May 16, 2011

Entry 197 - Penat Mata, Telinga, dan Hati Dengan Keadaan Sekarang

Wahai blog,

Sejak balik ke Malaysia (mengada-ngada rasanya), mata, telinga, dan hati aku dah naik sakit. Dulu masa aku duk dekat Wellington, sikit ja masa aku luangkan ntuk tahu apa jadi kat Malaysia. Telefon mak aku, tanya macam-macam, buka paper, itu ini la. Tenang ja masa tu sebab mak aku pesan, jangan risau sangat pasal apa jadi kat rumah (termasuk la Malaysia). Jadi mesti la aku enjoy gila-gila kan tanpa rasa risau.

Tapi bila dah balik, buka TV cerita ni cerita tu, buka newspapers ini itu, buka tenet tengok blog pulak adui, lagi la sakan. Semua bagi sakit mata, telinga, dan hati ja.

Macam ni je rasanya.
 
Politik la penyebabnya. Adui, sejarah politik di Malaysia ni tak pernah cerah. Berwarna-warna. Coraknya pulak, adui, tak lawa. Sebab tu sakit mata. Kenapa? Cuba la korang tengok bila bab sokong parti politik. Tak kisah la dari pihak kerajaan takpun pembangkang. Dua-dua sama ja. Semua nak menegakkan parti sendiri, sampai tak sedar diri. Kalau tengok politik sekarang, penyokong-penyokong parti dah jadi satu perangai, menDEWAkan pemimpin-pemimpin diorang. Adui, terfikir balik, ada sifat maksum ke dekat manusia macam kita ni?

Aku juga kecewa bila baca-baca blog-blog yang ditulis orang pasal parti diorang. Sampai dipanggil 'pecacai, setan, lahanat, penjilat jubor, pencuri' dan macam-macam lagi cacian. Aduhai dua-dua belah, sapa kamu nak maki orang macam tu? Macam dah hilang adab ja. Mana agama kamu, bila kamu yang memperjuangkan ke arah agama? Mana perjuangan bangsa kamu, bila kamu lupakan adab dalam berbicara?

Hati pun sakit, bila dah tengok dunia politik Malaysia dicemari dengan ragam-ragam kotor. Mana taknya, kalau dulu hanya politik dalam menaikkan nama, sekarang politik menjatuhkan nama. Semua orang buat salah, dia yang betul. Semua orang buat kemajuan, tapi dikata tak cukup. Semua orang nak keadilan, tapi dikata perancang konspirasi. Sapa betul sapa salah sekarang?

Tarik kiri kanan la korang. Yang sakitnya kat tengah-tengah tu terimpit.

Tak akan ada. Kenapa? Sebab politik menjanjikan ruang kuasa yang besar. Sapa tak suka duduk atas? Tak payah risau cakap kita salah ke tak, orang akan jawab 'ya' ja. Yang dah tua berumur bercucu pun masih nak mengejar politik. Bila penyokong satu parti membidas pemimpin lain dengan isu tua nyanyuk buat keputusan tak tau, tak sedar ka yang pemimpin diorang jugak dah mula tua meroyan tak sedar-sedar diri? Tapi itulah, aku dah tengok dan dengar serta merasa, bila kita tua pun, kuasa jugak yang nak dikejar. Nak duduk yang teratas.

Sapa yang akan memijak sapa nanti?

Kita boleh la mengata kat orang lain sesedap mulut. Kita boleh bersumpah macam-macam. Kita boleh guna lawyer hebat-hebat. Tapi tak mengapa, kita semua akan masuk mahkamah satu masa nanti. Sebelum kita lahir, semasa kita hidup, dan selepas kita mati, dah ada tertulis riwayat kita dah. Pencatit rekod pun ada. Neraca timbang pun dah ada. Dan 'hakim besar' dah ada dengan bahan bukti. Tunggu nak ke penjara, atau bebas ja.

Aku tau, kalau yang ekstrimis dalam menyokong parti kegemaran diorang sendiri, mesti tak puas hati aku tulis apa. Aku tulis sebab, aku jenis atas pagar. Aku tak suka dengan politik Malaysia. Dua-dua belah sama ja tak elok. Tapi aku tak nafikan, ada yang elok. Tapi yang tak elok tu melampaui dari yang elok. Tunggu masa ja nak tengok apa akan jadi kat Malaysia nanti. Aduhai rakyat, kita jugak yang merana.

Bila nak tenang dan aman yer? Penat dah tengok benda-benda macam ni. Lemas. Aku jarang cakap pasal politik sebab aku memang tak suka, dan aku lagi suka bersifat sederhana. Dan aku tau nanti ada ja orang nak tulis pasal kenapa perlu politik, kenapa parti diorang kena menang, kenapa pemimpin diorang lebih bagus. Dan, aku tak kisah. Sebab aku dari awal lagi dah rasa lemas. Aku nak tenangkan minda. White Coffee la gayanya sambil layan movie apa-apa.