Bila waktu aku terakhir update blog aku? May 1, 2010? Lama sangat terbiar. Kalau la blog ni dah tak disentuh sebegini lama, aku rasa boleh bersawang terus. Maaf kawan-kawan. Sibuk sangat-sangat. Sekarang ni, otak aku sendiri dah mati akal nak tulis apa. Maklum la, otak banyak guna fikir nak tulis assignment. Berderet-deret assignment. Semua orang pun macam tu agaknya. Tapi aku tabik kepada orang yang boleh update blog lagi even ada kerja. Aku mungkin bukan macam tu. Dulu aku mengaku aku ni orang yang boleh 'multitasking', tapi sekarang, aku sedar mana limit aku. Tak mengapa, memandangkan sekarang jari-jari aku dah mula bertatih atas keyboard, mungkin esok lusa akan mula berjalan dan berlari.
Perkara pertama yang nak tulis sekarang adalah, aku nak memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana, secara rasminya, aku dah habis semester pengajian di New Zealand. Tinggal beberapa minggu lagi ja nak balik Malaysia. Do you hear that? A few more weeks, and I will be seeing the faces of home! Ok, aku tau aku tak bertempik macam orang lain nak balik Malaysia sangat-sangat. Mungkin pasal aku rasa macam tak ready lagi nak balik. Macam banyak lagi benda tak buat kat sini. Sebagai contoh, walaupun aku belajar kat NZ, tak pernah sekali pun aku jejak kaki dekat South Island. Dan aku la orang yang paling banyak jejak kaki dekat Australia. Dah tiga kali dah. First time tahun lepas, dekat Brisbane dan Gold Coast dari 23/06/2009 - 09/07/2009. Tahun ni, aku pergi ikut Australia Winter Trip (Adelaide, Hobart, Melbourne, Sydney, Brisbane & Gold Coast) dari 05/06/2010 - 24/06/2010. Kali ketiga pula di Sydney untuk hadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin Golf Charity 2010 dari 08/10/2010 - 11/10/2010. Jadi bayangkanlah, banyak duit aku keluar berjalan tempat lain dari NZ sendiri. Macam mana la nak jalan kat sini yer?
Sebut pasal nak balik, banyak benda nak dibuat sebenarnya. Nak packing barang-barang ni paling payah sekali. Sebab aku banyak sangat barang. Baju-baju, buku-buku, souvenir, dan macam-macam lagi. Anggaran nak hantar balik semua barang ni adalah dalam $400 lebih. Minta-minta la harga ni ja. Lagi mahal memang aku jual ja dekat Recycle Boutique.
Insyaallah minggu depan, aku akan pergi surfing! Coordinator aku, Jonathan bayar pergi surfing tu. Lepas ni aku jadi Aussie bloke la hahaha (perasan badan hot pulak). Takpe, sekarang pun hot jugak kan? Yezza, tepuk tangan dan bersiul sendiri-sendiri :)
Hurm, apa lagi mau tulis? Maaf la. Otak tak dapat tulis secara kreatif lagi. Banyak sangat otak tertumpu buat assignment. Memang tak ada masa untuk buat benda-benda macam ni. Tapi tu la motivasi aku sekarang, untuk duduk kembali dan mula menulis. Menajamkan kembali fikiran, berkongsi pengalaman, mengikuti perkembangan kawan-kawan yang lain. Semoga kembalinya aku di dunia blogging juga dapat membuka minat baru sebagai contoh, Photo Blogging / Class / Showcase. Aku mau promo juga blog kawan aku Niko, yang sekarang buka kelas fotografi. Ni blog dia. Kipas maut photography ni ahaha.
Ok, ramai mesti tanya, kenapa semacam ja blog ni. Ada tangan, ada epal merah. Aik, Twilight fan ke ni? Hahaha. Entah, aku pun tak tau kenapa. Nak buat sendiri, tak reti sangat editing nak buat gambar sebagai template blog. Idea aku, nak pegang durian pulak (total mock up Twilight, jadi Subuh :P ).
Okay la kawan-kawan. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Semoga korang dapat bagi sokongan jugak pada aku. Insyaallah, aku akan masukkan material-material yang bermanfaat. Yang tak bermanfaat? Google sendiri, sini bukan tempat buat dosa hahahaha.
Terima kasih tidak terkira,
Sudi-sudilah melawat blog ini,
Hati saya sangat gembira,
Insyaallah akan ada berita terkini.
Sekian, wassalam.
Khirol

No comments:
Post a Comment