Aku sekarang tengah kerja. Kerja kat mana? Dekat Wellington City Council.
Fuiyo, bapak ar. Gila hebat!
Huh? City Council jer pun. Kerja sebagai tukang cuci ja.
Hek eleh, tukang cuci jer pun. Sah kerja senang jer.
Hotak ko senang? Tau tak penat nak buat kerja kat situ? 5 jam kerja tau?
Aiseh, takkan takde kerja lain kot? Cashier ke, tak la lekeh sangat.
Cashier nak kena handle duit, susah kot? Kang hilang apa-apa susah aku.
Tapi tukang cuci, hurm, lekeh sangat tu.
Sapa nak bersih sampah semua?
Sapa nak cuci jamban?
Sapa nak vakum karpet?
Tak apa la. Biar la orang pandang lekeh pun, janji kerja halal.
Tapi ko ingat kerja senang ke sebagai tukang cuci?
Meh aku bagitau ko macam mana kerja aku.
Kerja mula pukul 6 petang. Ada tiga kumpulan pekerja. Setiap kumpulan ada dua orang sekurang-kurangnya. Setiap ahli kumpulan akan buat bahagian masing-masing. Ada bahagian kecil dan bahagian besar.
Kumpulan pertama ambil sampah dari tong sampah kecil di bawah meja pejabat. Kalau plastik sampah kotor kena tukar. Lepas tu lap meja tu untuk buang kesan kopi tak pun cebisan makanan. Yang buat bahagian kecil kena ambil sampah dari tong kuning yang sangat besar, dan lap pintu yang berkaca. Yang buat bahagian besar kena ambil sampah macam biasa, tapi saiz tempat dia besar la. Lepas tu bawa sampah-sampah ke mesin pemampat. Akhir sekali mop lantai dan lif.
Kumpulan kedua adalah mereka yang vakum lantai. Vakum macam mana? Bukan vakum macam kat rumah-rumah kita tu, yang main tarik je atas lantai. Ni vakum yang kena galas macam beg sekolah. Kerja vakum tak susah sangat, bawa vakum dan sedut la apa yang patut atas lantai. Selain tu, tukang vakum ni kena periksa pula tong-tong sampah, mana tau kalau ada yang tak dibuang. Dan kalau ada, kena bagitau pula kumpulan pertama.
Kumpulan ketiga terdiri daripada mereka yang mencuci tandas. Kerja cuci tandas ni senang, tak susah. Masuk-masuk tandas ja kena buang sampah-sampah dalam tong yang disediakan dan banyaknya adalah tisu-tisu. Lepas tu kena lap cermin bagi tak ada kesan-kesan degil. Kemudian kena lap sinki. Tak lupa juga pada mangkuk tandas, sebab kena sembur antiseptik dan lap pula bagi bersih. Kalau ada kesan degil dalam tu (faham-faham je la), kena la sental dengan berus tandas. Habis semua tu kena mop lantai bagi wangi dan tak bergetah.
Bagi yang buat kerja buang sampah dan vakum, lepas waktu rehat kena pergi pejabat CEO. Kena bersih pejabat tu. Orang-orang CEO ni banyak berkira dan sangat cerewet. Antara kerja yang kena buat dekat pejabat tu adalah buang sampah, lap meja, vakum, dan cuci pinggan mangkuk kalau ada. Kalau ada apa-apa majlis, kadang-kadang bertimbun la pinggan dan gelas. Aku dah dua kali pernah terpecahkan barang dalam pejabat tu dan dapat rungutan. Melecehkan.
Yang buat kerja tandas pula, bila dah habis semua tandas, kena pergi pejabat Mayor. Mayor Wellington. Bukan senang nak berjumpa dia, ni kan pula kerja dalam pejabat dia. Memang lawa la pejabat dia. Aku kadang-kadang ganti orang buat kerja tandas, jadi dapat la ke pejabat Mayor. Dekat sini pun kena hati-hati juga buat kerja. Sebab kalau jadi apa-apa, susah la pekerja nanti.
Selain tu, ada yang akan kerja di perpustakaan awam. Yang ni lagi penat, sebab besar sangat. Ada tiga tingkat ja kena buat, tapi sebab luas, kadang-kadang penat. Nak kena buang sampah dan vakum. Nak vakum pula macam vakum tiga padang bola. Luas tu, dan sakit nak buat sebab berat vakum tu macam bawa guni 5kg dekat belakang selama 2 jam lebih.
Kadang-kadang, bila tak cukup orang, yang buat kerja buang sampah kena pergi perpustakaan pula, tak pun ambil alih kerja vakum. Memenatkan wor buat macam ni, tapi tak apa la, demi rezeki halal. Kerja apa yang seronok sangat?
Sekarang ni, kerja aku ni senang tak? Senang kan? Oh lupa pulak nak bagitau. Ada dua bangunan kena buat. Satu bangunan ada tujuh tingkat, satu lagi ada lima tingkat. Setiap tingkat penuh dengan 'cubicle'. Tandas pulak ada tiga puluh. Senang tak sekarang?
Susah nak bayangkan bila aku sebut ja semua ni? Apa kata kalau tengok gambar dulu. Senang la sikit nak tau macam mana tempat kerja aku.

Ni Town Hall. Dalam ni ada pejabat Mayor.

Ni MOB Building. Ni la bangunan tujuh tingkat tu.

Ni CAB Building. Bangunan lima tingkat.

Ni Wellington Library. Nampak kecil ja sebab tak dapat ambil gambar keseluruhan.

Ni ketiga-tiga bangunan yang bersambung sekali. Dari MOB, CAB, hingga ke Library.
Semua bangunan ni terletak dalam area Civic Square.
Dialog di atas adalah sekadar rekaan. Tiada kena mengena dengan yang masih bernyawa. Tapi kalau ada yang nak cakap macam tu dengan aku, aku rasa aku kena suruh baca blog aku la.
Abah dengan Mama aku nak tengok tempat kerja aku sebenarnya. Jadi buat macam ni senang la sikit diorang nak tengok hehehe.
Gaji berapa korang tanya? Lepas tolak cukai, dalam $10. Sehari kerja 5 jam. Dah dapat $50. Seminggu kerja lima hari, dapat $250 dah. 4 minggu kerja, dapat $1000. Sekarang ni kalau ikut matawang New Zealand Dollar dengan ringgit, $1000 tu dah dapat RM2468. Lebih dari gaji cikgu dah. Hahaha. Amacam? Kerja tukang cuci ja. Lekeh lagi ke? Buka minda la beb!
P/s: Bagi mereka yang tak ada kerja lagi, aku doakan kalian semua dapat kerja. Dapat kerja dapat duit. Dapat duit dapat la makan. Ada yang nak kerja? Nak borang kerja dekat tempat aku? Yuran pendaftaran sila bayar dulu hahaha.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian, terima kasih.
6 comments:
salam khirol...bila baca entry ni....rasa bangga, sedih n gembira at the same time....:) n :(....
Kerja halal n kesusahan yg dilalui jdkn kenangan yg mengajar erti hidup.....
cool !!
mende yg lekeh pulak??
x per arr janji halal bro
gud luck!!
xder gamba dgn pakaian seragam x?
agaggagaga share arr sikit ..
>>_____<<
Ibuhani: Alhamdullillah, rezeki kehidupan macam ni. Asalkan semuanya halal. Kalau ada yang haram, jadi darah daging, macam mana nak didik anak-anak nanti. Minta simpang dari tu la.
Frodo: Woot! Halal tu yang penting. Mau ke serve arak kalau kerja dekat restoran? Mau ke jual arak kalau kerja dekat kedai 7-Eleven? Ramai tak pikir benda ni. P/s: Baju seragam tak ada, pakai baju buruk je gi keja. Kalau apron ada la hahaha.
SALAM..
ni student VUW ke?
sje tnye coz feb ni pun nak study kat sane..
actually, kerja ape2 pun yg ptg kena halal.. waktu mdm kitorg dtg VUW, dia ada ckp jugak yg seniors ade jadi cleaner, yet boleh beli kereta lg..huhu.. kalau nz lepas kot, cleaner kt msia..entahlah hehe..
sng ke nk cari kerje kt nz nnt ye??
Wassalam.
Ya, saya student VUW. Bab beli kereta, memang boleh pun beli. Tapi tu kalau kerja betul2 la. Kalau duduk UK, memang kalau kerja, balik Malaysia boleh angkat Wira sebijik dengan full cash.
Psl nak cari kerja dkt NZ, especially Wellington, make sure cari awal2. Kenal dgn org yg keja, so ada link nak masuk senang sikit. Kalau main minta ja, susah. Even if kita ada experience, diorang nak reference, which is mana nak ada. Keja kat Malaysia even jaga kedai 7E penah ke keluar sijil? Lgpun, if nak minta kerja, minta awal2. Siapkan CV. Pastu bagi je kat Human Resource (HR) mana2 tmpt keja. Nak jadi cashier, ada ja. Cleaner, ada dua company, either OCS atau Spotless. Takpun amik casual cleaning dkt rumah org. Sbenarnya banyak keja, tapi ikut masa juga. Nanti bila nak start academic year, keja tinggal sikit jer sbb dah ramai yang balik ke uni. Masa summer, x pyh la balik Malaysia despite rindu rumah ke apa. Keja time summer, kumpul duit, jalan2 dlm NZ, bwk parents dtg. Duduk bukan lama pun kat sini, kan?
Ok, bnyk benda lg yg korg akn tau once korg dh smpai sini nnt. We'll see you guys at the airport. 9 february 4.30 kan? I know it cuz' I'm one of the Cohort 5 members. See you soon.
thanks for the info..btw, i'll be flying on 10th feb..second trip..so i'll be arriving on11th feb.. looking forward to meet the seniors there..huhu :)
Post a Comment