Apr 24, 2011

Entry 193 - Tempat Parking: Kurang Berhemahnya Pemandu-Pemandu Kita

Wahai blog,

Aku rasa, dah banyak kali dah tajuk macam ni ada dekat suratkhabar, tv, takpun blog macam aku ni. Entah-entah ada research pasal ni kan? Kenapa aku pilih ni sebagai tajuk aku, terutamanya pada pukul 3.45 pagi? Disebabkan aku terbangun dari tidur, dengan mimpi masalah ni. Tu dia, ilham datang, terus bangun buka laptop masuk blog :)

Untuk memudahkan korang nak mendalami tajuk ni, aku nak gunakan pengalaman aku. Alkisahnya begini...

Tak ingat la bila jadi kejadian ni, tapi yang penting lokasinya di Midvalley, pukul 3 petang. Entah kenapa, jalan nak ke Midvalley sesak. Mungkin ada sale kot? Elok nak sampai pintu masuk parking, ada papan tanda digital yang tunjuk berapa tempat parking yang available. Semua zon tak ada parking pukul 3 tu. Tapi disebabkan nak jugak masuk Midvalley yang dah jadi macam kedai runcit untuk aku, masuk jugak la dengan harapan nanti ada ja orang keluar dari situ.

Betul la tempat parking tak ada dalam Midvalley. Sampaikan mesin bagi tiket dekat gate awal-awal pun habis tiket. Bila dah masuk, aku dah perasan, banyak sangat kereta dalam tu. Merata-rata kereta. Tapi tempat parking tak ada jugak. Kadang-kadang, bila ada orang keluar dari tempat bayar parking tu, terus diorang pergi kereta sendiri dengan cepatnya. Sampai tak sempat nak tengok mana keretanya. Tapi tak putus asa jugak la sebab tau, kalau kita sabar, Tuhan akan balas dengan eloknya.

15 minit kemudian...

Haish, kenapa tak ada lagi ni? Tak apa la, round-round sikit tengok. Dari South Court ke Center Court, tak ada jugak open spot. Bila ada open spot, orang lain ambik dulu. Kadang-kadang rezeki parking tak ada.

30 minit kemudian...

Mulut mula dah la nak mencarut-carut. Aiya, apahal suka sangat duduk dalam Midvalley lama-lama sangat ni? Ni time keja, kenapa ramai sangat orang macam tak keja? Aku takpa la, student lagi :P

1 jam kemudian....

Macam haram dalam parking dekat sini. Semua tak ada tempat. Selalunya aku tak sempat atau terlepas tempat parking.

Kejap, kenapa tajuk kurang berhemah? Ha, ni sebabnya:
  1. Masalah besar yang aku perasan dari orang yang dah habis keluar dari tempat bayar parking adalah, bila diorang habis bayar ja, terus jalan ke kereta diorang. Apa yang salahnya dengan tu? Tak salah pun, tapi bagi aku menyampah ja. Sebab dah tengok ramai sangat orang dalam tu nak cari parking, apa salahnya tolong tunjukkan tempat diorang parking dekat aku ka pemandu-pemandu lain yang tengah cari parking tu. Senang la nak cari parking cepat-cepat. Ni tak, dekat sejam aku cari.
  2. Bila tempat parking tu ada jalan yang one way sahaja, ada ja kereta main bantai sebab terdesak sangat. Mentang-mentang la ada orang nak keluar dari tempat parking, jalan sehala pun diorang tak kisah, men hentam ja. Aku marah sebab patutnya, kalau aku yang duduk atas jalan tu, aku akan dapat first order dulu untuk parking situ. Disebabkan ada yang laju ja main masuk dalam jalan tu, terus bikin jam dalam tempat parking. Yang bodohnya, kereta-kereta lain pun ikut sekali. Last-last, jalan jam macam bangang. Aku siap tunjuk-tunjuk muka marah dekat orang. Siap tunjuk-tunjuk tangan dekat pemandu yang tak faham simbol jangan masuk tu. Nasib baik bukan keluar middle finger ja.
  3. Aku tau parking memang susah, tapi jangan susahkan orang dengan parking dekat selekoh jalan. Tempat parking tu kecik ja. Bila parking dekat situ, kadang-kadang kereta tak lepas. Bila tak lepas, mula la kereta-kereta belakang main hon ja. Ingat aku suka ka terlekat bodoh-bodoh dekat situ. Kepala otak nak pikir senangkan diri ja.
  4. Okay, dengan masalah no 3 ni, aku terpinga-pinga. Mana pakguard semua? Mana orang yang lock tayar ni? Bukan main ada notis jangan parking di tempat tak boleh parking. Ha, lock je la tayar diorang. Dapat duit banyak lagi kan? Nak buka lock tayar tu dekat RM100 dah. Apasal tak lock? Kalau dah kuatkuasa undang-undang macam tu dan laksanakan, tak ada la orang berani nak parking macam haram.
  5. Ni masalah yang aku tengok semua orang selalu buat, terutamanya yang dah lanjut usia. Bila datang Midvalley, tempat shopping yang besar dengan parking yang luas, ingat la tempat parking tu dekat mana. Aku dah tengok 4,5 kes orang keluar parking, duk tunjuk tangan sana-sini. Cari mencari tak jumpa. Macam aku yang tengah cari parking, mesti la akan ikut diorang kan? Tiba-tiba patah balik pulak diorang ni sebab salah tempat. Lepas tu dapat dekat pemandu-pemandu lain pulak yang datang lambat dari aku lagi. Ini tak adil. Aku spend masa lama lagi dari diorang.
  6. Parking belakang atau depan kereta orang. Ha, yang ni memang otai habis. Desperate sangat nak dating dengan awek sendiri ka sampai tak larat cari parking, lepas tu parking bagi menyusahkan orang lain nak keluar pulak. Bodoh. Aku taknak discuss pasal hal ni, sebab diorang yang buat macam ni memang celaka pentingkan diri.
Okay, ni ja yang aku boleh pikir. Sebenarnya banyak lagi benda yang jadi dalam tempat parking ni, tapi biar je la aku lepaskan stress pikir benda ni dengan tidur.

Sapa setuju, click Like button. Aku tau ramai yang pernah hadapi masalah ni. Tapi aku harap, kalau ada yang buat macam ni, ubahlah perangai. Sudah-sudah la bagi orang lain teranaiya. Tolong jugak la pemandu lain cari tempat parking sebab diorang pun masuk nak beli barang.

Sekian, terima kasih.

No comments: