Seminggu pertama merupakan waktu yang cukup menyenangkan untuk kami (aku, Robot, Ajib & Geam) kerana makanan kami hanyalah terdiri daripada makanan yang boleh didapati di luar sahaja. Sebut sahaja Subway, aku sendiri rasa pekerja situ dah kenal muka aku. Asyik-asyik 'foot long wheat with Seafood Sensation, toasted with lots of powder". Sampai ayat ni pun dah lancar aku sebut. Macam dah seorang yang profesional habis la kiranya. Kalau bukan Subway, burger fillet-o-fish di McDonald la pilihan hati. Dah ikan, tu sahajalah yang boleh dirasa, menurut para-para senior.
Tapi, tanggal 23 Februari 2009 merupakan hari keramat untuk kami berempat kerana mula memasak. Untuk pengetahuan semua, bahan masakan dibeli dari sebuah kedai di kawasan New Town di Wellington. Ayam-ayam halal diperolehi dari Halal Butcher, rempah ratus dari Asian Market, dan telur, gula, dan sebahagian besar keperluan memasak dari Pak'n'Save. Di kedai Asian Market, banyak barangan Malaysia boleh didapati di sini. Maggi pun siap ada cop halal dari Malaysia lagi. Super Ring, Double Decker, Rota, ala, makanan ringan yang tidak menyihatkan itu, pun ada dijual. Cari la kicap, garam, serbuk kari, beras, semua lengkap. Ayam pulak, beli bahagian peha sampai satu kilogram. Agak banyak la rupanya. Rasanya, semua bahan mentah ni dibeli dua hari sebelum kami memasak. Simpan dalam peti ais saja.
Kalau nak diikutkan pengalaman memasak aku, sikit je la yang aku tau. Setakat gulai ayam tu, boleh la sikit-sikit. Itu pun sebab ada masak sekali dengan mak aku. Bila dah lama tak ke dapur, aku pun terkial-kial macam mana nak masak. Agaknya otak aku dah berkarat lama dah ni. Kalau dibandingkan dengan sesetengah orang lain, aku ni tak la kreatif dan artistik dalam mencipta pembuka mulut dan hiasan yang serba 'mengikut' orang mewah. Masakan aku ada satu falsafah ja, sekadar boleh dimakan dan ada perasa yang mencukupi. Ish, aku ni cakap panjang lebar pulak. Korang semua tengok je la gambar-gambar ni.

2 comments:
ha.. bagus2 silekan masak.. ku pun mask main hemtam je.. susun2 sume bhn, masukkn mane suke.. haha.. jd la mushroom chicken with mixed herbs.. voila.. haha
hahaha nnt la ak try cmpur mknan2 yg pelik2. jd witch tgk
Post a Comment