Nov 9, 2009

Entry 145 - Kembali Blogging

Wahai blog,

Dah lama rupanya aku tinggalkan blog ni. Kesian. Takda idea nak tulis ka? Bukan la. Ni semua sebab aku sibuk sangat-sangat walaupun dah habis hantar assignment. Banyak yang aku nak ceritakan, tapi faham-faham je la, aku ni cepat lupa. Jadi, aku akan cuba la untuk bercerita apa yang berlaku dalam minggu-minggu yang lalu.


1. Wah, parti di pantai! Tapi, tak la parti sangat, sebab bukan pantai pun. Parti ni buat di sebuah taman bertentangan dengan Island Bay, Wellington.

2. Angin sangat kuat, tapi cuaca sangat cerah. Langit membiru, lautan pun biru, rumput-rumput menghijau. Suasana yang sangat sesuai untuk berkelah.

3. Makanan disediakan oleh Cohort 5 dan MARA 1. Bayangkan, makanan yang sangat banyak. Ayam percik dan ayam bbq sangat menyelerakan. Terima kasih kepada para pembakar ayam! Mash potato pun sedap, sapa la buat kuah dia. Makan tak puas aku. Ye la, makan sikit jer. Dan Tiramisu Cheese Cake sangat sedap. Makan sikit jer. Popular sangat sampai habis terus.

4. Terima kasih jugak kepada yang bermain bola sepak. Seri dua-dua team. Kaum perempuan yang bermain, tahniah! Anda memang hebat!

5. Main Frisbee (betul ke eja?) lagi. Penat sungguh bermain. Terkejar-kejar sana sini sebab angin kuat sangat. Tapi puas.




1. Awekku sudah tiba dari Brisbane. Aku pergi ambil dia dekat Wellington Airport pukul 1.30 malam. Alhamdullillah selamat sampai juga. Tanya pengalaman macam mana masa nak mendarat tu? 'Takut, sebab plane bergegar kut dek angin'.

2. Sampai ja kat apartment aku, aku bawa dia ke rumah Nadzirah. Bagi dia tidur dekat situ. Confirm penat ni. Tidur la ok.

3. Hari esok, bawa dia jalan-jalan di Wellington. Bawa dia ke Te Papa dulu. Bila tengok pintu gerbang kampung Maori yang dipamerkan dalam muzium tu, takut pulak dia hehehe.

4. Makan dekat Cinta lepas tu. Sedap katanya. Bagus la.




1. Bawa awek aku ke city sekali lagi. Wellington tak macam Brisbane yang moden. Wellington ni, bandar yang sangat mementingkan kesenian. Lagi satu, sejuk di sini tak macam di Brisbane. Jadi, awekku kesejukan. Pakai jaket jer memanjang. Sedih tak dapat menayang baju lawa hehehe.

2. Pergi la berjalan kaki dari apartment sampai la ke Railway Station. Jauh tu berjalan. Sebab tu awek aku selalu sakit kaki, sebab Wellington memang kena jalan jer.

3. Lepas tu, kami ke Botanical Garden. Sayangnya, bunga tak kembang-kembang lagi. Walaupun sekarang ni musim bunga, tapi sejuk sangat kot, bunga tak mau kembang.

4. Malam tu, kami pergi tengok teater Peter Pan di St, James Theatre. Menyeronokkan sebab teater ni adalah teater ballet, yang tak pakai suara pun, hanya koreografi tarian disertakan iringan okestra. Memang hebat la malam tu.




1. Kami ke Island Bay. Tempat ni aku pernah pergi dulu untuk Cohort 4 Farewell Party. Tapi, cuaca hari ni, sangat sejuk. Dan, sangat mendung. Nak ambil gambar pun, tak lawa sangat. Kalau ada cahaya sikit ok jugak la.

2. Dalam bas nak balik ke City, ada satu pakcik ni. Dia pun photographer jugak. Tua dah pakcik ni. Dia cerita yang bini dia ke Sydney jap. Jadi dia bebas la sikit nak naik bas ke sana sini untuk ambil gambar. Untuk warga emas, nak naik bas free ja. Tapi apa yang mengagumkan aku adalah, di usia-usia penghujung hayat ni, orang-orang tua dekat sini masih aktif lagi. Berjalan-jalan dalam City, pergi Botanical Garden, pergi jalan-jalan di Waterfront, naik bas sana sini, semuanya masih aktif. Kalau ada masa lapang, diorang selalu ja boleh dijumpai dekat library ataupun kedai buku. Masih mengejar ilmu. Budaya yang sangat bagus. Pakcik ni, banyak bersembang dengan aku pasal photography. Dan dia seronok sebab dapat belajar satu dua benda pasal teknik-teknik dari aku (macam la aku pandai sangat). Pakcik ni suka ambil gambar panorama, dan selalu tqg dalam Google Earth. Contribution yang sangat bagus.

3. Dari Island Bay, aku dan awekku bergerak ke Oriental Bay, dekat dengan Waterfront. Kat situ, aku sewa la basikal tayar empat dan bumbung macam mulut buaya. Kami kayuh la basikal tu dari Waterfront sampai ke hujung Oriental Parade dan balik mengayuh sampai ke hujung Waterfront. Penat mengayuh, tapi seronok sebab kali pertama naik basikal dengan awek aku hehehe.




1. Kali pertama juga untuk aku dan awekku sampai ke tempat ni. Tempat ni, macam kawasan perlindungan habitat-habitat di New Zealand.

2. Tuatara, adalah antara reptilia yang masih lagi hidup sejak dari zaman ada dinosaur lagi. Hebat kan? Rupa dia macam biawak, tapi kecik sikit la. Tuatara ni adalah binatang yang dianggap suci oleh orang Maori. Masa ambil gambar dia, susah nak cari dia sebab dia duduk dalam lubang dan kepala dia keluar sikit ja. Tuatara ni suka berjemur, jadi disebabkan matahari tak berapa terik, sebab tu dia duk dalam lubang. Tuatara ni jugak antara spesies yang terancam. Kalau sebelum ketibaan orang Eropah di New Zealand, Tuatara ni banyak. Tapi, dengan kehadiran mereka, tikus-tikus pun datang bersama. Maka, Tuatara ni diancam tikus. Ha? Tikus? Kecik-kecik tikus dengan kembar biawak ni, Tuatara boleh pupus? Sebabnya, tikus curi telur dia.

3. Lepas tu ada pulak burung kakak tua versi New Zealand. Nama burung tu, Kaka. Maaf la, Kaka ni tak main bola. Kaka ni besar la jugak saiznya dari burung kakak tua yang biasa.

4. Selain dari tu, patutnya ada Kiwi la jugak. Ye la, dah icon New Zealand, takkan la tak ada Kiwi kan? Tapi, Kiwi ni burung yang aktif di waktu malam. Jadi, tak la dapat tengok dia.

5. Ada jugak burung nama Hihi. Aduhai, nama yang memang menyeronokkan bila menyebutnya.

6. Disebabkan kami banyak berjalan, kaki ta payah cakap la. Sakit. Tambah-tambah awek aku. Mana la nak tau nak masuk hutan macam tu. Awek aku pakai sandal yang nipis tu. Alamatnya sakit la kaki. Lagipun, kami banyak berjalan hari tu. Sampai ke atas empangan pun kami sampai.

7. Nak jalan balik, nasib baik la separuh perjalanan tu, kami naik bot. Merentas la tasik yang terbentuk dari empangan. Rupa-rupanya, empangan ni adalah merupakan unit pertama pembekal air ke Wellington masa dulu-dulu.




1. Bas ke Rotorua berlepas dari Wellington pukul 8 pagi. Jadi, kami bergerak ke Platform 9 di Railway Station untuk naik bas.

2. Sepanjang perjalanan, kami memang kagum la dengan New Zealand. Sebab pemandangan sangat lawa. Masa tu, kami setuju, ni la New Zealand. Sebab kami selalu tengok City sangat, jadi bila tengok gunung-ganang, lembah, berlatarbelakangkan horizon, langit membiru, memang terasa nyaman.

3. Perjalanan ke Rotorua mengambil masa hampir 7 jam. Transit bas di Taupo. Di Taupo, ada Lake Taupo yang agak cantik juga. Mula-mula ingatkan laut sebab luas, dan ada ombak di pinggiran tasik tu, lepas tu bila nampak papan tanda Lake Taupo, terkejut kami.

4. Lagi satu, bas di New Zealand ni, macam Newman Coachlines dan Intercity Coachlines, tak macam bas di Malaysia. Naik bas ni, terasa macam naik bas perlancongan walaupun bas-bas ni adalah bas perhubungan bandar-bandar di New Zealand. Sepanjang perjalanan kami, pemandu bas banyak bagi maklumat pasal tempat-tempat yang kami lau.

5. Kami sampai ke Rotorua dalam pukul 3 lebih. Terus kami gerak ke Visitor Centre dan tempah bilik di Cactus Jack Backpacker. Dua bilik single ok?

6. Lepas letak barang ja, kami keluar la sebab kami buat booking untuk naik gondola ke atas bukit/gunung dekat Fairy Spring. Tapi, disebabkan gondola tu ada masalah teknikal, kami tak dapat naik Sob sob.

7. Jadi kami melepak di Lake Rotorua sambil melihat pemandangan di situ. Sambil tu, ada la angsa hitam yang seronok berkumpul memakan makanan yang pengunjung bagi. Lawa angsa hitam ni.

8. Balik bilik ja, tertidur la kami kepenatan.




1. Hari ni, kami ke Wai-o-Tapu dengan khidmat tourist guide. Mula-mula, dia bawa kami naik shuttle ke kolam lumpur yang berwap-wap bau sulfur. Busuk sungguh, tapi tak la teruk sangat. Sulfur ni belerang la yang korang buat main mercun buluh tu sampai meletup putus jari :P

2. Lepas tu, kami bergerak ke Lady Knoxx Geyser. Geiser (dalam Bahasa Melayu) adalah fenomena alam di mana air bawah tanah terpancut keluar setinggi 15 meter ke atas disebabkan oleh tekanan dan haba yang tinggi di bawah tanah. Selalunya geiser ni ada waktu-waktu tertentu yang air tu akan terpancut. Contoh geiser yang terkenal adalah geiser di Yellowstone National Park di Amerika (tak pasti maklumat ni betul ke tak, terbaca dalam ensiklopedia masa kecik dulu).

3. Tengok geiser tu pancut air, tinggi betul. Sebelum geiser tu terpancut, ada la seorang tukang explain yang menceritakan pasal sejarah tempat tu. Tapi aku tak berapa dengar sangat la.

4. Lepas tu, kami bergerak ke Wai-o-Tapu. Tempat ni, adalah tempat perlancongan geotermal. Maksudnya, tempat ni adalah kawasan yang terbentuk dek kesan gunung berapi, dan sangat panas sebab bawah tanah adalah dekat dengan aliran magma. Tak la dekat macam kedalaman kubur tu, tapi dekat la sampai air, batu-batu, boleh jadi panas. Kawasan ni, walaupun kadang-kadang menakutkan tengok sebab terpikir kalau jatuh dalam air kolam tu boleh masak orang.

5. Tapi, tempat ni tetap lawa. Batu-batu ada warna-warna sendiri sebab kehadiran mineral dalam tu. COntohnya macam batu warna kuning adalah disebabkan ada sulfur. Ada air-air yang warna hijau, ungu, putih, hitam, merah dan macam-macam lagi. Semuanya pasal mineral.

6. Nama-nama dalam kawasan ni pulak, selalu dikaitkan dengan syaitan. Macam Devil's Pit, Devil's Bath, Devil's Ink, dan macam-macam lagi. Mungkin, nak menggambarkan macam mana neraka tu di pandangan orang putih. Tapi kita, tak boleh la nak membayangkan kerana benda tu adalah perkara ghaib. Wallahualam.

7. Kami berjaya juga berjalan dalam kawasan ni sampai ke penghujungnya. Alang-alang sekali ja datang seumur hidup, biar sakit kaki pun, kena jugak la terokai tempat ni kan?

8. Lepas habis tour situ, kami bergerak ke Skyline Skyrides di Fairy Springs. Tempat ni seronok la sebab mula-mula nak naik Mount Ngongotaha (ya aku paham, pelik namanya), kena naik gondola. Tapi tak la hebat macam yang dekat Gunung Mat Cincang di Langkawi. Dah la curam, ada tiga peringkat. Tapi apa yang membezakan tempat ni dengan Gunung Mat Cincang, adalah disebabkan ada Luge ride.

9. Luge ride ni macam go kart la. Tapi tak pakai enjin, hanya guna daya graviti ja. Turun bukit dengan menggunakan litar yang dikelaskan mengikut kesusahan. Semua litar tu kami dah cuba. Seronok dan menagihkan. Ada part tu kami kena turun bukit yang curam, jadi bila luge tu turun laju-laju, aku seronok la. Tapi ada brek, jadi tak risau la kalau nak terlajak pun.

10. Pemandangan dari atas gunung ni, sangat mengagumkan. Lawa, cantik, dan sangat-sangat menunjukkan kehebatan Allah. Kagum.




1. Masa nak balik tu, pemandu bas sekali lagi bercerita pasal tempat-tempat yang kami lalu.

2. Sekali lagi, kami kagum, sebab bas berhenti ke Huka Falls untuk kami turun dan bergambar. Hebat. Sambil bawa bas, sambil melancong. Huka Falls ni sangat lawa, dan bukan la air terjun yang korang boleh terjun saja-saja nak mandi. Cari nahas? Air dia kuat weh. Kalau buat water rafting memang puas la. Air pun biru jer.

3. Lepas tu, dekat Desert Road, bas berhenti lagi. Berhenti untuk penumpang bas ambil gambar Mount Ruapehu dari jauh. Mount Ruapehu ni, puncak dia masih lagi bersalji. Sebelah gunung tu pulak, ada lagi satu gunung, tapi gunung berapi yang ada salji jugak. Tak pasti gunung tu aktif lagi ke tak.

4. Hebat kan bas sini? Tak terasa macam naik bas biasa la. Sampai Wellington, kami cari kedai makan dulu. Makan di Satay Kajang. Penat. Balik tidur.




1. Kalau sebut Guy Fawkes, mesti ramai tak perasan yang dia ni adalah satu tokoh revolusi dan ada diceritakan dalam V For Vendetta. Tengok balik movie ni.

2. Aku tak berapa pandai ambil gambar firework sangat, tambah-tambah zoom lens aku tak jauh sangat. Ada gambar yang tak clear, dan ada yang tak terang. Kononnya pakai manual focus la sebab tak boleh nak focus dalam gelap. Tengok-tengok fokus tak bagus sangat.

3. Tak kisah la, janji, seronok. Aku dengan awek aku dapat la tempat bagus nak tengok firework tu. Pacak tripod, dan pegang cable release. Tunggu la sampai firework tu nak jadi.

4. Disebabkan firework tu berlangsung di Waterfront, memang sah la angin laut tu kuat. Jadi, kami kesejukan la. Awek aku la kesian, sebab tak biasa dengan suhu kat sini. Aku yang dah biasa pun menggiggil gak.

5. Dan buat sekian lamanya aku rasa, satu Wellington datang malam tu sebab masa kami nak balik, orang berdyun-duyun nak balik rumah.




1. Kami ke Mount Victoria hari ni. Mount Victoria ni tak la istimewa sangat, tapi dari puncak gunung ni, boleh la tengok Wellington City.

2. Kami bergambar sakan la sebab cahaya hari tu, cukup bagus. Terang. Kami terasa lawa dan kacak.

3. Dari situ, kami ke Lyall Bay, dekat dengan airport. Hari yang cerah jugak, dan kami suka bergambar di situ. Suasana yang sungguh lawa tambah-tambah lagi langit dan laut membiru. Nyaman ja mata ni terasa. Tapi dalam hati aku, bila tengok kapal terbang berlepas, sayu sebab terpikir awek aku dah nak balik nanti...




1. Awek gua rock habis wa cakap lu! Hahaha. Bleh main gitar karen tu. Kami merapu-rapu jap la main game arked dekat Timezone. Main game menari-nari yang pijak-pijak lantai tu, main game menari dengan tangan-tangan duk merewang kat sensor atas bawah apa ntah.

2. Lepas tu kami ke City la, mencari sourvenir. Lepas tu, kami ke Bee Hive untuk ambil gambar dia. Dari situ, kami ke Kelburn Campus. Plannya, nak bawa dia naik bukit ke kampus dengan berjalan kaki. Tapi serius, kaki kami dah sakit berjalan. Lesu. Bas pulak tak ada sebab hari Ahad. Jadi, teksi juga la last choice.

3. Dari situ, kami ke Waterfont, duduk di situ makan aiskrim. Salah satu aktiviti yang harus buat bila ada di Wellington. Makan aiskrim tepi laut sambil ditiup angin kuat.

4. Lepas tu kami sewa paddle boat yang kena kayuh tu. Syok la jugak naik benda ni. Nak naik basikal takpun roller blade, sakit kaki.

5. Petang tu sikit, kami pergi makan di Istana Malaysia. Puas makan sebab dapat makan masakan yang sangat sedap. Makan pencuci mulut lagi tau? Sago Gula Melaka lagi.

6. Malam tu, kami tengok wayang. Tapi disebabkan kepenatan, awek aku terlena dalam wayang hehehehe. Kesian, esok dah nak balik dah...

7. Lepas tu kami lepak di Momotea dengan kawan-kawan yang lain sambil bermain game yang ada. Balik-balik, kami kepenatan.



#08 November 2009 - Awekku Sudah Pulang...#

1. Aku terlajak tidur, nasib baik awek aku datang ketuk pintu rumah kuat-kuat. Dengan tak mandinya, aku gosok gigi dan terus pakai baju. Nak hantar awek aku ke airport.

2. Di situ, sedih la kami. Awek aku dah nak balik. Huuu~

Sekarang ni, sejak dia balik, aku hilang la sumber kegembiraan aku. Dialah penghibur hati, dialah kekasih hati, dialah kawan terbaik sekali. Terima kasih untuk segalanya yer sayang. Harap seronok sepanjang masa di Wellington.

4 comments:

yantie said...

oi gila ah igt sebijik2 ko tules kat diary dulu eh? haha
oh da balek welly rupenye apsal tade nmpk ko pun? ahaks
sian ko gf da balek saba ek taun dpn jumpe lagi ek hehe (yeye aku da nak balek msia ahaks)

Unknown said...

Hahaha mana ada. Aku tulis apa yang aku ingat la. Patutnya ada banyak lagi, yg tu kira singkatan ja. Aku tulis diari? Menulis pun malas, menaip rajin sket la hahaha.

Aku ni nak kuar rumah pun, takut. Takut keluar duit hahaha. Bahaya weh. Lagi pun, nak kuar skrg, aku tak brapa ada mood sgt. Sedih gf aku xde dgn aku.

Iye iye, ko dh nk blk. Suka la tu dpt jmp bf ko blk kan? Hahaha. Ko x nk wat mkan2 ntuk aku ke?

adzuan aziz said...

haha.brisbane dekat je.;P

Unknown said...

Kekeke duit xde :P