Apr 21, 2011

Entry 192 - AKU SANGAT STRESS DENGAN ASRAMA

Wahai blog,
Dah lama aku tak menulis dalam blog. Sebab apa? Sebab assignment bertimbun-timbun. Semua orang yang tengok aku buat assignment, walaupun ada yang dalam dua, tiga hari sebelum hantar mesti cakap, “Ala, Khirol selalu tulis blog, mesti kejap jer dia buat assignment”.

Hahaha kalau la assignment ni macam tulis blog, sah-sah aku akan jadi rajin. Tapi malangnya dunia akademik takkan tengok performance kita dari segi merapu-meraban sebegini hehehe.

Tapi, hari ni aku bukan nak cakap pasal assignment aku. Yer, sekarang aku dah tak ada assignment. Mestilah kena kecoh sikit kan? Tapi isu aku hari ni adalah, jeng jeng jeng:

IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
Lembah Pantai, 59200 Kuala Lumpur

MEMO
Kepada:

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Ketua Warden
Rujukan : IPBA/T/14/100/93 Jld.4( 60 )

Tarikh : 20/4/2011

Daripada: Timbalan Pengarah
s.k. : Pengarah
semua KJ/KU
Fail Timbul
Perkara: PEMBERHENTIAN KEMUDAHAN PENGINAPAN DI KOLEJ KEDIAMAN IPG KBA

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa IPG KBA tidak dapat menyediakan kemudahan
penginapan pada semester kedua 2011 untuk kumpulan pelajar berikut:

a) B. ED. TESL Kohot 5 Ambilan Julai 2006
-129 orang
b) PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari
2008 - 21 orang
c) PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2009
- 43 orang

3. Pemberhentian kemudahan ini adalah disebabkan IPG KBA menghadapi kekurangan
tempat penginapan kerana kemasukan pelajar baharu bagi Ambilan Jun 2011
dianggarkan seramai 250 orang. Walaubagaimana pun, pelajar-pelajar yang terlibat
boleh membuat permohonan kemudahan penginapan atas sebab-sebab tertentu dan
permohonan ini hanya dipertimbangkan sekiranya terdapat kekosongan kelak.

5. Kerjasama tuan/puan dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada
pelajar-pelajar yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

t.t.


Timbalan Pengarah
IPG KBA
- ext 126
P/s: Nama-nama dipadam sebab malas nanti ada yang syok google nama sendiri, jumpa benda ni hahaha.

Ha, dah baca? Aku kasik warna merah sikit biar nampak kat orang lain. Eh, aku marah ka?

Eh mana ada. Aku seronok aih. Memang baguih pun kena halau keluar dari asrama sini. Kenapa baguih?
  1. Asrama ni memang buruk nak mampus. Leaking sana sini, toilet macam naik kulat, tu pun sanggup lagi nak guna. Awal-awal dulu aku siap beli pencuci buang kulat dan bagi hilang kuman, tu pun tak berkesan. Tapi kalau aku guna duit aku nak bersihkan bilik, nak cuci sana sini, ada diorang nak ganti duit aku? YE LA TU.
  2. Lif rosak selalu sangat. Kadang-kadang dah penat tengok lif rosak. Aku tak kisah sangat la sebab aku tingkat 3. Panjat tangga ja. Yang duduk atas-atas sampai ke tingkat 7 tu? Kurus-kurus belaka semua tu. Tapi dicakapnya, sekarang ni IPBA dah ada kontraktor yang akan datang repair bila ada kerosakan sebab diorang ada sistem untuk monitor lif. YE LA TU.
  3. Dulu isu pak guard curi mesin basuh, la ni mesin basuh rosak kat blok aku. Bila nak guna yang blok 2 yang bukannya blok pelajar sebab disewa untuk kursus cikgu-cikgu bahasa Inggeris yang bertauliah, kena marah pulak. Habis tu mana mau basuh? Basuh tangan selalu? Mak ai, sakit belakang aku macam tu. Suruh pulak kami basuh dekat blok 4, tapi macam la boleh dapat selalu sebab kena rebut. Boleh kurus ke cuci pakai tangan? YE LA TU.
  4. Internet tak provide. Semua sendiri-sendiri. Masalahnya, kalau dapat guna Internet yang IPBA bagi, limitation dia adalah FB dengan YouTube tak boleh guna. C'mon la, takkan teruk sangat benda tu macam tak bagi kami belajar? Dekat luar negara, benda tu dah jadi platform untuk cikgu-cikgu guna untuk mengajar. Guna internet nanti kami tak belajar instead buat benda tak berfaedah. YE LA TU.
  5. Buat pertama kali aku dengar, setiap semester kena tukar blok. Gila ka apa? Aku dah sedap-sedap duduk bilik aku, lepas tu nak halau. Kalau nak halau pun, tak boleh tinggal barang dekat hall block. Takkan la aku nak angkut semua benda balik Kedah macam tu. Yang duduk Sabah Sarawak macam mana? Garage sale? YE LA TU.
  6. Parking limited. Bab ni aku taknak cakap la, penat dah dulu masa awal-awal masuk IPBA, masa deal dengan HEP dan pejabat. Kejap kena direct sana, kejap kena direct sini. Lepas bagi borang nak minta bawak kereta, berminggu-minggu tak ada respons. Last-last, keluar notis cakap kena ada kuota pulak. Yang bestnya, masa keluar kuota tu, bukan main diorang cakap, budak foundation, Year 1 tak payah bawak kereta. Yang aku tengok berlambak-lambak kereta sekarang diorang la. Jaki kat junior? Tak. Tak jaki pun. Marah kat admin ja sebab cakap tak serupa bikin. Dicakapnya sebab nak bagi sama rata semua orang boleh bawa kereta. YE LA TU.
Ha, kan nampak sebabnya kenapa aku suka sangat kena keluar dari asrama IPBA?

Tapi sebelum aku nak cakap aku suka duduk luar, aku nak jugak nyatakan suara hati aku, dan aku rasa, aku menyuarakan suara hati yang lain-lain jugak.
  1. Kalau dah tau 'projection'  bilangan pelajar yang akan masuk asrama nanti melebihi kapasiti, awal-awal lagi sebelum kami nak balik asrama tu, tak payah jemput kami masuk balik. Terus keluar notis suruh duduk luar. Yang rajin sangat kejar kami isi borang penempatan awal-awal tu wat apa? Suruh isi, lepas tu tendang. Mula-mula aku kagum sebab pandai diorang guna Google Spreadsheet untuk buat database pelajar yang menetap di asrama, sekarang aku benci. Sebab sia-sia ja dibuat, bila nak suruh keluar. Tak guna ada data macam tu dah. Aku duduk asrama ni pun, tak lama. Dari foundation, Year 1, dan sekarang. Compare dengan kawan-kawan aku yang lain?
  2. Apa perasaan diorang yer kalau anak diorang kena cari rumah dekat KL dengan elaun yang tak seberapa? Ingat cukup ka? Dengan RM 600+ ja, ingat boleh dapat rumah sewa ka? Nak dapat RM500 pun sakit. Kalau dapat rumah RM500, maksudnya, yang RM100 tu duit makan. Cukup ka RM100 tu? Tambah-tambah KL? Nak sediakan bahan-bahan mengajar lagi? Duit transport lagi? Pokai la duit!
  3. Ni dah bulan 4. Praktikum aku nanti bulan 6. Ada ka orang nak bagi sewa rumah untuk tempoh 5-6 bulan? Ada jugak ka yang nak bagi satu rumah duduk 10 orang lebih? Kalau ada pun, ada ka slot nak parking kereta ka motor banyak-banyak?
  4. Kenapa diorang takmau pindahkan budak-budak aku masuk blok 3 yang dah dikosongkan sebab masalah blok dengan air tak ada? Rasanya sebab ni. Bila IPBA bagi budak-budak duduk blok tu, maksudnya, it's liveable. Boleh didiami. Jadi tuntutan duit untuk membaiki blok tidak akan diberi sebab budak-budak still boleh duduk lagi. Jadi langkah efektif untuk ensure dapat duit, adalah keluarkan kami.
  5. Kalau keluarkan kami jang berjumlah 193 orang, macam mana nak menampung yang 250 nak masuk tu nanti? Tak settle problem jugak. Nanti dikeluarnya notis bagitau, sapa-sapa yang nak duduk luar, digalakkan.
  6. Even hantar petition pun, aku dah agak dah, takkan ada efek. Suara pelajar didengar? Tak mungkin. Bagi cadangan pun berjela-jela, tak ada kesan. Boleh dipertimbangkan balik kalau buat rayuan? Macam mana kalau 193 minta duduk dalam? Nak pilih mana satu? Pilih yang dikasihi ke? Adil tak?
  7. Bila kami minta duduk ramai-ramai dalam satu rumah, biar penuh sampai 20 orang, tak boleh jugak. Sebab ni institut, kena la bagi budak-budak duduk dengan selesa. Masalahnya diorang jugak la cakap, nanti bila kami dah pegi sekolah, kena la belajar sesuaikan diri dengan macam-macam keadaan rumah yang tak selesa. Ni la kami tengah buat, duduk dalam keadaan tak selesa. Ada aku complaint? Kami jugak minta duduk macam dalam tin sardin. Dan aku nak tambah lagi, adakah selesa tempat ni? Tak pun. Maktab bainun pun aku masa pegi dulu2, sebilik dua orang. Selesa lagi dari bilik aku.
  8. Polisi pelajar Foundation dan Year 1 kena menetap dalam asrama. Kalau macam tu, bila ada yang minta duduk luar dulu, kenapa tak bagi? Sebab dalam peraturan kediaman institut pendidikan guru mengatakan semua pelajar wajib mendiami di asrama yang disediakan? Sekarang ni entah mana datang, ada polisi macam tu pulak. Aku tak pernah la tengok lagi surat pekeliling yang sebut macam tu, tapi bila dah ada polisi macam tu, tak bercanggah ka dengan peraturan asal?
  9. Masalah yang diorang buat, pandai ja cakap dengan kami dalam cara yang berlapis-lapis elok indahnya bahasa, tapi bila masalah kami, aku jarang pulak mendengar ada yang settle. Masalah ni takkan settle. Diorang tak fikir ke, apa yang diorang buat ni dah namanya anaiya. Kena kat anak sendiri baru diorang bising. Wait, maybe tak bising. Sebab duit banyak, boleh cover anak duduk rumah mahal-mahal. Mak bapak aku pencen dah, mana boleh nak bayar rumah mahal-mahal. Wait, RM500 tu tak mahal kot?
  10. Alasan paling best sekali masa nak keluarkan kitorang adalah, supaya kami dapat duduk rumah dekat dengan sekolah masa praktikum. Masalah ada dua yang aku dapat pikir. Pertama, kalau rumah dekat dengan sekolah, kalau dah habis praktikum, still kena balik IPBA. Kalau rumah aku jauh dari IPBA, tak ka sakit aku nanti? Kedua, kalau nak bagi duduk rumah dekat sekolah, mana pulak list sekolah kami kena pergi? Even minta sekolah dekat satu tempat yang boleh dapat rumah dekat situ, keputusan tukar menukar sekolah ni keputusan JPN. Buat dah dapat cari rumah dekat Klang, kena sekolah dekat Damansara. Penat nak berulang. Dengan traffic jam macam apa lagi kat sini. Ketiga (eh tadi cakap dua ja), buat kawasan perumahan yang dekat dengan sekolah tu area yang bukan-bukan, banyak perompak, tak naya? Mati kena tikam malam-malam nanti pulak. Keempat (tu dia, Khirol dah meraban lebih-lebih), duduk dekat dengan sekolah pun, masalah jugak. Kang telajak tidur, pengetua mai cari hahaha (ok, ni punya masalah sendiri hal, aku tak terlibat).
  11. Motto asrama aku adalah, "Segalanya bermula di Pantai Puri". Sekarang ni, mana mulanya? Mana akhirnya? Kenapa kami jadi loud spoken? Sebab duduk luar negara, lepas tu bila balik boleh cakap sedap mulut ja? Salah. Sebab kami sayang asrama yang tak seberapa ni. Kat sini jugak la kami berkawan. Dah nak praktikum ni, lepas tu masing-masing bawak diri. Diorang nak pecahkan ka persahabatan yang ada? Bayangkan la kalau kami balik sekolah, mesti la nak gosip-gosip pasal students kan? Tak pun nak emo-emo. Takkan nak emo dengan dinding rumah kot?
  12. Sebelum ni, senior-senior aku, even kawan-kawan PISMP aku yang dah habis praktikum diorang, dapat merasa duduk asrama sambil pegi praktikum. Duit tak guna banyak sangat. Nanti, bila duduk luar, group aku jugak kena keluarkan duit banyak nanti. Aku rasa tak adil. Sebab tak dapat privilege yang sama. Mana boleh macam ni? Senang ja nak suruh keluar. Macam semua orang ada sedara dekat KL nak tumpang. Kalau dapat tumpang pun, aku malu la nak kacau anak pinak orang.
Ha, dah banyak aku cakap ni. Tak apa la. Aku tak kisah pun kena duduk luar, tapi adat yang betul, halau bagi la notis masa awal-awal tahun. Dapat aku cari rumah murah. Kalau aku kaya, aku cari kondo dengan swimming pool tepi tingkap ja. Nak ja duduk Zehn sebelah asrama ni. Sewa bulanan paling cikai RM7500. Kongsi 100 orang duduk dalam rumah tu dapat la murah sikit kot kan? Duduk 30 orang baru RM250 sorang hehehe.

Ha ni ngomelan aku. Dah dekat-dekat 1800 words dah. Boleh jadi assignment dah ni. 10 benda aku tak puas hati. Tapi sebenarnya banyak lagi. Kan aku dah cakap, kalau ni assignment, dah siap cepat.

Macam mana aku cakap, kalau dibagitau awal-awal, aku takkan lorat (bising bak cakap orang Kedah). Aku takkan ngamuk. Ya, aku tau semuanya atas ehsan kementerian, tapi yang dibuat ni tak ada ehsan dan belas kasihan. Mungkin, diorang dah habis pikir dan tak ada solution lain, jadi mau tak mau, kena jugak tendang. But, am I supposed to tolerate that, though there are many other things that's wrong been done on us? Kalau nak bagi duduk luar, bagi jugak kami elaun macam cikgu. COLA. Cost of Living Allowances. Kalau RM80 tu ditolak untuk letak kami dalam asrama IPBA, naikkan elaun kami serta merta atas sebab rumah di KL mahal sewanya. Kalau nak jugak halau, carikan kami rumah untuk kami menyewa. Bukan senang nak cari, tambah-tambah kalau ada yang sudi bagi sewa dalam tempoh 5-6 bulan.

Hati tak tenang sekarang. Stress ja memanjang dekat sini. Dengan assignment menggila-gila, ni pulak dengan hal macam ni. Dulu tak ada pun hal macam ni dekat oversea. Memang aku mengada cakap macam ni, tak balik ke realiti la. Tapi bila diambik value-value yang baik, dan cuba disampaikan kat sini, mula la cakap, norma masyarakat Malaysia, macam ni la gaya hidupnya. Ye la tu, sebab tu tak berubah-ubah sikap kita.

Entah la, kekadang dah give up macam ni, sebab banyak sangat constraint. I might be loud spoken, I might be inconsiderate of others, but one thing, I didn't do it for fun.

I am pissed for real right now.

4 comments:

yantie said...

omgg. makin terok pulak ipba ni. ttbe rase bersyukur da kua ipba. but then in real school n working life, u'll find more situations almost the same like this. kire mcm ok la da ade pendedahan.. =p (joking)
but all the best with practicum n living outside k!

[z@ck] said...

wohoo..sabaq sabaq.. =)

Unknown said...

@Yantie: OMG as well hahaha. Aku tau nanti macam tu jugak la kerenahnya, tapi tak apa. Think positive! Anyway, sebab benda ni dah jadi kat asrama, of course bengang la kan? Ey, ko sekolah mana sekarang ha?

@Zack: Sabaq lama dah ni. Sabaq lama-lama tak buat apa-apa tak guna. Nanti muka kena pijak. Sebelum kena pijak, bek mulut aku sembuq macam-macam hahaha.

SyedGraphix Dot Com said...

hahhaha! terbaik laaa entry nih. sumpah panjang gilaaa.. saya pun masa mula² masuk IPBA macam , "ehh, asrama ke ni? -.-" .