Mar 9, 2011

Entry 190 - iPad 2 Keluar, Lepas Ni Apa Pulak?

Wahai blog,

Hari-hari aku tengok Internet, especially news tentang gadget, mesti ada benda baru. Rasanya dalam minggu ni (ke minggu lepas), dah keluar iPad 2. Bagi yang tak tahu apa iPad ni, memang ketinggalan zaman habis-habisan la korang. iPad juga bukanlah pad sepertimana yang digunakan oleh wanita. Sebabnya iPad ni benda elektronik, bukan ada keupayaan menyerap pun :)

iPad ni, adalah iPod Touch yang dibesarkan. Aku ingat dulu masa iPod Touch keluar dekat Midvalley. First time aku tengok, mak ai, RM2000+. Gila betul. Dan bagi aku yang sukakan gadget, memang aku teringin la. Tapi sumpah aku tak berani beli. Gila punya harga. Last aku tengok iPod Touch, harga dia RM900+ dekat Digital Mall Seksyen 14 PJ. Dah murah kan? Disebabkan iPad pulak ni adalah iPod Touch yang dibesarkan, dan masih baru, harga dia macam tu la. RM2000+  jugak. Nak beli? Memang la nak. Aku sendiri seronok tengok iPad ni. Kucing pun suka main :P


Apa yang menjadikan iPad ni satu kegilaan pada zaman ni? Nak kata benda ni, orang muda ja main, tak jugak. Ada sekali aku singgah Starbucks, tengok-tengok orang tua yang main iPad. Tapi of course la, tak pulak dia main game lumba keta sampai pegang iPad ala-ala stereng kereta. Dia baca newspaper gitu. Hebat kan? Sebab iPad ni skrin dia besar, tentulah orang tua yang rabun pun boleh baca. Tambah-tambah size tulisan boleh dibesarkan sesuka hati kita. Kalau surat khabar mana boleh control font dia. Mau kena pakai kanta pembesar ja. Orang muda pulak buat apa dengan iPad? Game? Of course.
Orang tua baca newspaper
Boleh main game wor. Best-best.
Sekarang ni, iPad bukan ja berguna untuk main game atau baca newspaper. Even doktor pun dah mula guna iPad. Macam-macam apps dah developed. Contohnya iMedical. Banyak apps dari Apple ni, yang official, suka letak 'i' depan nama apps diorang. iMovie la, iTunes, dan macam-macam lagi. iHandsome ada tak? Mesti la ada, sebab korang awal-awal lagi dah tengok muka aku, terus kata uHandsome. iHandsome, of course la. Dah lama tau pun :)

Korang nak tengok isi dalam badan? Guna iPad jer.
Eh, dah ngarut lebih pulak. Sekarang ni, macam-macam la orang nak guna iPad. Tapi bagi student macam aku, tak mampu la nak beli iPad. Sebab pikir-pikir balik, tak guna pun lagi kalau ada. Sebabnya aku akan buh game lagi banyak dari benda yang ilmiah. Dulu ya la aku ada app dictionary. Bagus untuk belajar. Tapi tu je la. Kalau orang develop app pasal teaching grammar ke, or app untuk buat lesson plan, aku sanggup bayar benda macam tu hehehe. Time tu, aku memang akan beli iPad.

Okay, kembali kepada title entry yang asal. iPad 2 dah keluar. Ha, apa lagi? Pegi la beli. Tu pun kalau dah sampai Malaysia. Order online kasi hantar depan pintu rumah. Boleh berlagak dekat jiran korang yang suka bersaing sapa ada gadget latest :)

Apa bezanya iPad lama dengan baru ni? Ada dua kamera, depan belakang. Boleh buat video conferencing la senang cerita. Tapi jujurnya, aku bukan kisah sangat dengan fungsi dua kamera ni untuk tujuan video conference. Nanti jadi cermin jugak. Macam mana jadi cermin? Ala, turn on ja kamera depan, tengok skrin, dapat dah muka sendiri. Kan cermin dah tu? Orang mesti puji korang, guna iPad buat cermin. Fungsi fizikal iPad terserlah gitu :P

Selain tu, iPad 2 ni jugak ada Smart Cover. Yakni, cover untuk skrin iPad. Cover ni boleh dilipat-lipat jadi bentuk tiga segi dan letak dekat belakang iPad 2. Boleh jadi penyangga. Apa penyangga? Aku pun tak tahu dalam Bahasa Inggeris apa dia. Tapi macam bagi support dekat iPad kasi tinggi sikit la dari permukaan rata. iPad 2 ni jugak ada dual core processor. Laju la sikit dari yang lama-lama. Bateri pun tahan lama sikit. Puas habis la main kan dengan guna WiFi.

Malangnya, tak ada built-in GPS. Kalau ada sumpah, korang akan ada GPS device paling gabak, paling stylo. Letak dekat cermin depan kereta sampai tak nampak apa dah. Biar langgar orang lain asalkan stylo ada iPad sebagai GPS.

Since barangan Apple ni dah lama ada di pasaran, tentulah dia dah terkenal. Dengan jumlah apps yang dah berpuluh ribu dekat App Market, Android Market mestilah susah nak kejar. Dan ni la benda yang Steve Job duk comment masa pelancaran iPad 2.

Honestly, Steve Job ni manusia yang suka menjaki orang lain. Tak tau la betul ke tak pandangan aku. Since Samsung keluarkan Samsung Galaxy S yang memang tinggi peratus kesamaan dengan iPhone 4, tak habis-habis Steve Job serang Samsung. Kritik skrin iPhone 4 lagi lawa la, itu la dan memacam lagi. Fanboyism Steve Job memang sangat kuat, dan aku tengok jelas dekat memana pengguna iPhone sekarang. Mesti caci mencaci pengguna Android dekat Samsung.

Sebelah kanan iPhone 4. Kiri Samsung Galaxy S.

Since Samsung keluarkan Samsung Galaxy Tab yang adalah Samsung Galaxy S yang dibesarkan, ni adalah satu saingan kepada iPad pertama. Sebab saiz Samsung Galaxy Tab adalah lebih kecik dan celuih (mencukupi) dalam satu tangan, dan ada keupayaan macam sebuah telefon sebab boleh guna simcard, Steve Job serang pulak lagi la. Sebab tu ada iPad 2. Boleh lawan melawan lagi la. Semua benda yang company lain buat, Steve Job cop tiru ja.

Dia comment dah. Copycat jer semua orang.
Orang lain tak boleh improvise produk dia.

Beza saiz iPad dengan Galaxy Tab. iPad kat bawah.

Carta perbandingan gadget

Of course, ni iPad lama. iPad 2 pulak mesti la power lagi kan? Dengan adanya iPad 2, Samsung pun nak lawan dengan Galaxy Tab baru jugak. Dulu awal-awal saiz skrin 7 inch, lepas tu ada 10.1 inch, dan sekarang ada 8.9 inch. Semua saiz ada. Flexible kan Samsung ni?

Biar apa pun perkembangan teknologi yang ada, bila korang dah beli iPad 2 nanti, ada la rumours akan keluar pulak iPad 3. Ha, time tu mesti frust haram ja kan? Aku pernah hadapi benda macam ni banyak kali dah. Time aku beli Samsung Galaxy S, tiga empat bulan kemudian keluar pulak Samsung Galaxy S ii. Frust? Of course, tapi sedar je la. Kesimpulannya, jangan mengejar teknologi. Sebab teknologi boleh buat korang gila ja.

Tak salah aku, tadi masa aku pergi beli buku untuk mengajar, aku terjumpa buku tentang peranan Dajal dalam teknologi. Dajal mengawal teknologi. Tak ingat tulisan sapa, tapi tak pulak aku terjumpa apa-apa hadis yang support fakta dalam buku tu. Tapi, kita ambik ni sebagai peringatan pada diri kita. Di kala kita seronok mengejar hiburan, mungkin kita akan lalai pada Tuhan sendiri. Sanggup perabih duit dan membazir. Amalan setan kan tu? Ha, jadi beringat-ingatlah dan jangan gelabah sangat bila keluar benda baru. Pikir dulu perlu ke tak. Tanya diri sendiri, tu kemahuan ke keperluan ke kekurangan? Mana penting lagi?

Okay la, semoga apa aku tulis kali ni orang klik like banyak-banyak. Eh? Shameless promotion ke apa ni? Haha. Aku sertakan ruang untuk komen juga di bawah Facebook Comment Form untuk mereka yang gunakan OpenID takpun blogger account. Dulu aku rigid sangat dengan Facebook Comment Form, dan hasilnya, takda sapa komen blog aku dah hahaha. Takpe-takpe, kalau korang minat korang baca. Tak payah komen pun tak apa. Lagipun memang niat aku menulis blog ni sekadar nak tulis macam diari aku sendiri ja. Public diary la kan? Public opinion jugak gitu. Okay la korang. Babai! Merapu panjang dah aku ni.

Apa lagi? Beli la test pad. Boleh tulis-tulis, tak suka keronyok buang ja dalam tong sampah :)

3 comments:

Zulfahmi said...

Saya dah cuba Galaxy Tab... Sememangnya ia tidak boleh menandingi iPad... iPad lagi laju...

Sekarang, sebab iPad 2 dah keluar, iPad 1 sudah turun harga ke RM1400...

Saya lagi suka design iPad 1 kerana ia nampak lebih ringkas dan bergaya

Unknown said...

Biasa la. iPad memang smooth dari segi application yang dia ada. Even interface dia pun cantik.

Tapi bagi aku pulak, banyak kekurangan yang Apple sekat pada iPad & iPhone. Physical camera shutter tak ada, dan nak letak lagu still kena guna iTunes. Banyak keja nak kena buat.

Tapi macam mana pun, setiap gadget atau OS ada kelebihan tersendiri. Kalau boleh mau ada semua kan? :P

Faz Fazrin said...

ipad dan iphone..lebih pada populariti je kut,hehehe