Nov 1, 2011

Entry 208 - Siapa Tak Suka Buat Baik?

Wahai blog,

Meh nak tanya korang semua, apa tu baik, apa tu jahat? Susah ka senang soalan ni? Yang belajar psikologi mesti nak guna teori moraliti macam Kohlberg takpun Gilligan. Sori, aku takkan cakap pasal dua orang ni, sebab aku tak larat nak cakap apa depa dah cakap. Nak tahu google sendiri.

Ok, ni cerita aku.

Satu hari dekat stesen LRT, aku nak naik eskalator (ada ka ejaan ni dalam BM, senangnya tangga bergerak la). Tapi aduhai, nak terkencing la pulak. Jadi, aku pun ke tandas di bawah eskalator itu. Elok aku nak masuk ja, cuba teka apa aku jumpa?

Senyum meow meow :)

Kucing? Memang aku suka kucing, tapi ni tandas kot, takkan la kucing nak masuk. Dengan tandas awam Malaysia yang serba tak bersihnya, kucing pun taknak masuk.

Okay dah, jangan merapu panjang. Ada la seorang pakcik ni (aku tak sure la dia pakcik ke apa), duduk atas kerusi roda. Dari gamitan mataku (ewah, BM nak canggih ja), dia seorang yang istimewa. Bukan istimewa macam orang gila pakai seluar dalam merah dekat luar+kain alas meja dekat belakang badan tu.

Mana satu Superman palsu?
"Definisi OKU di Malaysia membawa maksud golongan yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan mereka dengan penuh dan berkesan dalam masyarakat". (Akta Orang Kupaya, 2008)
#Tiada Kaitan - Ada jugak yang normal tapi parking dekat
kawasan khas untuk OKU. Mungkin otaknya turut sakit#

Biarpun di Malaysia, diorang dikenali sebagai OKU, aku pandang diorang sebagai insan istimewa. Ye la, diuji macam tu lagi, dan kena bedepan dengan masyarakat yang banyaknya prejudis (okay, bukan banyak, mungkin segelintir ja). Baik, berbalik pada cerita.

Dia baru keluar dari tandas, dan dari gayanya, agak susah untuk bergerak ke satu tempat yang aku tak ketahui ke mana dia nak pergi. Aku tengok dari bawah sampai atas, kaki dan tangannya semacam terbengkok ke dalam, ada bengkak di pergelangan tulang di tapak tangan serta kaki (mungkin struktur tulang yang jadikan kaki dan tangannya bengkok). Mula-mula aku tak perasan sangat dia susah nak gerak sebenarnya, sebab kebanyakkan orang yang naik kerusi roda ni selalunya mahir guna kerusi roda. Aku yang mulanya nak melangkah masuk tandas (dengan kaki kiri), berpaling badan secara automatik. Tak tahu kenapa macam tu.

Seraya aku berkata, "Encik perlukan pertolongan"? (Okay, sumpah, ni ayat yang aku cakap, dengan sopan dan penuh susila). #Vomit mode#

Serious scary muka dia hahaha
Dia pun cakap ya, tapi dengan nada dan intonasi suara yang aku sukar fahami. Cuba korang cakap dengan mulut senget dan kepit hidung sekali (okay, ni bukan bahan jenaka okay). Dia cakap dia nak pergi solat Isyak tapi susah nak gerak sikit sebab luar tandas licin sikit. Aku pun tolak la kerusi roda dia ke tepi surau, tapi dia cakap tak boleh solat dalam tu sebab sempit. (Ya tak ya jugak, dengan kerusi roda memang la susah nak masuk, dan aku baru sedar, dia memang guna kerusi roda sepanjang masa. Ye la kan, kalau dia boleh berdiri lagi mesti dah masuk surau dah).

Sebelum aku bawa dia ke tepi surau tu, dia minta aku bawa dia ke tepi sudut sebelah surau ja. Ada satu bakul. Aku pun bawakan bakul tu kat dia. Baru aku tau, dia jual kerepek ubi dan pisang. Dia minta aku pasangkan tali pengikat bakul tu dekat kerusi roda dia, Letak atas pedal kaki kerusi roda dia. Kesian pakcik ni, memang aku sedih la tengok dia. Kebetulan masa aku tengah tolong pakcik tu, ada seorang budak perempuan datang beli kerepek dekat pakcik ni. Siap bagi extra RM5 lagi walaupun sepeket RM1 ja. Murah hati sungguh. Mungkin dia dah lama tengok pakcik ni kot.

Kemudian, dia minta aku letakkan dia di sebelah luar surau dan aku tanya ke mana arah kiblat. Jadi aku pun posisikan kerusi roda ikut arah kiblat.

Okay, aku lupa nak sebut ke, sepanjang masa aku dengan dia, tak habis-habis dia cakap terima kasih, dan dia akan doakan kebaikan untuk aku.

#Cerita ni takda langsung unsur riak dari aku, atau nak kata aku ni super duper baik la#

Okay, sambil aku perhatikan dia angkat takbir nak solat, aku hanya melangkah pergi naik eskalator dengan hati berbunga-bunga. Iye, seronok tolong orang ni. Tak percaya?

Kan berbunga hati ni? Siap rama-rama  lagi :)

Cuba la sehari korang tolong mana-mana orang pun, tak kisah la dari makcik nak lintas jalan ke, pakcik tak larat turun tangga ke, atau orang buta nak pergi tempat tunggu bas.

#Cerita pasal bawa orang buta ke tempat tunggu bas, aku pernah lalui sendiri. Orang buta ni pegawai perubatan dekat Hospital Pantai. See, siapa cakap orang kurang upaya a.k.a. istimewa ni tak boleh buat apa-apa? Pegawai kot? Bukan senang nak jadi tau dengan cabaran yang dia hadapi#

Kesimpulan cerita yang amatlah panjang ni, memanglah manusia ni ada sifat baik dan sifat buruk. Bagi aku, nak buat jahat memang seronok, tapi seronoknya kejap ja sebab nanti datang la rasa bersalah tak habis-habis (lain la kalau hati tegar nak mampus jahat gila-gila). Buat baik, korang akan rasa seronok sampai bila-bila, dan bila teringat balik, jadi seronok balik. Itulah kuasa kebaikan.

P/s: Okay, aku lupa satu perkara. Agaknya apa? *****Aku terlupa nak kencing oi! Tahan sampai balik ja!

4 comments:

Anonymous said...

Terharunya baca entry ni! Tp mmg betul tu.....bila kita tlg org cam ni kita akan rasa terharu n kepuasan diri yg sgt berlainan. Smoga teruskn sifat yg baik ini sampai bila2 ye......:)))

***rasanya ada berselisih dgn Khairul (x tahu betul ke?) kat smpg bwh IPBA....jgn bwk motor laju2 sgt ye.....!

Unknown said...

Insyaallah akan diteruskan.

Bila berselisihnya? Tak sure la bawa laju ke tak hahaha. Mak baca ni gugur jantung pikir anak bawak motor laju2

Bella Enveeus said...

Salam..

I was browsing2 entah mana2 tiba2 tersesat ur page.. Haha.. Read a few entries and thought kena tinggalkan komen gak.. Very commendable apa yang you buat.. Kadang2 I tengok org kita ni terlalu bergegas untuk ke destinasi sampai macam tak sempat nak senyum, inikan pula membantu org yang kurang upaya..

Most people in our community kurang faham how to deal dengan org yang kurang upaya - terutamanya jika mereka buta (dari apa yang saya pernah lihat).. :(

Anyways, it was nice "tersesat" disini.. :) Happy New Year

Unknown said...

Wassalam.

Hoho thank you for suddenly 'tersesat' here. And thank you for the praise as well.

I agree with you, bila u cakap our community tak faham sgt mcm mana nk deal dgn oku. I've seen and heard of people who look down on them. I pity them on their ignorance, and I wonder what will they do if they have a family member in that condition? What our society is lacking now these days are compassion. Everyone is too busy with their own businesses, reaching a place is more important than appreciating the things along the way, and that includes people like oku.

Ok, if i were to start rambling about this issue, i would start on another entry haha.

Too bad I've been away from blogging for quite some time. It's time to start reblogging, thanks to the comment that you left here. I felt energize to restart my blogging brain.

Happy New Year to you too.