Wahai blog,
Cuak sungguh aku dengan keadaan yang baru berlaku tadi. Aku baru balik dari pekan ja pukul 6 tadi. Masuk simpang taman aku, tetiba aku ternampak sorang laki Cina naik motor. Aku tengok motor tu, macam motor aku. Motor jenis aku punya ni jarang nak nampak atas jalan, jadi aku pun tengok betul-betul. Tengok warna sama. Tengok helmet dia pakai pun sama. Tengok-tengok, aik, plat nombor motor pun sama?
Ah, tak boleh jadi ni. Cepat-cepat aku pusing balik kereta dan kejar motor tu. Aku suruh mak aku call ayah aku dekat rumah. Confirm cepat-cepat. Tetiba mak aku macam terkena sakit jantung. Duk tercungap-cungap tapi masih cuba buka HP. Aku pun cakap dekat mak aku, sabar dulu. Kita ikut dulu dia nak pi mana. Aku pun capai HP mak aku dan call ayah aku.
"Abah, tengok motor dekat rumah ada lagi ke tak? Awat nampak ada Cina naik motor tu?"
Sambil tu mata aku mengekori motor tu.
"Oh, tu Cina mai buat wiring dekat rumah. Dia kena ambik barang dekat kedai jadi Abah bagi pinjam motor tu".
"La, awat tak bagitau. Tak pasal-pasal ingat dia curi. Siap kejar dia lagi ingat nak tahan dia tanya pasaipa ada motor tu. Mama nak sakit jantung dah tadi".
Balik-balik rumah memang betul la, ada lori kedai elektrik yang datang buat wiring. Cina yang naik motor tadi pun sampai rumah lepas tu.
"Aiyo, I ingat you curi motor I tadi. Jumpa dekat simpang ja nampak motor I. Of course I kejar. Sori ya. Dulu rumah ni motor pernah kena curi, jadi fobia sikit".
Big Boss yang ada dekat rumah aku pun cakap nasib baik aku tak call polis. Tak pasal-pasal ja.
Aduhai Abah aku ni pun. Bagitau la apa-apa dulu. Motor aku jugak tu. Nasib baik tak jadi benda lain. Perkara yang paling cuak sekali untuk awal tahun ni.
P/s: Motor aku Honda Wave Dash 110cc ja. Tapi setiap kali parking dekat masjid masa Solat Jumaat, mesti ada budak-budak dengan bapak budak duk ushar motor aku. Sebab plat nombor motor aku ni PKD. Sama ada Pekida, takpun Pengkid hahaha.
No comments:
Post a Comment