Oct 21, 2009

Entry 143 - Hontouni Anshin Shita (I'm So Relieved)

Wahai blog,

Sebagai ruang untuk aku catitkan pengalaman hidupku, kau juga ruang untuk aku berkongsi perasaanku. Tak ada kata-kata lain lagi melainkan syukur untuk apa yang sudah berlalu dalam tahun ini. Apa yang berlaku? Kalau hendak diimbas, agak sukar juga untuk diceritakan semua. Tapi, untuk acara-acara dalam bulan ini, insyaallah masih boleh ada dalam ingatan.

Dulu, dalam blog ni, aku asyik bising ja denga assignment-assignment yang aku ada. Tak cukup lagi, dengan kerja-kerja yang ada lagi untuk kelab-kelab, memang mampu buat aku terjerit la.

Untuk Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO-WMSO, nak dijadikan cerita, masa tengah bersiap nak hidang lauk ayam masak cili api, berasap pulak dapur. Aku pulak, tergedik-gedik meloncat nak tutup 'smoke detector' dengan tangan supaya tak dapat kesan asap. Tapi, sebab tak sampai, kipas la asap keluar. Tapi, lumrah alam, nak dijadikan cerita, tak berjaya gak. Bomba pun datang. Cuak dah muka semua orang. Sebab kalau satu kereta bomba datang, dah kena charge $250 (tak ingat sapa bagitau ni). Kalau dua, faham-faham la. Dan bomba ni pulak, memang suka datang banyak-banyak, mungkin sebab diorang bosan dekat pejabat. Jadi bila fire alarm bunyi, terus semua lari datang dengan menjerit "Wei kawan-kawan, duit tengah tunggu, mari!!!". Mana la tau kan? Tapi alhamdullillah, takda apa-apa charge kena sebab memang berlaku kejadian kebakaran tu, jadi diorang kena anggap sebagai kes berkecuali. Disebabkan tu juga, acara ni terlanjut sedikit. Tapi nasib baik, boleh tahan la menjadinya. Baik, kenapa aku ada di situ?


Calon Presiden dan Naib Presiden Kelab UMNO Wellington 2009/2010

Barisan percalonan UMNO High Committee 2009/2010


Sebelum pencalonan ni, aku bertugas bersama-sama Ahmal, Flat, Shamimi, Hazel, dan Mawi. Tugas aku adalah setakat uruskan website UMNO Wellington, buat poster-poster, buat carta organisasi, dan buat borang penamaan calon secara online. Disebabkan takda sapa yang tau pasal hal ni, jadi aku buat la. Dengan pertolongan Mimi dan Mawi, alhamdullillah siap juga kerja-kerja aku ni. Sehari sebelum rumah terbuka ni, dapat mesej dari Ahmal pasal dapat pencalonan untuk bertanding dua jawatan tertinggi. Aduh, aku dah penat malam tu, jadi tidur la tanpa buat apa-apa ucapan. Konon-kononnya spontan la nanti. Memang spontan habis. Nasib baik ucapan aku okay ja. Okay ke? Tak tau la, asalkan ada orang tepuk tangan tu kira okay la. Calon-calon lain macam Kirin, Tahn (tak sure macam mana nak eja nama ko), Lina, dan lain-lain lagi memang masing-masing hebat belaka la. Selepas kiraan undian, keputusan tak keluar lagi. Masa tengah buat assignment tengah malam, Kamm pulak ucap "Tahniah Tuan Presiden". Aku pulak masa tu tengah masak nasi ayam hehehe. Balik-balik baca mesej tu, mak aih, seronok pulak si Kam ni mainkan aku yer. Takpe-takpe

Jadi, tu la kisahnya. Sebenarnya banyak lagi kisahnya. Tapi nanti aku ceritakan secara lisan pulak. Hehehe. Tapi, semua kepenatan buat assignment dan rumah terbuka tu, tak sama dengan acara di bawah ni. Berkampung di hotel dari 12 tengahari sampai 2 pagi. Penat.

Malaysian Night 2009 pulak lagi satu acara yang agak besar la untuk aku handle. Jadi, bersama-sama Kamm dan lain-lain, Alhamdullillah menjadi jugak. MNITE09 ni adalah acara makan malam untuk warga Malaysia, dan diadakan di James Cook Hotel. Sebagai Pengarah, mestilah kena urus banyak benda kan. Tapi banyak gak benda yang diuruskan bersama. Dan aku pulak memang jenis suka turun padang buat kerja semua. Kalau orang tanya sapa ahli jawatankuasa, aku cakap takda, aku ambik ja sapa-sapa yang boleh wat kerja. Terima kasih kepada Zaty, Kamm, Neddy, Mira, Wawa, Che Nad, Razif, dan yang lain-lain lagi sebab menjayakan malam tersebut. Suka duka malam tu, berbaloi rasanya bila tenogk muka-muka gembira (yang tak seronok maaf la yer).



Kalau nak tau pasal malam ni, boleh juga tengok website WMSO. Nak tau pasal UMNO, klik sini. Nak tengok lagi gambar-gambar MNITE09, cari sendiri dekat Facebook. Aku tak bawa kamera, jadi gambar-gambar dalam ni diambil secara rambang dari album gambar Arifah, Mamat, Ajip, dan yang lain-lain.

Jadi, sekarang ni, aku bergelar Presiden Kelab UMNO Wellington la? Insyaallah aku akan laksanakan tugas dengan saksama dan penuh amanah. Kalau ada apa-apa yang korang rasa yang memerlukan perubaham teguran, jangan segan-segan. Aku ni terbuka orangnya. Terima kasih kepada semua yang mencalonkan dan mengundi saya.

Akhir kata, 'hontouni anshin shita' (aku sangat lega - dalam bahasa Jepun).

4 comments:

adzuan aziz said...

otsukare;D

Izzaida Ibrahim said...

just read you blog. Congrats on the position Syg!

Unknown said...

Adzuan: Otsukare tu maksudnya macam 'aku tau ko penat tapi tahniah' ke? Hahaha. Google jer menatang ni ;P

Jyjy: Tq sayang!

SyapaDoNut said...

berkakilebar betul korg kat sana..
go khirol, n congrats =)