Wahai blog,
Aku pelik,
Kancah politik tak pernah reda,
Isu rakyat entah ke mana,
Apa yang dijuangkan,
Diri mereka atau kita?
Aku pelik,
Pemimpin rakyat dipuja-puja,
Memuja lebih dari memuja Tuhan,
Apa, manusia tu tak pernah berdosa?
Sedarlah, sifat maksum tu hanya pada Nabi saja.
Sedarlah, sifat maksum tu hanya pada Nabi saja.
Aku pelik,
Bila mat rempit naik gila bila dikata-kata,
Dah diberi litar lumba, baju lumba, segala lumba,
Suka jugak kepada lumba yang haram,
Apa, benda-benda haram ni memang menyeronokkan?
Aku pelik,
Kereta-kereta berlampu putih di jalanan,
Buat sakit mata kena suluh dek nya,
Tinted hitam gelap tak nampak dalam,
Apa agaknya yang jadi dalam kereta tu ye?
Aku pelik,
Yang milik ilmu agama hanya mahir di mulut sahaja,
Berbincang dalam kelompok pasal nak ubah dunia,
Tapi depan orang lain senyap ja rasanya,
Hanya kata-kata perlian saja yang kedengaran.
Aku pelik,
Tudung sekarang bukan fungsinya tutup aurat,
Trend kena ikut, fesyen kena jaga,
Tapi tetap terbojol sana-sini,
Apalah gunanya tudung tu kini?
Aku pelik,
Bahasa Melayu dah ada elok-elok,
Dipendekkan tu dah satu hal,
Dicampur aduk Bahasa Inggeris satu hal juga,
"Skung kaw bleh far-hump akew ke x?"
Aku pelik,
Aku ni taklah tinggi ilmu di dada,
Nak bandingkan diri dengan yang lain jauh sekali,
Mulut aku memang aku tau suka mengata,
Tapi kekadang yang lain pun apa kurangnya.

No comments:
Post a Comment