Jan 5, 2012

Entry 210 - Kenapa Lelaki Tak Boleh Cakap Elok-Elok?

Wahai blog,



Pernah tak girlfriend korang tanya soalan macam ni:

“Baby, kasut mana cantik lagi? Yang biru ke emas?”

Fuh, tetiba ja rasa seram sejuk dek soalan ni. Yela, sebab kalau salah jawab, nahas pulak kan?

“Erm, mana-mana yang Darling suka la", tergagap-gagap ko menjawab.

"Ala Baby ni, bagi tau la. Biru ke emas? Cepat la".

"Emas!" ko pun menjawab terketar-ketar, tak pasti girlfriend ko akan marah ke tak.

"Apa masalahnya dengan biru?"

Ko dah nak naik meroyan, tadi tanya warna mana cantik, tapi dah bagitau, tanya lagi macam salah pulak pilihan tu.

"Kalau takmau pendapat, jangan tanya Abang la Darling".

Ko ingat ko dah selesaikan masalah kan? Tak payah berdepan dah dengan soalan pasal warna kasut. Tapi ko baru buat masalah baru. Dia tak nampak seronok pun dengan apa ko cakap. Eh, bagitau warna pun tak cukup ka?

Sebenarnya, Darling ko tu baru ja gunakan salah satu ciri dalam cara percakapan perempuan: Indirect Speech (cakap tak terus terang). Dia dah pun buat pilihan mana yang dia nak pakai. Dia tak nak dengar pun pendapat ko, tapi hanya nak confirmation yang dia nampak cantik ja.

Kalau Darling ko tanya 'biru ke emas' masa pilih kasut, amatlah penting untuk ko jangan bagi jawapan. Sebaliknya, ko reverse balik soalan dekat dia. Ko tanya balik.

"Darling dah pilih tak lagi kasut?"

Ha, masa ni mungkin Darling ko terkejut. Mana penah lagi orang tanya dia soalan macam tu, sebab banyak lelaki lain mesti bagitau terus warna sebab malas nak cakap banyak.

"Emm, rasanya I sesuai pakai yang emas ni kot?" dia menjawab konon-konon tak sure pilihan dia. Sebenarnya dia memang pilih yang emas tu.

"Kenapa warna emas, Darling?"

"Sebab I punya aksesori I sekarang warna emas, baju I pun ada pattern emas juga, macam masuk la".

Kalau ko pandai, ko mesti cepat-cepat jawab macam ni: "Wow! Fabulouso! Hebat! Pandai Darling pilih! Abang suka!"

Ha, ko akan tersenyum lebar memanjang hari ni dengan Darling ko.

Kenapa Lelaki Tak Boleh Cakap Betul-Betul? (Bahagian ni bosan sikit nak baca)

Dah beribu tahun dah, lelaki tetap lelaki. Lelaki bukannya kaki bercakap kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Banyak perempuan cakap dulu berbanding lelaki masa kecik-kecik. Kalau dibandingkan di kalangan budak umur tiga tahun, budak perempuan punya vocabulary tu kemungkinan tiga kali lebih banyak daripada budak lelaki. Kalau budak perempuan tu cakap, hampir boleh faham la. Takda nak amma appa lagi.

Untuk lelaki, pertuturan dan bahasa bukanlah satu kemahiran yang kritikal di otaknya. Kebanyakan otak lelaki berfungsi banyak di bahagian kiri dan tak ada kawasan yang spesifik. Ada kajian yang menunjukkan 
orang yang mengalami kerosakan di bahagian otak kiri, terutamanya berkaitan gangguan pertuturan, lelaki banyaknya menunjukkan gangguan pertuturan di sebelah kiri/belakang, tetapi perempuan pulak di kiri/depan.

Dr. Tonmoy Sharma dari Institute of Psychiatry di London buat perbandingan di antara otak lelaki dan otak perempuan dari aspek pertuturan dan bahasa. Kajian dia bagitau, otak lelaki ada kawasan yang sikit untuk fungsi pertuturan dan bahasa berbanding perempuan.

Bila lelaki bercakap, MRI Scan akan tunjuk seluruh bahagian kiri otak dia aktif sebab nak cari mana pusat percakapan dia, tapi tak dapat fokus sangat. Kesannya, lelaki tak boleh cakap betul-betul.

Lokasi pertuturan dan bahasa di dalam otak lelaki
[Kawasan hitam menunjukkan aktiviti].
(Sharma, 1999).
Lokasi pertuturan dan bahasa di dalam otak perempuan
[Kawasan hitam menunjukkan aktiviti].
(Sharma, 1999).
Jadi apa yang korang nampak? Otak perempuan memang banyak lagi kawasan hitam yang menunjukkan kawasan aktif pertuturan dan bahasa kan? Sebab tu lelaki banyak mumble, kejap duk "Emm", "Aah", "Umm", dan macam-macam lagi.

Situasi senang, macam tengok bola. "Pass bekas rokok", "Bodo punya keeper", "Awat tak kejar!", "Aku main best lagi". Ni lelaki.

Kalau perempuan tengok tv drama pulak, hurm, contoh terdekat, Tentang Dhia. "Awat la pi mati pulak Dhia dengan Zikir ni? Buang masa aku ja tengok", "Ooi, sweetnya mati sama-sama. Ish aku nak mati sekali dengan suami aku la nanti", "Ni cerita tentang Dhia ka pasal perempuan lain? Apahal banyak sangat karekter lain tak pasal-pasal? Gila apa director ni?"

Tu TV drama. Kalau dibandingkan perempuan nak tengok cerita macam penyiasat-penyiasat ala-ala Sherlock Holmes ni, memang tak berapa aman sikit perempuan nak tengok. Sebab apa? Sebab kalau tengok dengan boyfriend, si boyfriend senyap ja fokus tengok wayang. Si girlfriend pulak duk tak tenang, nak tanya apa jadi, kenapa jadi macam tu, sapa dia orang ni.

Itu pasal TV dan filem. Cuba ko tanya orang sukan. Cuba tanya pemain basketball perempuan macam mana perasaan dia lepas shoot bola masuk. Panjang lebar explanation. Tanya lelaki? Humph, kadang-kadang nak gerak mulut pun belum tentu lagi.

Kes senang lagi? Mak ko tanya adik perempuan ko macam mana Hari Kantin dekat sekolah. "Best mak. Macam-macam jual. Ais kacang, teh tarik, fish ball, segala bagai. Ha mak tau tak Cikgu Liza tu, dah pakai tudung mak! Dapat hidayah tu, bagus la kan mak? Cuba mak ko tanya si abang pulak. "Emm, macam biasa. Macam kantin ja". Itu ja jawapan ko akan dengar.

Ni Hari Kekasih pulak. (Ok, Valentine's Day haram kan?). Banyak lelaki bagi bunga betul? Pasal apa? Sebab lelaki tak pandai cakap. Bunga tu kalau bagi dekat girlfriend,sah-sah senyum lebar. Cuba kalau ko cakap nak bagi happy girlfriend ko hari tu. Berbuih-buih air liur keluar.

Kalau beli kad nak bagi, memang tak ada masalah untuk lelaki. Tapi nak tulis dalam tu, itu satu cabaran sebenarnya nak fikir apa nak tulis. Sebab tu lelaki mungkin pilih kad yang ada banyak tulisan siap-siap print dalam tu. Kurang space dia nak kena tulis. Check balik kad korang semua betul ke tak.

Kenapa macam ni keadaannya?

Mungkin juga, masa dulu-dulu, zaman purbakala, lelaki memang tugasnya memburu binatang dekat luar gua. Tak perlu cakap banyak masa nak memburu, takut binatang tu terdengar. Jadi banyak bahasa isyarat tangan digunakan. Takpun, diorang cakap pendek-pendek ja. Maklumat padat tapi difahami terus. Masa tengah stalk mangsa dia, kaum-kaum lelaki ni semua boleh duk senyap berjam-jam. Mungkin la, secara evolusinya, otak lelaki bahagian pertuturan dan bahasa kurang berkembang, dan dibawa turun sebagai kod genetik yang membentuk otak lelaki zaman sekarang. Ko tengok kalau lelaki pergi memancing. Ada dia nak cakap banyak? Duduk berjam-jam senyap pun tak apa. Lepas tu claim hobi memancing ni memang kena senyap sebab takut ikan lari. Padahal sebenarnya memang otak lelaki macam tu.

Perempuan zaman purbakala pulak macam mana? Sebab diorang banyaknya duduk dalam gua takpun keluar gua petik-petik sayur. Komunikasi tu sangat penting. Nak bagitau hujan turun, anak lari sana sini, nak lukis hias dinding. Semua kena cakap. Cuba ko letak dua tiga perempuan dekat satu tempat, kalau diorang tak bercakap, memang ada masalah.

Disebabkan bahagian pertuturan dan bahasa dalam otak perempuan lebih luas, ini memberi kelebihan kepada perempuan untuk belajar dan menguasai bahasa asing lebih pantas daripada lelaki. Aku punya kawan pun ada la dua tiga orang yang boleh cakap lebih dari tiga bahasa. Disebabkan itu juga, perempuan lebih particular pasal grammar, punctuation, dan spelling. Nak lebih senang lagi? Berapa ramai cikgu bahasa, tak kira la cikgu Bahasa Melayu takpun bahasa Inggeris, adalah lelaki? Banyak? Sikit? Sikit kan?

Kesimpulannya, perempuan, jangan la marah lelaki kalau tak banyak cakap, takpun selalu cakap benda yang menyakitkan hati. Kadang-kadang, lelaki memang maksud dia baik, dia nak cakap bagi seronok, tapi balik-balik, salah jugak. Sebab tak reti nak cakap elok-elok, bergaduh semua orang. Tapi jangan la gelak dekat lelaki pulak, cakap lelaki bodoh tak reti cakap. Sebab lelaki pun ada kelebihan dia sendiri. Nanti aku akan cakap pulak pasal kemahiran spatial dalam lelaki.

P/s: Ni adalah pandangan peribadi sahaja. Kalau setuju takpa. Kalau tak setuju, jangan la nak burn aku. Tak pasal-pasal ngamuk pulak. Lagipun, tak ada benda yang seksis dalam hal ni. Lagi satu, ni general statement ja. Bukan semua lelaki tak boleh cakap elok-elok. Ada ja aku kenal kawan aku pemidato terbaik peringkat kebangsaan tetapi seorang lelaki. Macam aku cakap, semua dekat atas ni, general statement.

2 comments:

A s h i k i n said...

aku kenal laki yang berkemahiran bercakap mcm pompuan :D

wv: promu

shazika said...

tengkiu pasal info ni..lelaki jarang nk jujur