereta tu mesti maki hamu macam "Get lost you fucking Asian!", ataupun "We don't want you here!", ataupun, "Hey bastard, get lost!". Tapi, aku kata balik kat diri aku, tak baik prejudis macam tu. Sebaik sahaja lampu hijau diorang menyala, aku senyum la dekat diorang. Tau apa jadi? Bukan, bukan seperti yang aku tulis tu.
Sebaik Jeep tu lalu, air dari penyembur air windscreen kereta tu disemburnya dekat aku! Memang aku terkejut habis masa tu. Memang diorang sengaja pusingkan direction penyembur air tu ke arah aku. Basah muka aku okay? Tergamam aku sambil aku dengar diorang gelak-gelak dan memecut laju dari aku. Aku dalam tu, sapu muka aku. Dan aku memang nak meletup dan cari batu nak baling ja kat diorang. Tapi tiba-tiba akal aku pun kembali pada rasionalnya. Kalau aku buat macam tu, tercemar nama aku, atau nama negara aku. Aku istigfar banyak-banyak, sambil tahan amarah aku. Dan aku melangkah pergi ke pawagam. Beli tiket, masuk dalam, dan tengok wayang yang aku nak.
Mungkin korang cakap, aku berhak marah dan baling batu, maki hamun semua. Pengecut ka aku masa tu? Aku pun tak tahu, sebab aku terasa sekejap macam tu. Aku teringat pesan abah aku, jangan cari pasal dengan orang lain, tapi kalau diorang cari, lawan balik. Mana pegangan aku pada prinsip tu sekarang? Tak tahu la aku.

"For every minute you are angry, you lose sixty seconds of happiness".
(Ralph Waldo)
(Ralph Waldo)
Kesabaran aku teruji. Sabar itu separuh dari iman. Ujian Tuhan. Kalau macam tu, alhamdullillah aku dapat bertahan. Emosi aku hampir meletup. Tapi di sini aku masih mengekalkan rasionaliti aku. Moga-moga masa yang akan mendatang nanti aku akan kekal begini.
Tapi aku tetap sumpah diorang accident!!!
Tapi aku tetap sumpah diorang accident!!!
15 comments:
Kurang ajar betul..nasib tu negara diorang..buat kat Mesia memang sah2 aku kejekan korang!
Huh!! emo lebih2 plak aku
Mmg. Aku rasa sapa baca pun mesti emo gak. Mmg patut emo pun. Mau ja baling bata ke apa ke. Argh!!!
shit happens, man!
I hope they get their shits back. Thrown, or force to swallow, I don't give a damn. I just hope they get one back. Urgh!
You did the right thing, Khirol! Jgn cari pasal dgn babun mcm tu. Berhati2 n jgn jln sorg2.
Erm mmg x ingin jadi macam makhluk mcm tu. Kita punya la jaga adab dgn smua org, tapi cm ni kena? Ya Allah, sabar je la. Kalau diikutkan amarah dalam diri, mmg dah lama kena rejam dengan batu kot?
btol doh..ko jgn balas blk..biar ar..kite ada agama..agama kita tak ajar kite buat cmtuh..agama diorg lantak ar..ko tau kalo kt sni jd bende cmtuh..ko jerit jer discrimination..sure org awam yg bek sume backup ko n tolong ko..then teruk ar org yg diskrimination tu kene dgn polis..huhu..perkataan discrimination sgt digeruni disini..
Bro, memang btol ada situation bila kita kena fight balik bila kita dimalukan. Tapi ada juge waktu bila kita patut lepaskan je.
Meh nak share Chinese proverb sket:
One day of patience saves you a hundred days of sorrow.
Bagi aku la kan, selagi yang dipermainkan tue hanyalah diri kita, better kita lepaskan je. It's not worth fighting. Tapi kalo yang dipermainkan tue adalah sesuatu yang berharga cam agama, family atau a loved one; then it is time to stand up and fight.
Just my two cents, though. :')
Azar: Aku nak jerit discrimination mana la sempat. Dah la diorang pecut keta laju2. N takde org kat situ. Wellington bandar kecik hehehe. Tapi yeap, agama kita x suruh buat macam tu. Kalau la agama kita macam tu, rasanya dah lama manusia makin cepat pupus. Depleted. Deleted. Dead. (Donkey betul mereka!!)
Chouji: Wah proverb Chinese. Aku suka. Ada proverb apa lg? Ha lps ni google plak proverb Indian hahahaha. Anyway, mmg at that time aku rasa nak 'fight for my right' mmg x smpt n x berbaloi. Buatnya nnt smua org kat area tu tetiba dirasuk semangat racism, mampus aku kena. Bukan sekali dua aku kena dekat sini. Faham2 je la.
Ces, sarcastic. Chinese proverb tue aku jumpe masa zaman aku rajen membaca buku2 ilmiah zaman skolah dulu2. Ahaha~
Well, aku pon slalu kena. Especially kalo jalan2 waktu malam. Diorang mistaken aku for a Maori. Tapi setiap tohmahan dan hinaan diorang aku balas ngan senyuman sinis je.
Bagi aku, they are not even worth my time and energy. Better aku gado2 mesra ngan ang ka, Robot ka, Ajip ka, Geam dan laen2. Ahaha~ :'D
heheh kau bole jadi model/pelakon iklan budi bahasa budaya kita. haha.
but still, aku pun sumpah dorg accident k! aku sokong sumpahan kau! haha
Hahaha meh la bermanja2 dgn kitorg! hahaha geli siot ko ckp cmtu td hahaha
Hahaha aku model iklan? mmg sesuai sgt2 hahaha. yeap, sumpah jer. geram aku time tu hahaha
i like the quote.
Ko suka yg mana satu? Yg dlm entry aku or yg Chouji bg tu?
Post a Comment