Jan 1, 2010

Entry 150 - 01-01-10

Lilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wahai blog,

365 hari sekali lagi berlalu. Diari kehidupanku kini dipenuhi dengan memori selama 22 tahun, 3 bulan, 1 minggu, dan 5 hari. Ya Allah, pertama sekali aku memanjatkan kesyukuran kerana diberikan peluang untuk terus bernafas sehingga kini. 2010 sudah menjelma. Mukasurat pertama diari baru ini, tidaklah aku tahu apa yang harus dicoretkan ke dalamnya. Kerana setiap hari adalah sebuah hadiah kejutan dari Dia. Jika ditanya oleh semua, apakah resolusi tahun baru ini?

"Tak ada resolusi. Ada pun bukannya ikut. Apa yang akan datang, pasti datang. Jadi hadapi dengan senyuman. Kerana itu yang aku mampu buat untuk hari ini."

Kalau diimbau kembali tahun 2009, pasti aku mampu tersenyum. Kerana hidupku dipenuhi dengan banyak insan yang menjadikan aku gembira. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapaku, keluargaku, kekasihku dan keluarganya, guru-guru, serta rakan-rakan. Tanpa kalian semua, tidak mungkin aku akan dapat bertahan sehingga hari ini. Tidak mungkin aku akan tersenyum biar banyak kedukaan yang aku pendam. Tidak mungkin aku akan dapat mendewasakan diri aku lagi. Terima kasih sekali lagi.

Biar banyak kenangan yang menyelubungi hidupku, tidak akan aku lupakan semuanya kerana gembira atau sedih, itulah yang menjadikan diriku sekarang ini. Biar ramai yang bersalah kepadaku, aku pejamkan mata dan lupakan semua. Tapi, aku juga turut sedar kesalahanku kepada semua. Maafkan aku. Aku naif dan bodoh pada waktu itu. Aku juga berharap supaya aku akan menjadi lebih matang di masa hadapan.

01/01/10. Apakah kejutan yang bakal berlaku pada hari ini dan seterusnya? Aku tidak mengetahui, tapi hanya Allah s.w.t. yang mengetahui semuanya, dari muka bumi hinggalah ke angkasa. Maka itu, ya Allah, lindungilah aku dan yang lain-lain untuk menghadapi hari esok dengan ketaqwaan kepada-Mu. Kurniakanlah kami dengan ketabahan dan keyakinan yang teguh di dalam hati kami. Permudahkanlah segala urusan kami, asalkan ianya di atas jalan yang lurus dan benar.









P/s: Nak letak gambar kawan-kawan sekali, tapi susah sikit nak buat. Kawan ramai, takut kalau tak letak dalam ni, ada yang terasa. Minta maaf sekalian. Walaupun gambar tak ada, tapi aku ingat muka semua orang. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku. Maaf juga sebab lama tak update blog. Selamat Tahun Baru 2010 semua!

2 comments:

Anonymous said...

selamat tahun baru khirol.....smoga 2010 khirol diberkati Allah SWT :)

amy_may said...

me likey the tingy u have on the very top of your post