Wahai blog,
Aku saja la nak ceritakan apa yang terjadi kelmarin lepas. Macam yang korang tahu (tahu ke), aku kerja sebagai cleaner di sini. Al maklum la shift malam, habis kerja pun pukul 11 malam. Atas sebab kemalasan nak berjalan balik ke rumah nun atas bukit, aku pun mengambil langkah malas ke perhentian bas (cewah, lama tak guna perkataan perhentian bus, asyik bus stop ja).
Kala aku menunggu bas sambil menengok jam, aku terdengar bunyi riuh rendah. Ada la satu kumpulan lelaki-lelaki muda depan kelab malam (bertentangan perhentian bas), asyik mengorat gadis-gadis yang lalu. Dah la tak dapat dingorati, sampai ke pasangan yang dah ada boyfriend girlfriend pun dikacau. Tak layan kena marah. Tak faham aku, kalau dah tak dapat tu, tak payah la nak terhegeh-hegeh marah orang lain kan? Apa-apa pun, kalau diorang buang perangai kacau orang, tak mabuk-mabuk, cakap elok-elok, aku yakin, ada ja manusia yang akan jatuh hati. Tak perlu nak berlagak hero, tak perlu nak meloncat tengah jalan tak pasal-pasal. Bagi aku, setiap tempat ada fungsinya sendiri. Kalau ko pergi sekolah, belajar. Kalau ko pergi kelab malam, menari. Kalau ko gi rumah ibadat, sembahyang. Jangan buat benda lain yang bukan-bukan. (Okay, habis dah ceramah aku).
Setibanya aku di perhentian bas di kampus aku, aku pun mengorak langkah ke arah rumahku di hujung kaki bukit kampus aku. Tapi tetiba rasa dahaga pulak. Ye la, kerja 5 jam, mesti la dahaga. Nak pergi kedai, mana buka dah malam-malam dekat kawasan aku. Jadi aku terfikir la nak masuk dalam bangunan kampus aku, cari vendor machine. Masa aku nak keluar, aku terperasan, dekat tangga yang terlindung, satu benda yang mengejutkan aku. Hantu! Dua pulak tu. Wah, jarang nak nampak hantu dekat sini. Dah la seronok bergomol. Bunyi dah la macam tengah mengilai. Okay, jangan ada yang lepas baca ni takut pula nak ke kampus malam-malam. Aku maksudkan, pasangan yang tengah hangat bercinta dan beradu kasih. Hebat hantu-hantu ni. Kalau la seks di sini bebas, kenapa tak cari ja hotel, tak pun rumah sendiri? Kan aku dah cakap tadi, setiap tempat ada fungsinya kan? Jadi, tangga tu, huish. Dah la dekat tangga ni macam-macam boleh jadi. Mati tergolek dari tangga pun ada kes. Jadi nak berasmara di situ ka? Haish, ada tempatnya kalau nak buat macam tu pun.
Lantak la apa diorang nak buat. Takkan la aku nak rekod video kan? Lepas tu jual. Terbaik. Duit dapat buat makan. Lagi la terbaik kan? Jadi, aku pun blah je la dari situ. Niat hati nak balik rumah cepat-cepat la. Tapi ketika aku amibil jalan pintas dengan melintas padang bola, aku terdetik hati untuk berhenti sekejap. Aku mendongak tengok atas, melihat langit. Ya Allah, banyaknya bintang-bintang. Dah lama aku tak nampak langit macam ni. Ditambah dengan bayu yang aman dari arah laut, dan rumput padang yang lembut dipijak, berbumbungkan bintang-bintang, aku rasa aman. Sangat tenang. Kalau la malam tu tak sejuk sangat, mungkin aku dah letak tilam dan tidur situ. Aku rasa hilang semua masalah aku. Hanya aku dan Tuhan sahaja.
Balik-balik rumah, kembali membuat assignment. Realiti kehidupannya, hidup ini adalah satu perjuangan. Yang aku mampu lakukan, berdoa dan berusaha untuk segalanya.
Alhamdullillah, assignment tu aku dah hantar. Walaupun lemas bertungkus lumus, tapi lepas hantar tu, aku terasa Allah angkat beban dari dada aku. Rasa aman sangat. Yeay!!
P/s: Cuti Easter ada seminggu lagi. Orang lain berjalan-jalan, aku pulak? Hurm, tak boleh jadi ni. Aku kena pergi jugak mana-mana. Jalan-jalan ambil gambar.

1 comment:
betulla tuh, orang keje kat dalam ofis 8 jam sehari pun dahaga jugakk kannns,
salamm,
Post a Comment