Jan 28, 2010

Entry 156 - Aku Terkejut

Wahai blog,

Bukan la satu isu hangat pun. Tapi aku pandang serius benda ni. Kenapa aku cakap bagi aku serius? Hurm, mungkin korang akan cakap aku ni skema, tak pun minda tak terbuka, 'conservative'. Apa-apa la yang lebih kurang.

Okay, isu apa yang aku nak bawakan ni? Macam mana yer nak mula? Mukadimah apa pun tak ada. Sebab tu aku nak pesan, apa yang aku tulis dalam ni memang tak ada susunan langsung. Aku akan tulis apa saja yang terlintas dekat kepala aku. Kalau korang rasa pening, susah nak faham, jangan baca. Tapi kalau korang rasa korang nak tau apa yang buat aku terkejut, sila la baca.

Bila aku dapat online ni selepas bertungkus lumus tak dapat nak guna Internet (rujuk Entry 155), aku pun buka la macam-macam website yang aku selalu tengok. Macam Berita Harian ke, Metro, One Manga, Facebook, Twitter, Friendster (? Friendster? Bapak outdated dah), dan macam-macam lagi.

Okay, sebut pasal Facebook, apa yang aku terjumpa dekat situ la yang buat aku terkejut. Hurm, apakah yer? Ramai yang kenal aku (ramai ke?) sebagai seorang yang peramah dan senang bersembang. Sebab tu aku kenal ramai orang dan macam-macam ragam. Dari member-member sekolah rendah sampai la ke member-member kat universiti kat sini. Aku rasa, aku boleh kelaskan setiap peringkat tu kepada apa benda yang kita pernah experience.

1. Masa sekolah rendah, kita banyak jumpa kawan-kawan. Macam-macam perangai kita jumpa. Ada yang gila-gila, ada yang kerja nak ngadu kat cikgu ja, ada yang bila bawak nugget ke sekolah asyik kena kebas jer dek 'member', bawa komik Dragonball gi sekolah kena rampas pengawas, dan macam-macam lagi. Tapi, masa ni, aku rasa, semua 'innocent', 'pure'. Tu zaman aku la rasanya. Tak kenal benda pelik-pelik lagi. Kenapa yer? Sebab masa ni, Internet tu tak la meluas sangat lagi. Budak-budak nak main pun, mana la reti lagi Counter Strike, Warcraft, dan game yang bersepah tu. Kita main apa? Main jentik tudung tin, galah panjang, bola, celen member main pemadam (teringat arwah kawan aku Ce'on yang minta maaf dekat aku sebab curi pemadam, sebelum dia meninggal dunia kerana leukemia. Al-Fatihah). Tengok, kita semua aktif kan kecik-kecik dulu. Mana kenal PSP tu apa dia. Kalau ada game pun, Playstation tu pun aku baru ada masa tingkatan dua kot. Kita semua member-member, kalau jumpa jer, ajak round-round taman naik basikal, gi air terjun, lepak-lepak rumah member. Ha macam tu la kita dulu-dulu.

2. Bila dah masuk sekolah menengah, ramai member-member yang pandai sikit hilang ke MRSM. Tinggal la yang biasa-biasa ni dekat sekolah biasa ja. Alhamdullillah, sekolah aku boleh anggap sekolah premier la. Masa ni, jumpa banyak lagi kawan-kawan. Masuk kawad KRS, tidur dekat surau bila tak ada kelas, breakdance (aku pernah wor menari camni dulu-dulu, masa kurus lagi hahaha). Masa ni juga la, aku kenal erti seorang teman. Kenapa teman? Sebab, masa ni, kita dah remaja. Macam-macam masalah emosi kita jumpa. Tak suka dengan macam-macam sangat. Senang marah bila ada yang tak kena. Ada kaitan dengan hormon ke? Aku tak tau la sangat, tapi, teman ni, ada ja setiap masa bila ada masalah. Aku ni, adalah seorang pendengar. Sapa ada masalah, cari aku jer, aku dengar dan aku tolong. Masa ni, banyak jalinan kawan-kawan rapat yang aku bentuk. Alhamdullillah, aku kenal ramai lagi kawan-kawan masa sekolah menengah. Tapi, aku pun perasan gak, masa ni adalah masa untuk kita explore lagi dalam lagi dalam satu hubungan. Bersepah kawan-kawan aku yang dah mula berkapel. Kenapa yer orang kapel masa ni? Macam aku, aku memang tak ada pun kapel-kapel masa sekolah menengah ni. Seronok berkawan ja. Bagi yang kapel-kapel dulu, mesti selalu lepak sama-sama lepas habis sekolah, balik sama-sama ke rumah, hujung minggu lepak ramai-ramai, tulis surat (tu sebelum mak bapak bagi handphone), dan macam-macam lagi. Ramai juga yang kenal dah group macam mana nak join. Nak jadi punk? Goth? Skin? Black? Ha, semua ada. Join jer. Kenal dulu macam mana perasaan diri. Dan aku rasa, personaliti diorang yang kenal semua ni, ada yang lekat sampai ke besar. Tak kisah la macam mana pun, asalkan kalau pandai pikir secara rasional sudah la.

3. Masa masuk matrix, banyak orang cakap aku playboy. Kenapa? Sebab aku senang rapat dengan perempuan. Laki tak suka berkawan sama laki sangat, pada mata aku la. Maybe sebab semua kalut nak cari awek. Aku bukan la nak cari awek, tapi nak cari member laki macam susah ja. Masa kat matrix ni, kenal banyak la orang dari negeri lain-lain. Jadi aku dapat la jugak kenal orang ganu, kelate, Kay-Ell, JB, dan macam-macam lagi. Seronok berkawan dengan macam-macam orang ni. Banyak ragam. Ada yang steady jer dari dulu sampai sekarang, ada yang suka mencapap, ada yang memang gatal nak masuk asrama perempuan, belajar skodeng, ngorat-ngorat laki-laki hensem, dan macam-macam. Dan aku? Playboy? Hu, bukan la playboy pun. Tapi aku senang rapat dengan perempuan. Mungkin sebab dalam keluarga aku banyak perempuan dan aku dah biasa dengan perempuan. Yang laki lain-lain panggil aku playboy sebab maybe, aku berkawan dengan perempuan-perempuan yang dalam golongan cun-cun dan artis la. Hahaha, aku kisah apa, aku kawan jer. Dah kebetulan kawan-kawan macam tu rupanya, aku pun terima la. Tapi, masa ni, macam-macam skandal dengar kat matrix. 'Skandal'. Paham-paham la bila laki jumpa perempuan, sayang punya sayang, syaitan pun bisik telinga la. Tu semua tak lepas dari telinga aku, sebab orang akan cari aku dan cerita kat aku. Tapi aku tak pandang serong sangat la. Sebab apa yang diorang nak buat, adalah urusan mereka sendiri. Pandai-pandai la jawab sendiri nanti. Tapi bukan la aku tak pesan pun dekat kawan-kawan sendiri, sebab aku tau dah bila dah besar ni, semua orang rasa dah matang, tak payah dengar nasihat orang lain. Jadi, tak kisah la. Masa ni juga, ada member yang hilang arah. Kenal erti clubbing, arak, dan seks. Sebab baru jejak kaki dekat disko jer pun. Sampai berubah nak jadi macho. Apasal? Orang macam aku tak boleh ke nak buat? Eh, aku cool jer. Nak masuk tempat disko? Takda hal. Menari? Okay, goyang kaki goyang tangan goyang kepala. Boleh la tu. Arak? Hoho, tak mungkin aku akan teguk benda haram tu sama sekali. Tapi, tu la matrix, sebab kenal ramai orang lain, dari negeri lain, boleh jadi culture shock. Sekali lagi, aku tak pandang serong. Pandai-pandai la fikir secara rasional.

4. Dah masuk peringkat univeriti ni, banyak yang dah jauh dari mak bapak. Dah matang sikit. Belajar buat keputusan sendiri. Kenal erti lepak-lepak dekat Midvalley, kenal sikit kehidupan bandar macam mana. Sibuk, sesak, penuh noda. Tapi seronok, sebab dekat dengan universiti. Nak beli barang, tengok movie, lepak-lepak, shopping, semua bawah satu bumbung. Pergi dengan kawan-kawan sekelas. Tapi, bila kenal kawan dekat universiti, macam-macam jenis ada. Dari yang pandai akademik, terer bersukan, sampai la ke yang pandai tikam belakang. Pedih kan bila ada kawan-kawan macam ni? Bila kat peringkat ni, ramai juga yang dah pandai bersosial lebih-lebih. Tapi, kisah apa aku kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay, sudah merapu panjang, kembali balik kepada apa yang mengejutkan aku? Banyak mukadimah aku kan? Sekarang ni, Facebook ni memang tempat untuk ramai dari kita untuk memuntahkan semua jenis benda yang kita buat dan alami. Ambil gambar, letak situ. Terasa gembira, update 'Wall'. Status mau gembira saja. Tak kurang juga yang bila emo, status pun emo. Keluar habis lalakan yang kadang-kadang sumbang dipandang. Tak kurang juga, ada yang dulu aku kenal pakai sopan-sopan, sekarang kalau tengok bukan mata ja terkeluar, jantung pun nak tercabut. Bila fikir balik, tertanya diri sendiri, ni ka orang yang aku kenal dulu ni? Setakat tudung on off tu aku tak heran. Ni sekarang, dah ada yang bertatoo dan bertindik kat muka. Okay, sapa la aku nak cakap macam ni kan? Bukannya aku mak bapak diorang pun. Dan kadang-kadang terpikir, entah-entah mak bapak pun tak ambil peduli. Salah sapa sekarang ni? Hurm, tak tau la aku. Dan aku pun terkejut juga dengan ideologi dan falsafah dalam kepala otak diorang. Sebut pasal banyak buat salah, tapi tak apa, sebab dah tau nak masuk neraka. Apakah? Tau buat salah, tapi nak enjoy, dan masuk neraka tu macam pergi Disneyland jer bunyinya. Azab tu sangat menyeksakan, dan kita tak takut lagi ke fikir pasal azab tu? Hurm, tak faham la aku. Tapi sekali lagi, aku tak kisah. Akal ada, pandai fikir la kan? Kalau aku yang cakap, aku juga yang salah, aku juga yang kolot.

Entah la. Aku saja ke yang asyik risau pasal masalah anak-anak muda sekarang. Walaupun aku belum bergelar bapa untuk ada anak-anak sendiri dan hanya membuat andaian atas anak orang lain, tapi, aku betul-betul minta simpang la dari terkena pada keluarga aku. Sesungguhnya aku sangat takut akan azab Allah S.W.T.

3 comments:

amy_may said...

aha dude~ people change over time..
some, we can accept..but, it's a little bit to swallow. believe me.. i so understand. i had the biggest shock when i saw someone i miss so much update her FB profile photo.. well, like it or not.. her change shouldnt bother me because i did become her good friend based on her looks... it's her personalities. people can change physically but if they are still the same person on the inside, the person that i learn to love, i'm cool with it..

btw.. adakah aku antara manusia yg dikategorikan di bwh group2 kawan2 yg hang sebutkan.. jz curious.. bagi tau je.. tak sakit ati aih

amy_may said...

*i didnt

Anonymous said...

Salam khirol,
mmg manusia berubah tp diharap berubah kearah kebaikan sbb semakin kita matang bermakna kematian juga semakin hampir sbb ajal x kira usia. Jgn ingat usia muda ajal x menjenguk.....smoga Allah SWT memberi hidayah pd smua yg kita kenali berubah kearah yg lebih baik.