Tak tergambar dek fikiran perasaan aku sekarang. Aku dah siap assignment Linguistic aku. Tika aku tengah menaip ni, lagu Desde el Dia Que Te Fuiste dari Il Divo mengiringi semangat perjuangan aku. Dengan pengakhiran assignment ni, maka lepaslah sudah assignment Ling. Kepuasan macam dapat Grammy Award pulak tu.
Aku mula buat assignment ni, dalam tengahari. Lepas aku buat mi sup, aku pun bergegas ke meja, memulakan tarian jari-jemari atas kekunci laptopku. Berdetup-detup jari laju menari. Meliar-liar mata mencari info di Internet, seolah tiada lagi esok bagiku. Niat aku, aku nak habiskan semuanya satu hari ni supaya hari Ahad, aku betul-betul merdeka!
Sekarang, kawan-kawan serumah aku dah tidur. Sepi. Yang kuat berbunyi hanyalah angin kuat yang bertiup bagaikan ribut taufan. Kuatnya sehingga kedengaran bumbung bilikku bergegar. Bagaimana kuat? Aku berjalan ke arah Mughlai Restaurant, dan sebaik keluar dari pintu bangunan, aku hampir-hampir jatuh dek tiupan angin itu. Aneh bukan untuk seorang lelaki bersaiz XL di Malaysia, dan berat yang tak dapat diketahui (sebab takde penimbang berat), hampir tumbang. Aku kagum, angin sekuat begini. Kalau ada layang-layang, atau wau bulan, aku jamin pakcik-pakcik di Kelantan nun sana pasti suka main. Silap-silap boleh terangkat dibawa angin.
Tapi mataku tidak dapat aku pejami. Mungkin kerana air tenaga Demon yang aku minum. Kandungan Taurine dan Caffeine yang tinggi, maka, mataku sekarang cerah, celik, cergas, dan aku tidak dapat tidur. Sedangkan sebelahku hanyalah bantal dan katil untuk dipeluk. Kenapa susah benar?
Esok hari, aku tidak yakin aku masih bebas. Aku masih perlu untuk mengedit assignment orang. Peer review. Aku benci benda ni. Especially if orang lain dah sedia pandai. Tak perlu aku check lagi sedangkan kau sudah tahu essay kau tiada masalah. Dan aku perlu untuk fokus pada assignmentku juga. Nyah kau.
Ahh, apapun, assignment Ling sudah tamat. Aku harapkan result yang lebih cemerlang dari yang dulu. Moga Tuhan bantu diriku. Amin.

1 comment:
wuah..
congrats...siap jugak akhirnye~
now i'm struggling to finish my asssignments pulak..
adeyh~
Post a Comment