Mar 4, 2010

Entry 159 - Aku Ada Nama Jugak

Wahai blog,

Dalam hidup kita ni, kadang-kadang ada saja terjumpa manusia yang memang akan sentiasa buat diri kita ni sakit hati kan? Tak boleh ka kita ni hidup aman, dan saling hormat-menghormati? Dah besar panjang oi, akal ada. Kita bukan budak sekolah. Masa kecik-kecik dulu duk mengejek kawan-kawan dengan nama mak bapak atau tok-tok kita, takpa la. Kawan-kawan sekolah, kecik-kecik lagi. Hari ni gaduh, esok dah lupa. Ini dah besar dah, dah patutnya matang. Takda sebab dah nak main permainan bodoh macam ni. Malu kat orang lain ja kalau buat perangai budak-budak.

Aku ada nama okay? Khirol Azuddin bin Amir Noordin. Mak bapak aku bagi nama sedap-sedap dah, tak payah ko nak tukar dan panggil aku dengan gelaran bukan-bukan. Kalau ko nak tau, gelaran tu mungkin satu jenaka kat ko, dan mungkin juga gelaran untuk mengejek aku. Tapi aku hanya laksanakan tugas aku, dan jaga kebajikan semua orang. Aku tak bermusuh dengan ko pun. Ingat, ko jejak kaki ja kat sini, aku jugak yang bertemu korang. Ingat, walaupun aku tua lagi dari ko, tapi aku masih hormat lagi semua orang, dan patutnya macam tu jugak la ko kena hormat pada aku. Perasaan hormat itu patutnya diraih, dan bukan dipaksa. Aku hormat ko mula-mula, tapi sekarang ko cari pasal, hilang rasa hormat aku pada ko. Dan aku tak kisah pun ko nak hormat aku ke tak lepas ni. Sebab aku bukan hipokrit nak senyum sepanjang masa. Aku ada perasaan jugak.

Ya, aku lepas geram dekat sini. Kalau aku lepaskan geram aku dekat ko, aku rasa aku macam orang bodoh. Sebab patutnya ko yang kena sedar diri. Sila la buat perangai macam tu, aku nak tengok macam mana orang lain akan bertahan dengan ko satu masa nanti.

2 comments:

IanLee87 said...

rileks bro...
ko buat x tau je dgn dak tue...
sure dia terkapai2 nye lps ni...

ye r, klu kat mesia mgkin dia ada geng, skang korg kat tmpat org... ape2 kang mesti cr ko gak... time tu buat bengkak je...

adnin said...

slm, junior2 ke yg menimbulkan kemarahan tu??

kalau mcm tu, sy mewakili sume budak2 junior nk mohon ampun dan maaf kalau ade menimbulkan kemarahan senior2..

junior2 kalau xde kakak2 ngan abg2 senior sume, mesti susah nk adapt kat tempat br ni.. mesti terkapai-kapai punye..

thanks krn sudi menjaga kami budak2 junior kat sini..