Feb 17, 2010

Entry 158 - Cerita Baru Minggu Ini Dan Sebelumnya

Wahai blog,

Bila sekarang ni dah tak sibuk, boleh la aku tulis blog balik. Hu, bersawang dah rasanya. Banyak cerita yang jadi, tapi tak dapat aku nak tulis sebab banyak hal yang jadi. Aku nak mulakan dari mana yer? Apa kata, tengok dulu gambar salah satu kerja aku. Cuci pinggan mangkuk di pejabat CEO Wellington City Council.


Pinggan, gelas, jag, sudu, dan garpu yang sudah dibersih,

Cantikkan susunan aku buat?

Sampah yang bertimbun, sebenarnya ada dua kali trip yang dibuat.
Kerja kat pejabat CEO hari tu memang memenatkan aku. Dah la bertimbun-timbun, buat seorang saja (gambar di atas adalah gambar setelah separuh dari pinggan mangkuk disusun balik di rak asal). Penyelia aku tak datang untuk tolong aku, jadi aku penat gila buat, sampai sejam lebih. Nak buat yang dekat pejabat CEO ni lecehnya sebab kena buat betul-betul. Kalau tak, nanti kena complaint dengan kerani. Hek eleh, bos ko tak complaint, kerani pulak yang melebih-lebih. *Baik, mode mengamuk dah hilang*. Yang gambar sampah pulak tu, memang banyak gila hari tu. Bertimbun. Dua kali kena buang. 4 troli sampah. Gila ka apa orang City Council ni? Haiyo.

Selang beberapa hari bekerja dekat City Council, aku bekerja pulak dekat Westpac Stadium selepas event Rugby Seven. Event ni adalah event utama untuk Wellington, dan selalunya memang menarik ramai pelancong. Dan aku kerja dekat stadium ni, sumpah, gila betul kerja kat sini. Cuci toilet gila banyak. Ye la, nama pun stadium. Tapi lantai penuh botol arak, toilet kotor sangat, ada darah period la, ada najis la, euwww. Geli siot. Nasib baik aku kerja sembur penyahkuman dan berus jamban ja. Lepas tu aku kerja vakum bilik tukar baju, dan aku kerja vakum reception area. Last sekali, kerja lap kerusi-kerusi stadium. da la dalam seribu lebih kerusi yang aku lap. Gila ka apa ntah. Tapi gaji lebat la sikit hehe. Penatnya? Sangat, amat, penat.

Tapi disebabkan event ni, Wellington memang penuh dengan macam-macam program untuk pelancong. Walaupun aku bangun lambat sebab penat, aku tetap ke bandar untuk tengok apa yang jadi. Aku bawa kamera, tapi tak ambil banyak gambar sangat. Aku memang suka tengok orang menari (walaupun aku sangatlah tak reti menari). Ada la program menari samba yang dipersembahkan oleh kelab tarian dekat Wellington. Ni gambar-gambar yang aku ambil masa hari tu.

Samba 1

Samba 2

Samba 3

Samba 4

Samba 5
Samba Kids

Samba 6

Kid Drinking From Water Fountain

Samba 7

Samba Demo 1
Samba Demo 2

Samba Demo 3
Samba Demo 4
Samba Demo 5
Sebenarnya gambar-gambar untuk tarian ni banyak lagi. Tapi aku hanya upload mana yang aku rasa boleh menggambarkan suasana hari tu sahaja. Selepas tu, aku pun berjalan-jalan dalam bandar dan tangkap gambar apa yang patut. Ni gambar-gambarnya.

Bungy Ride In Courtenay Place

"I Don't Know What This Is Named For"

Bird Cruising

Walkway to TSB Bank Arena

Light Trail At Lambton Quay
Jadi, aktiviti aku hanyalah terhad pada apa yang berlaku dalam bandar ja. Tapi, waktu musim panas ni macam-macam ada. Kalau tak keluar dan nikmati semua, rugi sangat la. Sebab musim sejuk nanti akan selalu hujan dan ribut (pagi tadi sangat kuat anginnya, tapi petang tu sangat cerah. Cuaca di Wellington berubah dengan sangat drastik kan?).

Junior-junior B.Ed TESOL Cycle 3 Cohort 1 atau secara ringkasnya 3-1, sudah pun tiba di Wellington. Mereka semua ni dari Insitut Perguruan Sultan Abdul Halim, ataupun dikenali sebagai IPSAH. Kali ni, bilangan mereka adalah dua kali ganda dari Cohort aku, iaitu sebanyak 58 orang. Ramai kan? Dan aku diberi kepercayaan untuk menguruskan junior-junior ni di awal minggu pertama. Banyak cabaran sebenarnya sebab kami kekurangan orang untuk menguruskan. Ada yang bekerja, dan kalau nak minta cuti pun, takut tempat kerja tak cukup orang, dan yang lain-lain masih belum balik dari Malaysia (suka sungguh sampai tak mau balik awal kan?). Tapi sungguh la, kalau aku tak tolong, siapa lagi nak tolong? Aku minta cuti seminggu untuk uruskan semua hal ni (seminggu gaji hilang tu). Terima kasih juga pada rakan-rakan yang sedia menolong aku, dari menjemput junior di Wellington Airport, sampai ke menghantar makanan ke rumah-rumah (yang kami sendiri pun tak tau kat mana, tapi tetap cari juga), membawa junior ke universiti, bank, kedai telefon (untuk mendapatkan nombor telefon bimbit [telefon bimbit? klasik sungguh bahasa ini]) dan ke kedai menjual cadar-cadar dan selimut.
Oh lupa nak cakap, diorang semua sampai dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama 'dijadualkan' tiba pada 9 Februari seramai 36 orang, dan kumpulan kedua pada 11 Februari. Masa hari pertama, kecoh seketika sebab diberitahu bahawa junior ada seramai 31 orang sahaja. Maklumat tu pula hanya diketahui selepas dua jam mereka tiba di penempatan masing-masing. Apa lagi? Coordinator aku pun bising la sikit sebab risau ada yang terlepas pandang ataupun hilang di airport, takpun terkandas di Auckland Airport. Sampaikan coordinator aku pun datang balik ke kampus dan mula mencari rumah-rumah junior. Sebenarnya, rumah junior kali ni sangat banyak dan berselerak jauh dari masing-masing. Contohnya, kami dahulu duduk di Mckenzies dan Cumberland, dan segelintir orang duduk di Stafford. Sekurang-kurangnya, tak la jauh sangat. Ada yang duduk di Te Kotahinga Adam Terrace (4 rumah), Te Kotahinga Kelburn Parade, Waiteata (2 rumah), Te Kotahinga Salamanca, Education House dan Stafford House. Jadi, bayangkanlah, betapa jauhnya satu-satu dari yang lain. Penat kot kalau ada meeting ke apa-apa nak buat dalam group tu. Disebabkan banyak sangat rumah, ada yang aku tak dapat jumpa sebab memang tak pernah tahu kat mana rumah diorang. Kesian bagi mereka yang tak dapat makanan yang aku dan kawan-kawan aku masak. Apa masakan yang kami buat? Jeng jeng jeng. Tengok gambar kat bawah.

31 Bungkusan Makanan

Nasi Ayam Bakar Percik dan Sayur Paprik + Epal.
Hebat kan? Bertuah budak-budak ni. Sampai-sampai ada yang dapat makanan dah. Dulu aku sampai, mana ada makanan pun. Senior Cohort 4 bawa makan dekat Restoran Cinta ja pun. Bukan aku bandingkan dulu dengan sekarang, mana yang bagus. Tapi junior sekarang memang untung la dapat senior 'prihatin'. Hahaha. Bagi yang dapat makanan tu, Alhamdullillah. Yang tak dapat (sebab aku tak dapat cari rumah), minta maaf. Ada rezeki nanti aku akan ganti balik. Baru adil la kan?

Sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi buat masa ni, aku akan berhenti dekat sini saja dulu. Nanti aku akan tulis pula pasal Chinese New Year Festival, Official Welcoming for B. Ed TESOL Cycle 2 Cohort 1 & Mara 3, dan banyak lagi. Untuk kawan-kawan di UK, Australia dan juga New Zealand, selamat kembali ke universiti dan belajar la elok-elok. Manfaatkan masa cuti yang hanya dua minggu lagi sahaja. Bagi kawan-kawan di Malaysia, aduhai, ada setengah yang dah kerja, aku memang seronok la untuk semua. Yang dah kahwin (ehem), syok la ampa semua no? Takpa, nanti aku menyusul sekali (mak aku baca nanti sengih la dia, abah aku pulak gelak sakan la nanti). Okay, jumpa lagi.

5 comments:

Hafiz-u-ddin said...

sedih betul baca blog ni....

terharu pun ada....

anyway, thanks for the help....

YOU ARE THE BEST!!!!

P.s i didn't get the food....

Ms Kamilah said...

kiroll..gbr2 ko wt ak nk blk welly lg cepatt!!wuuaaa.thx for jage dak2 tu kiroll..tggu ak blk naa..kte ngumpat byk2 sket..byk cte nii..haha

Unknown said...

Hafizuddin: Hahaha tadak hal la. Biasa la, nanti untuk junior2 korang, korang kena jaga jugak. Tak boleh lepas macam tu ja. Maaf sebab layanan kitorang tak sempurna sebab sekarang ni memang tak cukup orang. Tak cukup tangan nak handle semua orang. Makanan tak dapat, macam aku cakap, aku akan cuba untuk ganti balik. Ayam bakar, tak susah sangat pun nak buat hehehehe.

Kam: Sapa suruh duk Malaysia lama sangat. Pesanan Ustaz Khirol, mengumpat itu jangan, bergosip itu boleh hahahaha.

Ms Kamilah said...

wuhhuuu..aym bkr??hahah..ak le yg kne bkr tu nmpk gayenyee..waakakak..fine2..jgn ngumpatt..gosip sajee :D

Hafiz-u-ddin said...

kantoi bergosip