Jan 2, 2013

Pindah ke Blog Baru

Dear blog,

I decided to start new at my new blog. Please visit http://keyboardkhirol.blogspot.com

Thank you~


Wahai blog,

Aku dah buat keputusan untuk mula balik dekat blog baru aku. Lawati http://keyboardkhirol.blogspot.com

Terima kasih~
Read More >>

Feb 27, 2012

Entry 217 - New Chapter in Benut, Pontian

Dear blog,

Benut, Pontian. Who would have thought that I will be working here as a teacher? There are many things that I wish to pen it down, but sometimes these incoherent thoughts that lurk in my mind cannot be channelled properly to my fingers' nerves and muscles. Thus, I'm stuck here with having nothing to tell, or how to tell. Hence, I decided to upload the photos that I took when I was in Pontian. Most of my time will be spent in Benut.

Benut (the region coloured red)

Johor

The bus stand in front of SMK Sri Tanjung

My house. It's a double-storey terrace house, which I rent for RM300 per month.

The view outside of the homestay that is the very first accommodation for my family and me.

The girls practising for shot-put event for school sport training session.

The boys are doing their best with shot-put.

Teachers would usually stand and commented on students' performance.

As there are no banks in this town, ATMs are usually placed in other buildings, like this one. Maybank ATM in  post-office area. I can find more ATMs in petrol station or 24-hour convenience stores.

The look of my house. Notice the glass door at the entrance of the house? When it's night, everyone can see the inside of it because there are no curtains.

For a moment, my Dad and I pasted old newspaper on the sliding doors so outsiders can't look inside of the house when lights are switched on at night.

I may call this a wall of info.  A bit pitiful but it will soon go away.

One of the block of students' classroom. This was taken around 6.50 a.m.

When I came in too early, even the staff room is not yet opened. I learnt not to come that early anymore.

Thanks to my neighbours, they came and put on a railing for the curtains, and gave me an old television so that I can watch something if I'm bored.

This is my house key. And the key with the red heart in the cage, is not a key. It's a key-chain. I thought it would be nice to have keys attached to a 'key'. But I hate the small bell hanging on the key-chain. It keeps dangling and is noisy. I will throw it away someday.

The trees next to the field. I like the flowers that came from the tree. It's almost like Sakura in Japan.

A barber shop in Pontian, 26km away from my school. I have yet to found a barber shop closer to my house, except saloons. But the service was very good. I received a haircut, head and back massage, all for RM 7. If I was in Bangsar, a barbershop there would charge me with RM17 if I'm not mistaken.

A shopping mall. Well, I wouldn't call this mall, but this is better than nothing. I supposed this is called Billion Supermarket, and it has two fast food restaurants: KFC and Pizza Hut.

An archery competition in Pontian. I saw it while I was riding my bike to the city.

Apparently it was a district level competition among school students.

The inside of a taxi I rode when I was on my way to Pontian. It's RM 24 for 26km.

I forgot to bring my helmet when I went to Pekan Nenas PosLaju office to retrieve my motorcycle, so I had to buy a helmet from nearby workshop. There goes my RM70.

Sigh. my sport rim was scratched.

More scratch

Scratch...

Scratch...

Scratch...

Scratch...

Even the rubber foot-pedal was shoved inward. 

Scratch...

My motorcycle. Honda Wave Dash 110cc.

Restoran Nasi Ayam Rasa Malaysia.

Yummy, Chicken Rice. Yes, the look is not inviting at all, but the taste is not bad.
Well, that is all for now. I do hope I can show you more of Benut and Pontian, but that has to wait. This is my second week in school, and since I'm in school, I better do what I'm supposed to do. Facebook Prepare lesson plans and go to relief classes.

That is all for now. Thank you.

P/s: I can't wait to go home for the coming school holiday :)
Read More >>

Feb 26, 2012

Entry 216 - I Will Come Home To You


I wrote the lyrics to the tune of Leaving on The Jetplane. Even played the guitar for this song, however didn't manage to get a good recording (due to my consistently girlish voice cum shrieking sound).


I’m going south, to a district called Pontian,
More specifically, it is known as Benut,
I wonder why the name sounds so weird,
But God has written how my path is laid,
I will accept it and be thankful to Him,
Because it is, a calling to teach.

So Benut, I’m coming to you,
I know surprises will surely wait for me,
It is a new chapter for me,
I’m coming, please be nice to me,
I came from a place far from north,
Oh, Benut, how are you?

To my parents, please, don’t worry too much,
I can still come home whenever there is time,
Wait, what, it may be in March?
Oh my dear fiancé, you are in KL,
I miss you, and yes, I will go to see you,
For us it will be a united love in June.

Now I wonder will I get the pay so fast,
Oh please, please so, I’m in dire need,
There are so many things I want to get done,
Dreaming about living with my future wife,
So it won’t be a lonesome night,
God, help us, and make us as one.
 
So Benut, I’m coming to you,
I know surprises will surely wait for me,
It is a new chapter in my life,
I’m coming, please be nice to me,
I came from a place far from north,
Oh, Benut, how are you?

So Kulim, till we meet again,
Don’t anyone dare to take my mayorship (foursquare),
Oh, everything, I’ll come back someday.
Read More >>

Feb 15, 2012

Entry 215 - Pendapat Aku Tentang Vanila Coklat

Wahai blog,

Sekarang ni dekat TV3, setiap hari Selasa pukul 9 malam, cerita Vanila Coklat disiarkan. Aku bukan nak tulis pasal cerita ni sebab nak tarik traffic ke blog aku. Takda manfaat pun sebab blog aku mana ada nuffnang ke apa benda ntah nak kutip income through blogging.

Dan aku juga bukanlah kaki review movie dan drama cerita dari Malaysia mahupun Indonesia, sebab aku masih beranggapan kualiti cerita-cerita nusantara masih lagi rendah. Tapi pendapat ikhlas aku, memang ada kenaikan daripada dulu.


Jadi, cerita Vanila Coklat ni, mesti ramai anak-anak muda dah tengok. Aku pun muda lagi, tapi aku sedar aku tua sikit haha. Kalau aku nak tulis sinopsis cerita ni, alamatnya panjanglah kan dari episod 1 sampai ke episod 9 (semalam 14/02/2012). Jadi, lawatlah website ni untuk baca sinopsis cerita ni. --> Sinopsis Vanila Coklat Lestary TV3. Tapi aku warning dulu, sinopsis dia panjang gila.

Malas nak baca sinopsis dia? Baca sinopsis aku yang aku rasa pendek habis:

Aamir (Aiman Hakim Ridza) dan Zara (Izara Aishah) berasal dari dua keluarga, Datuk Ahmad dan Dr. Ungku Musa. Aamir berkawan dengan Liana (Nabila Daly), dan Zara berkawan dengan Kamal (Iqram Dinzly). Tapi Datuk Ahmad tak suka Liana, Dr. Ungku Musa tak suka Kamal. Al-kisahnya, Zara benci Amir. Tapi, kedua-dua ayah ni pakat nak satukan depa. Jadi berkahwinlah depa walaupun dalam keadaan benci. Tapi nama pun cinta, lama-lama dua-dua ni sweet habis-habisan la. Too cheesy if you ask me. Tapi memang seronok tengok scene sweet diorang, sebab kalau jadi kat kita pun cair jugak (walaupun situasi dalam drama macam ni sangat-sangat idealistik. Unsur realistik kurang). Sampai la satu ketika, kedua-dua keluarga pun mengumumkan pasal anak diorang dah kahwin. Si Aamir dan Zara pun jemput la Liana dan Kamal ke majlis tu, dengan anggapan ianya majlis biasa. Sekali diorang dapat tau pasal Aamir dan Zara dah berkahwin, maka terkejut beruk tapi cover dengan senyuman dan sikap gentleman dan gentlelady habis-habisan depan semua orang. Maka, sampailah satu ketika, Liana memasukkan sejenis dadah dalam minuman Aamir, dan dibawa ke bilik tidur Aamir. Kemudian terdengarlah jeritan Liana seolah-olah Liana dicabul oleh Aamir. Cerita pun bersambung ke minggu hadapan.

Tengok, pendek kan sinopsis aku? Bak tajuk cerita ni, Vanila Coklat, mungkin cuba digambarkan dua rasa yang berbeza ni susah nak digabungkan sebab rasa yang berbeza, namun makin lama dirasa, makin sedap rasanya. Tapi dalam nak mencipta perasa macam ni, ramai la yang nak mencemarkan rasa tu.

Cerita ni bagi aku, memang sweet kalau ditonton oleh muda-mudi. Dari facebook anak-anak murid aku sendiri pun aku tengok bukan main lagi update status facebook, nak stop buat kerja rumah tengok dulu cerita ni. Takpun masyarakat Twitter yang selang 30 saat ja nak update pasal cerita ni dengan hashtag dan segala jenis info. Senang cerita, baik di FB mahupun Twitter ataupun blog, Vanila Coklat telah menyebabkan tercetusnya revolusi sweetnya laki ni, sweetnya itu ini.

Antara babak-babak romantik dalam Vanila Coklat. Ramai update status FB dan tweet ayat-ayat dari episod ni.

Nothing wrong with this situation. Cuma, bagi aku, kadang-kadang bila benda terlampau idealistik, kadang-kadang boleh membunuh persepsi perempuan pasal percintaan dengan lelaki. Lelaki mesti sweet, lelaki mesti baik, lelaki mesti itu ini. Baik, mai aku bagitau yang sebenarnya. Lelaki ada ego. Jangan korang nafikan benda ni. Selagi ego dia tak dicabar, ok la dia. Of course, ada lelaki yang sangat baik. Tapi tengok cerita ni, Zara bukan main memperkecilkan Aamir, marah-marah Aamir dan macam-macam lagi. It is not okay to scold each other. Tak kisah lelaki atau perempuan. Aku pun takmau masuk isu hubungan lelaki dan perempuan secara mendalam sebab lelaki akan protect lelaki, perempuan akan protect perempuan. Bagi aku, be realistic. Jangan diharapkan pada situasi romantik yang dibaca dari novel ataupun ditonton dari TV ataupun wayang. Skrip ditulis macam tu hanya untuk menarik minat pembacaan sebab penulis tahu untuk menjentik emosi mana yang boleh mencairkan hati pembaca dan penonton. Realiti jauh berbeza.

Kedua, cliché cerita ni tak payah cakap la. Dari awal mula episod boleh agak dah, yang Aamir dan Zara walaupun saling membenci satu sama lain, mesti akan kahwin. Lepas tu ex-bf/gf pulak tak tau. Dapat tau, terus pakat nak balas dendam. Ex-gf pulak akan revenge dengan apa saja cara, mungkin dengan tuduhan dah mengandungkan anak Aamir, takpun seolah-olah dirogol Amir. See, episod 9 dah tunjuk prediction aku dari awal lagi betul. Yang bestnya, Liana tu bawa dadah sepanjang masa dalam handbag dia ke bila ke rumah orang? Macam ni aku akan mula suspect dekat semua orang yang bawa handbag, bukan aku boleh percaya sangat dah. Dan, nak balas dendam pun, cepat sungguh Kamal dengan Liana plan revenge. Serta merta revenge dekat rumah Datuk Ahmad tu. Sangsi aku sebab cepat sangat. Macam tak ada masa lain. Takpun dalam otak diorang ni memang dah siap sedia modus operandi macam mana nak revenge.

Ketiga, Aamir ni agaknya ada kena mengena dengan jurusan fotografi. Aku tengok kamera, mungkin Nikon D90 takpun D5000. Lens kit mesti 18-55mm punya, sebab tengok thread size lens dia 55mm. Cuma, sebagai pelajar fotografi, takkan la Aamir ni tak didedahkan dengan konsep ambik gambar kalau boleh jangan guna flash. ISO ada, boleh guna. Ada satu babak di Cameron Highland, waktu malam, dan Aamir keluar ambil gambar. Dari pengamatan aku, dia ambik gambar banyak jenis landscape. Jadi abang-abang taiko sifu fotografi, kalau nak ambik gambar landscape, nak guna flash ke tak bila waktu malam? Mana penting lagi, artificial light ke natural light? Kalau natural light, boleh ke dapat bila guna flash? Takut gambar tu bergoyang, apasal tak bawa tripod ja? Better still, apasal tak naikkan ISO ja? Ataupun, semuanya gara-gara produksi suruh Aamir fire flash tu, seolah-olah nak tunjuk dia ambik gambar? Iya la, kamera kalau keluar flash memang maksudnya dia ambik gambar la kan? Takkan la produksi tak boleh ganti sound effect camera shutter, bunyi snap pun dah boleh untuk tunjuk Aamir ambik gambar. Takde la fake sangat aksi ambik gambar waktu malam baikpun siang, guna flash. Even masa dia ambik gambar Zara yang tengah berjalan ke arah Aamir, lebih kurang berbelas meter jauhnya, flash tu boleh sampai untuk illuminate subjek. Flash dari kamera ja, pop up flash. Bukan boleh sampai jauh-jauh pun. Itu la paling tak logik sekali bila Zara cakap, cantiknya gambar I (ok, aku ada-adakan dialog ni).


Tapi, di sebalik banyak kurangnya drama ni, ada yang baiknya. Drama ni mengajar juga kalau bercinta, cinta sungguh-sungguh. Tak dinafikan, dalam hubungan suami isteri, akan ada pergaduhan. Tapi tengok dulu skala pergaduhan tu macam mana. Ada kecil, ada besar. Ada biasa, ada ganas. Bahkan, ada yang bercerai talak satu dua tiga, go! Tapi, apa yang penting, persefahaman. Aku ada terbeli satu buku pasal hubungan suami isteri, tajuk dia "Mari Bicara: Mari Selesaikan Masalah". Dalam buku ni ada la dia terangkan ayat-ayat tertentu yang lelaki dan perempuan gunakan untuk berbincang dan ada ayat yang boleh menukar perbincangan jadi perdebatan. Dan bila berdebat ni yang susah sebab masing-masing nak menang. (Okay, stop, aku takkan promote dan buat review buku tu dekat sini).

Dan cerita ni pun patutnya membuka mata anak-anak muda, jangan mudah percaya dengan perempuan-perempuan mahupun lelaki yang hanya manis di mata, tapi hatinya busuk. Kalau tengok watak Liana ni, mesti ramai benci sangat-sangat. Dengan ayat-ayat perasan diri, over melampau-lampau, sampai tahap boleh perangkap Aamir dengan cara dadah tu, maksudnya manusia macam ni memang ada. Jangan dinafikan. Termasuklah lelaki yang berjiwa busuk macam Kamal, bermain pegang memegang dengan Zara walaupun Zara tak suka, dan pada pendapat aku sebagai lelaki Muslim tak kisah la lelaki kampung ataupun bandar, tak molek la bak kata orang tua.

Ya, drama Melayu di Malaysia masih jauh ketinggalan. Kadang-kadang kalau tengok plot cerita ni, ada la turun naiknya macam cerita dari Korea Selatan. BF kejam, girl kejam, last couple dua-dua terus sweet, lepas tu datang orang buat kacau, penderitaan gila-gila, akhirnya bersama. Ada tak cerita macam ni dari Korea? Ada kan?

Tapi apa pun, lakonan Aiman dan Izara ni, bagi aku, boleh-boleh la. Aku tengok dalam blog genre hiburan, kalau dikritik Aiman sebab lakonan masih lagi boleh dimatangkan, ramai orang akan komen balik diorang dah hebat dah. Ini la satu gejala peminat yang hanya berpuas hati terhadap lakonan semata-mata sebab meminati sesuatu pelakon itu berdasarkan rupa. Rupa bukan segalanya. Dan aku rasa ramai yang setuju. Kritikan yang diberi bukan untuk menjatuhkan seseorang, tetapi sebaliknya untuk memperhebatkan diri memasing.

Of course, korang pun boleh komen kepada aku juga tentang diri aku. Banyak yang tak elok, dan aku pun sedar diri sendiri.

Akhir kata, tontonlah drama Vanila Coklat ini. Walaupun drama ni kadang-kadang 'too cheesy' untuk ditonton, tapi boleh ditengok sambil tersengih sorang-sorang waktu babak-babak romantik antara Aamir dan Zara.

Sekian, terima kasih kerana membaca. Kalau suka klik like. Kalau suka lagi, komen. Kalau suka sangat-sangat, share dengan orang. Kalau suka gila-gila, aku taktau dah nak buat macam mana, cari sendiri wad gila LOL.

P/s: Ni pendapat aku sendiri. Kalau tak puas hati, cakap dulu. Aku pun boleh berubah pendapat kalau ada hujah lain yang meyakinkan.
Read More >>

Feb 7, 2012

Entry 214 - Aku Ada Muka Gay Ka?

Wahai blog,

Adalah ceritanya, aku pi Jusco Bandar Perda. Mak aku ada treatment apa entah dekat situ. Sementara menunggu waktu rawatan mak aku siap, aku tengok wayang dulu. Underworld Awakening. Okay, aku taknak buat review filem dekat sini. Habis awal pulak movie ni, lebih kurang sejam lima belas minit ja. Jadi sementara tunggu mak aku siap, aku lepak dulu sambil duduk atas kerusi yang ada dekat walkway Jusco.

Tetiba, ada seorang laki Cina duduk sebelah aku. Well, bukan betul-betul rapat la. Mula-mula aku buat tak kisah ja. Duk main handphone, tengok sana sini. Lepas tu dia tegur la aku. Tanya aku tunggu kawan ka. Lepas tu aku pun mula bersembang-sembang dengan dia. Aku dapat tau dia dari satu tempat dekat Sarawak. Dia ni mula-mula aku ingat Melayu. Lepas aku dapat tau nama dia, rupanya dia orang Cina. Best part, dia ni orang yang kerja department sakit tuan dalam hospital.

Sembang punya sembang, aku pun nak blah dah dari situ. Dia cakap boleh tak nak nombor telefon aku, in case la kalau aku pi Sarawak, boleh la jumpa-jumpa or tolong aku cari rumah. (Ikut cerita dia, rumah sana sewa mahal, dekat RM1000 sebulan sebab rumah dah lengkap perabot). Jadi aku pun miscall phone dia dan message dia dengan nama aku.

Lepas tu aku pun dapat la reply dari dia, tanya aku, boleh tak if dia nak tanya aku hal-hal berkaitan lelaki? Aku pun cakap okay la, memandangkan dia terlibat dengan sakit tuan. Tapi, aku terfikir balik, eh bukan ka patutnya aku yang tanya dia? He's the expert, not me. Pastu dia pun message aku kalau aku nak tanya apa-apa pasal sakit tuan, boleh mesej dia. Okay, tu logik la. Lepas tu dia mesej nice to meet you.

Esok harinya, dia mesej aku lagi. Tanya aku buat apa. Aku yang malas nak layan, cakap aku tengah ready nak pergi jogging. Good and healthy activity komen dia. Lepas tu aku tanya tak balik Sarawak lagi ka? Dia cakap dia tunggu aku. Hah? Apa dia? Aku pun cakap la takpa, orang lain boleh temankan dia. Dia cakap dia tunggu aku nak bawak dia makan steamboat. Tapi message dia ditaip 'steam boat'. Hurm, ada hint tertentu ka dalam mesej ni? Lepas tu aku cakap, takpa la, orang lain boleh temankan dia. Korang tau dia jawab apa? I miss you.

Terus aku reply aku dah nak jogging ni.

Semalam dia mesej 'Hai'. Hari ni 'Helo'. Aku tak reply dah.

Bukan sekali aku pernah kacau dengan gay. Dulu pun aku pernah. Dekat Friendster takpun Myspace. Jambu kot laki tu. Memang jambu. Kalau K-Pop tak popular lagi masa dulu, dia memang dah boleh K-Pop dah. Gila la. Kenal punya kenal, rupanya dia suka aku. Cabut. Lepas tu, ada sorang lagi. Tapi ni jenis macho sikit. Pakai baju bukak butang nampak dada, pakai rantai ala-ala yang jenis tulang tu, rambut spiky. Macho. Suka dekat aku jugak.

Aku ni ada muka gay ka? Muka yang menarik gay? Part mana la muka aku ni hebat sangat?

Aku ambik gambar lama. Part mana yang gay? Habaq mai.
Haiyo. What happen to this world? Berkawan dengan gay, aku tak kisah lagi. Diminati gay? Haiyo!
Read More >>